Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Wang Royalti dalam akaun Kumpulan Wang disatukan

KUALA TERENGGANU: Bagaimana wang royalti minyak digunakan oleh kerajaan baru Terengganu pimpinan PAS dapat dilihat dalam jawapan bertulis kerajaan kepada soalan yang ditanya oleh ADUN Ajil, Rasol Wahid dalam sidang belanjawan DUN Terengganu minggu lalu. Jumlah wang itu telah dimasukkan dalam kumpulan wang disatukan dan perbelanjaannya mengikut kaedah yang diluluskan oleh belanjawan negeri. Jawapan kerajaan itu menyebut bahawa dasar perakaunan Kerajaan Negeri seperti terkandung dalam perlembagaan. Segala hasil dan wang yang diterima, kecuali zakat fitrah, Baitulmal atau Hasil Agama Islam yang seumpamanya dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan "KUMPULAN WANG DISATUKAN" bagi negeri itu mengikut di Fasal 97(2).

Mengikut kehendak Akta Acara Kewangan, tiga akaun berasingan diselenggarakan di bawah Kumpulan Wang Disatukan melibatkan Akaun Hasil Yang Disatukan, Akaun Amanah Yang Disatukan dan Akaun Pinjaman Yang Disatukan. Segala perbelanjaan daripada kumpulan wang disatukan adalah tertakluk kepada kelulusan Belanjawan Negeri yang telah diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri pada setiap tahun kewangan.

Segala perbelanjaan daripada kumpulan wang disatukan adalah tertakluk kepada kelulusan Belanjawan Negeri pada setiap tahun kewangan. Segala terimaan hasil dan perbelanjaan akan dilaporkan dalam penyata kewangan negeri yang disediakan sebaik sahaja akaun tahun berkenaan berakhir. Penyataan kewangan ini disediakan oleh Akauntan Negeri dan disemak oleh Ketua Audit Negara.

Kaedah ini diterima pakai oleh semua negeri. Penyata kewangan setelah dikan oleh Ketua Audit Negara akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri mengikut seksyen 16(2) Akta Acara Kewangan. Jawapan Kerajaan Terengganu itu menambah, royalti yang diterima sebanyak RM 434,828,765 telah dimasukkan di dalam kumpulan wang disatukan dan perbelanjaannya mengikut kaedah sebagaimana di dalam buku belanjawan.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 2 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com