Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Spekulasi Mahathir akan bebaskan Anwar.

Assalamualaikum wm wbt

Sudah bermula tersebar spekulasi kononnya Dr Mahathir akan membebaskan Anwar Ibrahim jika tindakan secara terdesak itu diperlukan untuk menyelamatkan kedudukkan beliau dan UMNO yang semakin goyang. Spekulasi tersebut dikaitkan dengan pelawaan Dr Mahathir kepada PAS dan KeADILan untuk berbincang mengenai isu perpaduan Melayu. Kononnya pembebasan Anwar adalah item teratas dalam pakej yang hendak Dr Mahathir tawarkan dalam pertemuan tersebut yang sudah pun ditolak oleh KeADILan. Strateji membebaskan Anwar ini dikatakan akan dikemukan melalui PAS yang sudah menerima, dengan bersyarat, pelawaaan UMNO untuk bersemuka itu.

Menurut spekulasi tersebut, pakej yang hendak ditawarkan khusus kepada PAS antara lainnya adalah mempelawa PAS masuk BN, mengembalikan pengurusan royalti minyak kepada kerajaan Terengganu, mengusahakan sumber minyak dan gas asli Kelantan, memberi PAS beberapa jawatan Kabinet, dan memansuhkan segala arahan (tanpa bertulis) untuk mensabotaj pembangunan ekonomi Kelantan dan Terengganu.

Dikatakan kononnya UMNO telah berhubung dengan beberapa ahli perniagaan dan korporat yang telah lari masuk PAS untuk mendapatkan kerjasama mereka bagi memastikan pertemuan PAS-UMNO akan berjaya diadakan dan memenuhi hajat serta kehendak UMNO.

Ahli-ahli perniagaan dan korporat PAS ini kononnya digula-gulakan dengan janji-janji akan diberi beberapa projek untuk memulihkan kedudukkan kewangan mereka yang terjejas sebab bisnes mereka disabotaj setelah memasukki PAS. Diharap dengan gula-gula tersebut golongan peniaga dan korporat dalam PAS itu akan bergiat mempengaruhi pucuk kepimpinan PAS, bukan saja untuk meneruskan pertemuan dengan UMNO tetapi juga menerima sebahagian besar pakej yang akan dikemukan UMNO kepada PAS nanti, terutamanya pelawaan kepada PAS untuk menyertai BN.

Mengikut spekulasi tersebut Dr Mahathir juga sanggup keluar TV secara siaran langsung ( live) untuk ‘bertaubat’ dan menarik balik segala kenyataan beliau yang menghina dan memperlekehkan Islam jika langkah sedemikian itu diperlukan untuk menyelamatkan kedudukkan beliau dan UMNO yang hampir terkubur itu.

Spekulasi tersebut berpunca dari beberapa sumber UMNO. Tujuan disebarkan spekulasi tersebut mungkin untuk menyampaikan mesej kepada Dr Mahathir bahawa jalan keluar yang sebaiknya dari masalah kemerosotan sokongan Melayu adalah dengan membebaskan Anwar Ibrahim. Dan cara yang effektif untuk menangani pengaruh PAS yang semakin meningkat dikalangan orang Melayu adalah dengan taktik Dr Mahathir ‘bertaubat’ menerusi siaran langsung TV. Dispekulasikan bahawa jika kedua-dua langkah berpaling 360 degrees ini diambil, maka orang Melayu akan bersedia mengampunkan Dr Mahathir dan UMNO atas segala kesalahan-kesalahan.

Agak simplistik asas spekulasi tersebut. Memang nampak simplistik. Tetapi memang tidak boleh dinafikan bahawa penganiayaan dan pengkhianatan keatas Anwar Ibrahim kita dan juga tindakan Dr Mahathir dan UMNO dalam menghalang dan menentang Islam adalah merupakan dua punca utama yang menyebabkan majoriti orang Melayu begitu marah dan benci terhadap Dr Mahathir dan UMNO. “These are the two key issues,” kata ahli UMNO yang menyampaikan cerita spekulasi ini.

Kita tunggu perkembangan-perkembangan selanjutnya, itu pun jika ada. Seperti yang telah disebutkan, kemungkinan ini semua lahir dari perasaan bertambah takutnya ahli-ahli UMNO dengan kemungkinan parti mereka akan terkubur dan diada-adakan cerita ini supaya sampai ke telinga Dr Mahathir dengan harapan Dr Mahathir akan bertindak seperti yang dispekulasikan demi untuk menyelamatkan UMNO. Allahualam.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi
27 Syawal 1421
22 Januari 2001.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com