Isu JSR Kg. Sura Hujung Dungun menutup pintu pagar balai raya kg. Sura hujung mendapat liputan media
massa begitu hangat sekali seolah-olah JSR (Jawatankuasa Syura Rakyat yang ditubuhkan oleh Kerajaan
Negeri Terengganu) tidak bertimbang rasa atas anak-anak tabika untuk belajar, sedangkan pihak JSR telah
membuat notis untuk penggunaan bangunan hak milik kerana negeri itu beberapa minggu lebih awal dan prosesnya
mengikut prosedur yang nyata.
UMNO mengambil kesempatan ini untuk memburuk-burukkan kepimpinan Pas Terengganu. tindakannya membiarkan
anak tabika kononnya belajar disebelah kedai kopi adalah perancangan rapi daripada pihak atasannya sengaja tidak mahu berpindah
bagi mendapat simpati rakyat dengan menggunakan media massa yang tidak berperinsip.
Mereka sepatutnya sedar, dengan 'perompakan' royalti, kerajaan negeri tidak mempunyai peruntukkan yang banyak
untuk proses membina bangunan untuk pendidikan anak-anak tabika terutamanya kelas fardu ain. Oleh itu menjadi
proses biasalah kerajaan negeri terpaksa menggunakan bangunan hak miliknya untuk kelas-kelas fardu ain.
Kemas yang mempunyai peruntukkan khas, lagipun wang ehsan yang di'jaja' di media massa itu kemana perginya, kalau tak mampu
nak menyewa bangunan untuk pendidikan anak-anak. Atau wang ehsan yang dijaja itu adalah sandiwara licik Mahahir dan kunco-kunconya sahaja ?
Tembelang kejahatan, rakus dan tidak bertamadun mereka terbongkar. Setelah isu ini selesai, dimana pihak kerajaan negeri
masih memberi kesempatan kepada kemas untuk menduduki mana-mana bangunan kerajaan negeri yang tidak digunakan bagi tujuan
pendidikan sahaja, bukan untuk tujuan politik, tanpa sebarang bayaran penyewaan.
Tadika Kemas Kg Sura Hujung dibenarkan mengambil barang-barang mereka untuk berpindah ke tempat yang baru. Tapi malangnya
mereka bukan sahaja mengambil semua barang tetapi memusnahkan sebahagian besar lanskap balai raya.
Saudara/i mungkin terkejut jika diberitahu semua kerusi meja, tikar getah dan apa sahaja yang ada dalam balai raya sehingga balai raya tersebut kosong.
Bukan itu sahaja, mereka juga mencabur semua tanaman samaada daripada jenis bunga atau apa-apa pokok melainkan satu pokok yang besar (rasa pokok ini tak mampu dicungkil, melainkan
menggunakan jentera sahaja). Mereka juga mencungkil batang paip, kolah (kolam) serta dinding tandas. Bayangkan bagaimana anak-anak kelas fardu ain nak membuang air besar/kecil ????
Suatu tindakan yang memang tidak bertamadun sama sekali. Jika saudara yang membaca artikal ini berada di Dungun, sila pergi ke balai raya tersebut dan lihat
sendiri kerja-kerja manusia yang tidak bertamadun ini.
Saya hanya menyiarkan satu aje gambar untuk tontonan pembaca... Insya-Allah pihak Sifu_RTV akan menyiarkan dalam ruangan web TV nanti.
Tok Ayah