Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Saham perintis perkara mungkar

Khas untuk ahli-ahli UMNO yang masih bergayut ....DULU KINI DAN SELAMANYA Jangan ingat dosa yang dilakukan begitu senang diampunkan. Cuba ambil contoh perkara JUDI sahaja. Seorang penjudi hanya berdosa kepada dirinya seorang sahaja apabila dia berjudi. Tetapi kebiasaannya penjudi tidak berhenti disitu sahaja apabila beliau kalah judi. Beliau akan meminjam wang samada dari isteri, anak, kawan, saudara mara(kalau tak malu), bank dengan bercagar atau 'clean' atau dengan jaminan penjamin dan mungkin dari 'loanshark'. Atau beliau mungkin menjualkan hartanya, seumpama motor, kereta sendiri, kereta anak, kereta isteri, tanah, rumah sendiri, rumah isteri dan mungkin apa sahaja yang boleh dijual untuk dijadikan modal untuk berjudi lagi bagi menebus kekalahan yang dulu(konon). Tetapi sekiranya perkara diatas terjadi, bagaimana hak isteri, hak anak, hak ibubapa yang didalam tanggungan si penjudi? Mereka ini akan menderita akibat tabiat si penjudi tadi. Dari sinilah nanti berlaku penceraian suami dan isteri. Anak-anak akan terbiar natijah dari penceraian tersebut. Dan mungkin fikiran anak-anak akan terganggu samada apabila berlaku pertengkaran ayah dan ibu dirumah sebelum berlaku penceraian. Dikhuatiri anak-anak tidak dapat menumpukan perhatian mereka keatas pelajaran dan membawa kepada kegagalan dalam peperiksaan. Dengan usia yang begitu muda, mereka ini akan bergaul dengan 'drop-outs' yang lain yang akan menjerumus ke ketagihan dadah atau arak bagi jalan mudah untuk melupakan masalah yang mereka lalui dirumah.

Sekiranya, tiada lagi harta untuk dijual, si penjudi tidak akan berhenti disitu sahaja. Yang lebih dahsyat lagi ditakuti beliau akan menjual maruah anak perempuan atau isteri bagi menebus hutang yang dipinjam dari 'loanshark' yang sediada 'bouncer' atau tukang pukul bagi mendapatkan balik wang mereka bersama 'interest' yang tinggi. Maka bermulalah sejarah hitam keatas anak perempuan atau isteri si penjudi tadi. Ini lah salah satu gejala sosial yang paling aktif di lembah kelang ini, hasil dari tabiat buruk suami yang kaki judi.

Yang paling ketara dewasa ini, adalah perbuatan membunuh diri apabila kalah judi. Itu pun bukan dapat menyelesaikan masalah yang di tanggungi si penjudi. Si penjudi mungkin berfikiran bahawa jalan penyelesaian adalah dengan membunuh dirinya. Tetapi, bagaimana hak anak-anak, isteri dan ibubapa yang dibawah tanggungan si penjudi tadi?

Dapatkah pihak yang bertanggung jawab darihal perkara diatas dengan sekadar MINTA AMPUN DAN MAAF begitu sahaja tanpa pergi menemui mereka-mereka yang teraniaya kehidupan mereka natijah dari LESEN JUDI YANG DILULUSKAN TADI. Perkara ini tidak mengira samada si penjudi itu seorang Islam atau pun bukan Islam. Masing-masing mempunyai hak mereka untuk hidup secara aman dan damai dibumi Malaysia ini. Mana tau nanti, mereka yang bukan Islam ini akan dibukakan pintu hati mereka oleh ALLAH dengan kesedaran akibat dari pemerintahan secara Islam yang ADIL yang tidak mengira samada orang Islam atau bukan Islam. OLEH ITU JANGAN FIKIR WAHAI ORANG-ORANG UMNO YANG KAMU AKAN LEPAS BEGITU SAHAJA TANPA DIHISAB OLEH ALLAH NANTI, HASIL DARI SOKONGAN PADU KAMU KEPADA PEMIMPIN YANG ZALIM YANG ENGKAR PERINTAH ALLAH.

Ambil iktibar dari lagu OH BANGAU......

" Penjudi... oh... penjudi, kenapa kamu berjudi? Macamana aku tak berjudi, Tempat berjudi disediakan oleh tauke judi(Lim Goh Tong - Genting)

Lim Goh Tong.....oh...Lim Goh Tong, kenapa kamu buka tempat judi? Macamana aku tak buka, Untungnya lumayan dan diberi lesen (halal disisi undang-undang negara)

Pegawai pelesenan....oh....pegawai pelesenan, kenapa kamu bagi lesen? Macamana aku tak beri, Aku diarahkan oleh pihak yang berkuasa, iaitu Menteri Kewangan.

Daim.....oh....Daim, kenapa kamu arahkan supaya diberi lesen judi? Jangan tanya aku, Benda ni dah ujud sebelum aku jadi Menteri Kewangan lagi. Tanyalah Menteri Kewangan yang dulu.....Tun Tan Siew Sin.

Ah Pek.....oh.....Ah Pek, kenapa lu(kamu) keluarkan itu lesen judi? Hey, mana gua(aku) tau, gua olang(orang) cina bukan Islam. Apa itu HALAL HALAM(haram). Kalau itu judi HALAM(haram) dan tidak baik punya kerja dan lu punya tuhan(ALLAH) banyak malah(marah) KENAPA lu olang(orang) ISLAM tidak mansuh(batal) itu lesen. Kasi tutup lah!....tanya sama itu lu punya pemimpin yang berkuasa sekalang(sekarang)....itu apa nama..Perdana Menteri Dr Mahathir.

Dr Mahathir....oh....Dr Mahathir, kenapa kamu tidak hapuskan judi. Dan kamu tau sebagai seorang ISLAM, judi itu HARAM dan banyak perkara yang tidak baik berlaku akibat dari judi ini dan kamu masih nak berdalih lagi ke? Macamana aku nak tutup, Tauke-tauke inilah yang memenuhkan kantung politik UMNO. Habis....itu apa nama, nak rasuah pengundi-pengundi HANTU nak cari duit dari mana? Nak kempen pilihanraya, nak cari duit dari mana? Nak bagi kroni dan anak-anak aku buat business nak cari duit dari mana? Nak majukan negara nak cari duit dari mana? Dengan duit-duit dari tauke-tauke judi inilah aku taburkan kepada orang-orang UMNO untuk diumpan kepada JKKK, KEMAS, tutup mulut hakim-hakim, pegawai-pegawai polis, dan meratalah...ditaburkan...janji UMNO/BN dulu, kini dan selamanya menang!"

Wahai orang-orang UMNO, ALLAH kurniakan kita akal. Fikirkan lah demi masa depan....bukan sahaja didunia, tetapi dialam AKHIRAT nanti macamana nak jawab didepan ALLAH. Segala gejala sosial dan kezaliman akibat dari perbuatan pemimpin kamu yang kamu sokong samada dalam MEMANGKAH memberi undi sehingga mereka ini menjadi pemimpin, jangan lupa kamu pun akan mendapat SAHAM darinya. Itulah bekalan yang akan kamu bawa bersama amalan-amalan kamu untuk dihisab didepan ALLAH nanti. Jangan fikir kamu boleh memberi alasan-alasan didepan NYA. INGAT! BERTAUBAT LAH SEBELUM KAMU MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR. Bertaubatlah dengan membuat pembetulan terlebih dahulu. Jatuhkan pemimpin kamu dan marilah bersama-sama menguatkan jemaah untuk kita sama-sama mengabdikan diri kepada ALLAH dengan menegakkan kalimah ALLAH dan undang-undang NYA dibumi Malaysia yang kita cintai ini.

TAKBIR....ALLAHUAKBAR

wakparjo2000


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 15 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com