Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


JPP: Jawatankuasa Perompak Professional

KUALA TERENGGANU: Seorang penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri Terengganu menyifatkan Jawatankuasa Peringkat Pusat yang dibentuk oleh Kerajaan Pusat untuk mentadbirkan apa yang dikatakan wang ihsan adalah "Jawatankuasa Perompak Profesional." Ini menyebabkan anggota Dewan dan pemerhati sidang belanjawan yang ramai itu riuh rendah ketawa. Mereka ketawa lagi apabila Dewan diberitahu, jaga-jaga apa pula yang akan dirompaknya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Haji Ismail Harun (PAS Air Putih) membangkit perkara itu semasa membahaskan Ucapan Belanjawan 2001.

Beliau menyebut bahawa pembentukan JPP dan menghidupkan semula JKKK adalah antara bukti bahawa perpecahan di negara ini berpunca dari tingkahlaku Kerajaan Pusat dan ia bukan angkara PAS. Haji Ismail menyesali langkah Kerajaan Pusat yang membatalkan pinjaman perumahan kos rendah di negeri itu kerana rakyat memerlukan rumah seperti itu. Beliau menyebut betapa di kawasannya di Air Putih terdapat dua keluarga tinggal dalam sebuah rumah.

Beliau kemudiannya menggesa Kerajaan Terengganu supaya segera membanyakkan sawah sebagai usaha menambah sumber makan negeri. Terengganu mempunyai tanah gambut yang luas dan ia boleh dijadikan kawasan sawah padi yang berpotensi.

Haji Ismail juga membidas kerajaan lalu yang mendakwa sebagai bapak pembangunan tetapi kebanyakan kerajaan tempatan di Terengganu tidak mampu berdikari.

Kalaupun ada yanag berdikari ialah Dungun dan Kemaman. Tetapi kemajuannya bukan kerana kecekapan perancangan kerajaan yang lalu, kebetulan yang maju itu disebabkan Petronas di tempat di kawasan itu.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 2 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com