Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Pertemuan PAS-UMNO: Ustaz Haron Din syorkan ambil iktibar Perang Siffin

Assalamualaikum wm wbt,

Ustaz Professor Dato Dr Haron Din di ceramah beliau di Perlis pada malam raya 27 Disember, 2000 telah awal-awal lagi mengingatkan kepimpinan PAS supaya berhati-hati dengan pelawaan UMNO untuk berbincang isu perpaduan Melayu agar jangan sampai berulang sejarah pahit perang Siffin. Peperangan tersebut memberi pengajaran bagaimana pihak yang berhak, lulus serta dijalan yang benar (seperti PAS) telah ditipu bulat-bulat oleh golongan yang bathil, licik dan putarbelit (seperti UMNO).

Ustaz Haron Din menegaskan memangnya orang Islam perlu bersatupadu "kerana mereka perlu kepada ada kuasa politik untuk membolehkan mereka melaksanakan hukum Allah SWT dibumi bertuah ini dengan tidak ada halangan". Tetapi pelawaan kepada perpaduan ini diterima dari UMNO yang bergiat menghalang dari dilaksanakan Islam yang sebenar. UMNO telah menyeru kepada perpaduan sedangkan UMNO telah bertindak menghalang, malah mengkhianati pelaksanaan hukum Allah SWT. Adakah UMNO yang baru sahaja menghalang tazkirah akan dengar kalau PAS mengajak mereka kembali kepada Islam yang sebenar?

Niat mesti betul. Kalau niat dan tujuan sebenarnya adalah hendak kekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, atau kekalkan UMNO yang hendak terkubur itu untuk terus berkuasa, maka hentikanlah (maknanya tolak). PAS perlu berjaga-jaga jangan sampai berulang peristiwa tipu helah peperangan Siffin. Ustaz Haron Din mengingtakan supaya kita jangan lupakan sejarah yang menjadi pengajaran itu, dan ambillah iktibar dari peperangan Siffin.

(Dapatkan kaset atau VCD ceramah Ustaz Professor Dato Dr Haron Din bertajuk: “Perpaduan Melayu : AWAS Perangkap UMNO” yang sudah ada dipasaran).

Ustaz Haron Din menegaskan antara punca utama masalah yang kita hadapi adalah adanya golongan (iaitu UMNO) yang tidak senang dengan Islam yang sebenar. Ini bukan perkara baru. Sejak zaman Khalifah Saidina Ali lagi sudah ada golongan yang tidak senang dengan Islam yang sebenar.

Perperangan Siffin tercetus apabila Mu'awiyah, Gabnor Syria menentang perlantikan Saidina Ali sebagai Khalifah dan disebaliknya pula telah mengistiharkan dirinya sendiri sebagai Khalifah.

Di peperangan Siffin tersebut, tatkala tentera Mu'awiyah hendak kalah kepada tentera Khalifah Saidina Ali, maka Mu'awiyah telah dinasihatkan oleh Amru bin As (yang terkenal dengan putarbelitnya ) untuk menggunakan tipu helah dengan menyeru kepada perdamaian dan perpaduan semula umah. Maka tentera Mu'awiyah telah meletak Quran dihujung pedang mereka lalu meminta dihentikan perang dan balik kepada hukum Allah SWT. Pihak Mu'awiyah yang hendak kalah itu minta diadakan perundingan untuk menyatupadukan semula umah. Mu'awiyah yang hendak kalah itu yang meminta (seperti UMNO yang hendak terkubur itu mempelawa PAS dan Keadilan untuk membincangkan isu perpaduan Melayu – yang tidak pun berpecah).

Penasihat kepada Saidina Ali adalah seorang tua yang warak, alim dan lurus yang bernama Abu Musa Al-Asyaari. Memandangkan Mu'awiyah hendak kembali ke jalan Allah SWT, maka Abu Musa telah menasihatkan supaya diterima cadangan Mu'awiyah itu. Saidina Ali pada mulanya hendak teruskan berperang kerana beliau sedar ianya taktik perang si Mu'awiyah. Lagi pun Saidina Ali kenal muka-muka daak yang tidak ikhlas dan putarbelit itu ( iaitu, muka Mu'awiyah dan Amru bin As). Namun begitu sebagai seorang yang berpegang kuat kepada hukum, Saidina Ali telah menerima nasihat Abu Musa. Maka berlakulah gencatan senjata dan perundingan perdamaian yang dicadangkan itu. (Lihat persamaan dengan situasi kita dimana UMNO yang putarbelit, pembohong dan penipu itu telah mengajak PAS dan Keadilan yang lurus dan jujur itu untuk berbincang)

Sekumpulan tentera Saidina Ali tidak bersetuju kerana dalam firasat mereka Mu'awiyah dan Amru bin As jenis tidak jujur dan hanya hendak melepaskan diri dari keadaan sesak yang dihadapi. Tengok pada muka-muka daak Mu’awiyah dan Amru bin As pun sudah dapat mengagak mereka itu tidak boleh dipercayai (macam muka daak Dr Mahathir dan UMNO yang kaki putarbelit, penipu dan pembohong itu). Kumpulan tentera di bawah Saidina Ali yang tidak bersetuju itu telah keluar dari barisan dan menubuhkan kumpulan Khawarij.

Ustaz Haron Din mengingatkan supaya," Pemimpin politik Islam (PAS) kena awasi jangan sampai buat keputusan yang nampak baik tapi pecah barisan kita...Jangan sampai orang Pas pecah..ingat balik sejarah Ali." PAS jangan jadi seperti melepaskan anjing yang tersepit, lebih-lebih lagi anjing semacam UMNO yang bila dilepaskan bukan saja akan gigit kaki kita, tetapi akan kekah kepala kita.

Berbalik kepada perundingan damai antara pihak Khalifah Saidina Ali dengan puak Mu’awiyah. Wakil Mu’awiyah adalah penasihat beliau, Amru bin As yang muda, licik dan terkenal putarbelitnya. Khalifah Saidina Ali pula diwakili oleh Abu Musa al-Asyaari, seorang tua yang alim, warak dan lurus orangnya. ( Macam UMNO yang putarbelit sementara PAS itu alim, warak dan lurus).

Di persidangan tersebut Amru bin As mengutarakan cadangan yang sangat cantik tetapi mempunyai ajenda jahat yang tersembunyi (macam UMNO jugak). Menurut Amru bin As, oleh kerana perpecahan umah itu berpunca dari adanya dua Khalifah dimasa yang sama, maka perlu dipecat kedua-duanya dan setelah itu dilantik semula salah seorang dari mereka. Dan orang yang akan dilantik semula sebagai khalifah itu adalah Ali. Cadangan yang memihak kepada Ali itu memanglah cantik dan telah diterima oleh Abu Musa al-Asyaari.

Maka diaturkanlah upacara untuk memecat kedua-duanya Ali dan Mu'awiyah dan seterusnya melantik semula Ali yang dibuat dikhalayak ramai. Tetapi apa yang telah dilakukan oleh Amru bin As ( wakil Mu’awiyah ) di upacara tersebut berlainan sekali dengan apa yang beliau sendiri telah mencadangkan.

Di upacara tersebut Amru bin As (yang licik itu) telah berkata berpegang kepada adab dalam Islam yang memberi keutamaan kepada orang tua, maka wajarlah kalau Abu Musa al-Asyaari yang lebih tua itu untuk mulakan dulu. Abu Musa tanpa mengsyakki apa-apa telah naik ke pentas dan mengistiharkan Ali dipecat. Pada gilirannya pula, Amru bin As tidak pecat Mu'awiyah tetapi telah memutarbelit. Amru bin As telah berkata kerana punca perpecahan adalah disebabkan adanya dua Khalifah di masa yang sama, dan memandangkan Abu Musa telah pun memecat Ali, maka tinggal hanya satu Khalifah, iaitu Mu'awiyah, dan dengan itu Mu'awiyah kekal sebagai Khalifah.

Jelas pihak Saidina Ali kena tipu bulat-bulat. Akibat dari penipuan puak Mu'awiyah itu maka peperangan dan perpecahan telah tercetus semula dengan lebih hebat lagi. Ustaz Haron Din mengingatkan "...ini (perang Siffin) sejarah pahit ..dan kalau kita silap (dengan UMNO) takut ini akan berulang."

Ustaz Haron Din menegaskan, "..tak siapa boleh nafikan perlunya perpaduan umah. Orang Pas tak boleh kata tidak mahu." Secara prinsip beliau setuju, tetapi kena tanya apa niat mereka sebenarnya dan "mengapa perpaduan ini timbul di saat-saat UMNO hampir masuk kubur?" Memangnya dari segi hukum cadangan UMNO itu sesuatu yang baik tetapi kita kena terlebih dahulu tengok muka-muka Dr Mahathir dan UMNO. Kalau sama dengan riak muka-muka daak Mu'awiyah dan Amru bin As, maka perlu berhati-hati, "tunggu dulu, kena istikharah oleh gulongan solehoon memohon hidayah Allah SWT."

Kalau niat dan tujuan sebenar adalah hendak kekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan mengekalkan kuasa UMNO yang hendak terkubur, maka PAS perlu "berentikan saja".

Ustaz Haron Din menegaskan memangnya orang Islam perlu bersatupadu "kerana mereka perlu kepada ada kuasa politik untuk membolehkan mereka melaksanakan hukum Allah SWT dibumi bertuah ini dengan tidak ada halangan". Tujuan perpaduan mesti jelas, iaitu semata-mata hendak melaksanakan hukum Allah SWT. Tetapi bukankah UMNO telah mengenakan banyak halangan keatas pelaksanaan hukum Allah SWT. Yang terkini adalah tindakan UMNO menghalang tazkirah,

Perpecahan telah benar-benar berlaku pada tahun 1987 bila Semangat 46 berpisah dari UMNO. Tetapi isu perpaduan tidak pula ditimbulkan pada masa itu kerana waktu itu UMNO kuat . Nampak bebenar UMNO menimbulkan isu perpaduan sekarang ini "sebab dah kalah" dan sesak.

Andai kata terjalin juga gabungan PAS dan UMNO, maka timbul pula satu persoalan. Siapa nanti yang akan memimpin atau mengepalai gabungan itu nanti? Ustaz Haron Din menegaskan “kalau yang dok ada sekarang ni (UMNO) yang memimpin; very, very, sorry". Pasal apa? Pasal asas kita jelas bahawa memileh pemimpin atas dunia ini tidak boleh berpisah dengan perkiraan kita di akhirat nanti.

Dalam pemilihan kepimpinan ini Ustaz Haron Din telah merujuk kepada ayat-ayat Surah Al Furqaan dan Surah Al Azab.

Dalam Surah Al Furqaan ayat 27 - 29, di mana Allah SWT berfirman mengenai orang-orang yang di hari kiamat nanti akan diazabkan kerana tidak mengambil jalan bersama-sama Rasul tetapi tersalah memileh kawan yang menyesatkan mereka dari Al Quran sedangkan Al Quran itu telah datang kepada mereka. Surah Al Ahzab, ayat 66 - 88 lebih jelas mengingatkan bahawa di hari kiamat Allah SWT akan mebolak-balik dalam api neraka muka orang-orang yang di dunia tidak taat kepada hukum Allah, dan tidak taat kepada Rasul tetapi disebaliknya mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar yang menyesatkan mereka dari jalan yang benar.

PAS mesti tolak jika ditimbulkan cadangan bergabung dengan UMNO. Ustaz Haron Din mengingatkan pesanan Rasulullah bahawa orang Islam yang sebenar, yang pakai kepala, tidak akan jatuh ke dalam lobang yang sama, dua kali.

Ingat. Kita pernah jatuh lobang. Selepas peristiwa Mei 13, 1969, UMNO yang lemah ketika itu mempelawa PAS masuk BN untuk menyatupadu dan mengukuhkan kedudukkan orang Melayu. Maka PAS yang berkuasa di Kelantan telah menyertai BN. Tetapi apa telah berlaku. UMNO telah main kayu tiga di Kelantan. UMNO telah bikin kacau bilau di Kelantan dan Dr Mahathir yang ketika itu Timbalan PM telah pergi ke Kelantan untuk memastikan keadaan akan menjadi bertambah buruk lagi yang akhirnya membolehkan diistiharkan dharurat. Dan PAS diterajang keluar dari BN.

Ustaz Haron mengingatkan supaya “ jangan jatuh kedalam lobang yang sama dua kali..malu pada Allah SWT..sebab kita ada panduan…ayat Quran yang bagi kita ingatan.” Ustaz Haron Din mengingatkan bahawa Al Quran suruh kita palingkan muka dari orang-orang yang berpaling dari hukum Allah SWT. Mereka (UMNO) hendakkan kesenangan dunia sahaja dan mereka tak takut akhirat. Kita kena berpaling dari mereka sebab mereka hanya ada ilmu dunia sahaja. Mereka tidak akan dengar kalau kita cuba membawa mereka kembali kepada hukum Allah SWT. “Nak dengar macam mana kalau (kita nak) tazkirah pun tak boleh.”.

Kalau golongan ini (UMNO) terus pegang kuasa, adalah dibimbangkan Islam di Malaysia akan jadi macam Turkey dimana wakil rakyat wanita yang pakai tudung masuk parlimen telah kena pecat. Kita pergiat dan kuatkan lagi persatuan kita untuk memastikan golongan yang reti Islam akan memimpin kita. Kalau tidak kita akan ranap. Kini tazkirah dihalang oleh UMNO dan sebelum itu bermacam halangan yang dilakukan oleh UMNO terhadap pelaksanaan hukum Allah SWT. Entah apa lagi yang akan dilakukan oleh UMNO dimasa akan datang dalam usaha menghalang Islam yang sebenar.

Perjuangan PAS sebenarnya masih jauh, tetapi kalau Allah SWT hendak bagi kita kemenangan, maka mudah sahaja bagi Allah SWT mewujudkan keadaan yang akan menghapuskan segala halangan dan lawan. Tetapi jangan pula terjadi seperti di perang Uhud dimana segelintir dikalangan tentera Islam telah leka dan lebih kepada duniawi lalu mereka telah meninggalkan kubu untuk berebut memungut rampasan perang. Dan perbuatan mereka itu telah memberi peluang kepada tentera jahiliyah Mekkah melakukan serang balas dengan jayanya hinggakan Rasulullah SAW sendiri telah tercedera.

Ustaza Haron Din berkata kita mesti akui dalam PAS pun ada dua golongan; ada yang hendakkan kesenangan dunia sementara ada golongan satu lagi yang berjuang untuk akhirat, dan faktor ini boleh membawa kepada perpecahan dan kekalahan. Saf kita mesti ada satu matlamat dan matlamat perjuangan kita yang terpenting sekali adalah hendak melaksanakan kehendak Allah SWT,. Kita hendak memartabatkan agama Allah SWT. Kalau pun Allah SWT tidak bagi kita dunia kita redha sebab yang terpenting sekali kepada kita adalah hendak memperolehi ganjaran Allah SWT kepada kita pada hari akhirat nanti.

Perjuangan PAS untuk memartabatkan Islam memerlukan komitmen,kesungguhan dan kesabaran semua pihak samada dipihak pemimpin mau pun penyokong-penyokong. Pemimpin-pemimpin kena sabar dan penyokong-penyokong turut kena bersabar dan berjuang bersungguh-sungguh bersama kepimpinan ulamak PAS yang pagi, petang, siang, malam mengajak kita kepada keredhaan Allah SWT.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi
26 Syawal 1421
(21 Januari 2001).


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com