Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Politik suku agama suku ciri-ciri ajaran sesat

KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariat negeri, Haji Harun Taib berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti ciri-ciri ajaran sesat serta mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah tersebut. Antara langkah kerajaan katanya, melalui teras pendidikan, dakwah dan penguatkuasaan undang-undang jika perlu dilakukan.

"Kita (kerajaan) akan melaksanakan Pendidikan Islam, Dakwah dan Penguatkuasaan," ujarnya ketika menjawab soalan lisan Adun Hulu Besut, Haji Abdullah Mat Dan, di Sidang Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menurut beliau, ciri-ciri ajaran sesat amat banyak dilakukan oleh pengamalnya termasuk yang berfahaman politik suku agama suku.Katanya, fahaman yang mengatakan politik tidak ada kena mengena dengan agama juga antara ciri-ciri ajaran sesat.Namun begitu katanya, jumlah sebenar ajaran sesat yang terdapat dalam negeri ini masih diperingkat kajian.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 2 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com