Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Ahli Majlis MPAJ Belasah Pemandu Bas Sekolah

Seorang ahli majlis MPAJ ( Majlis Perbandaran Ampang Jaya ), Haji Zakaria Mohd. Ali Pian, telah dilaporkan membelasah seorang pemandu bas sekolah pada 10 Januari lepas di Taman Resmi Jaya, Ampang.

Haji Zakaria yang juga merupakan Ketua UMNO Cawangan Taman Resmi Jaya telah membelasah pemandu tersebut kerana tidak bersetuju pemandu itu yang merupakan seorang ahli PAS mengambil dan menghantar murid-murid di sebuah sekolah agama di taman tersebut.

Sekolah agama itu terletak di Surau Taman Resmi Jaya yang jawatankuasannya dikuasai oleh jawatankuasa UMNO cawangan taman itu.

Baru-baru ini telah tercetus satu kekecohan apabila penduduk taman itu telah mempertikaikan akaun surau tersebut.

Mereka tidak berpuas-hati kerana sewa bulanan yang dibayar oleh sekolah agama kepada surau ( menurut anggaran RM 800 ) tidak pernah dilaporkan secara jelas kepada umum ke mana ianya dibelanjakan.

Mesyuarat agong surau baru-baru ini pula telah dipindahkan daripada surau ke Bilik Gerakan UMNO taman tersebut tanpa memaklumkan kesemua ahli kariah.

Peristiwa pemandu bas dibelasah ini merupakan di antara siri keganasan politik yang berkaitan dengan Taman Resmi Jaya.

Seorang jawatankuasa cawangan PAS di taman itu pernah cedera parah di dalam satu kes langgar lari yang masih belum diselesaikan. Beliau terpaksa dibedah dua kali di dua buah hospital swasta.

Beberapa motosikal pekerja-pekerja PAS pernah dirosakkan dengan teruk dan ditampal sticker-sticker UMNO ketika mereka sedang mengedarkan handbill ceramah umum.

Motosikal-motosikal tersebut telah dirosakkan di hadapan rumah seorang ahli jawatankuasa UMNO cawangan dan perkerja-pekerja PAS itu telah diugut beberapa kali.

Walaupun satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Taman Melawati namun tidak kelihatan sebarang tangkapan atau siasatan lanjutan. Ramai yang mengethaui siapa yang melakukan jenayah itu tetapi pihak Polis masih tidak bertindak.

Tindakan-tindakan ganas ini merupakan usaha-usaha UMNO di Taman Resmi Jaya dan Ampang Jaya untuk kembali bertapak setelah banyak cawangan-cawangannya yang dibubarkan dan ramai ahli-ahlinya yang telah keluar parti.

Buat masa ini ahli-ahli PAS di sana masih dapat bersabar. Tetapi sekiranya keganasan terus berlarutan dan pihak Polis berpeluk-tubuh maka tidak ada jaminan kesabaran ini akan dapat berkekalan.

Atau adakah pihak Polis menunggu sehingga terdapat ahli PAS yang dibunuh di taman itu sebelum bertindak ?

Penyaman Tarbus
18 Januari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com