Assalamualaikum wm wbt,
Pelawaan UMNO seakan undangan munafik Madinah kepada Nabi SAW
Dr Mahathir, ketua golongan munafik negara telah
mempelawa Ustaz Dato Fadzil Noor, ketua golongan yang
memperjuangkan daulah Islamiah untuk duduk semeja.
Keadaan seakan-akan sama dengan peristiwa ketua
golongan munafik di Madinah, Abdullah bin Ubayy
mengundang Rasulullah SAW. Apabila Rasulullah SAW
pergi menemui Abdullah, Abdullah telah melarang
Rasulullah SAW mendekatinya kerana kononnya keldai
yang ditonggang Rasulullah SAW terlalu busuk. Secara
kiasan Abdullah menghina Rasulullah SAW dan Islam
sebagai barang busuk. Maka bertumboklah pengikut kedua
pihak. Berdasarkan fakta sejarah Islam ini,
kemungkinan besar jika diteruskan juga perbincangan
satu sama satu, PAS-UMNO, ianya bukan sahaja tidak
akan menghasilkan penyelesaian, tetapi sebaliknya
boleh mencetuskan perbalahan dan kekecohan.
Allahualam.
(Sila rujuk penulisan saya sebelum ini bertajuk – “PAS
sebenarnya mengundang UMNO ke Muzakarah Islam").
Memang cucuk sekali disamakan Dr Mahathir dengan ketua
munafik di zaman Rasulullah SAW yang bernama Abdullah
bin Ubayy itu. Abdullah telah membuat fitnah terhadap
Siti Aishah, r.a. dan telah gagal menampilkan empat
saksi yang sah. Dr Mahathir juga telah melakukan
fitnah terhadap Anwar Ibrahim kita, dan apabila
diminta mengemukakan empat saksi, Dr Mahathir telah
menghina hukum Allah SWT. Dr Mahathir telah berkata di
TV bahawa hukum Allah SWT itu tidak sesuai dengan
zaman ini. Dr Mahathir yang berulangkali berkata
beliau punyai bukti kukuh telah takut ke mahkamah bila
dipanggil oleh peguam Anwar kita. Kini Dr Mahathir
dihantui sindrom Abdullah bin Ubayy. Apa jua yang
dikata oleh Dr Mahathir tidak dipercayai rakyat.
Dr Mahathir dan UMNO (secara sokongan aktif atau
bersubahat) telah menghina Rasulullah SAW dan
memperlekeh Islam. Ini tidak boleh dinafikan sebab ada
bukti-bukti kukuh rakaman kaset, berita TV dan radio
serta keratan-keratan akhbar. Memang cucuk sekali
disamakan Dr Mahathir dan UMNO dengan Abdullah bin
Ubayy dan golongan munafik Madinah. Dan sejarah Islam
telah banyak menunjukkan adalah perbuatan sia-sia
untuk berbaik-baik dengan golongan munafik.
Kepimpinan PAS perlu mengambil kira fakta sejarah
Islam. Juga perlu renung kemabli sejarah pahit antara
PAS dan UMNO. Janganlah pisang berbuah dua kali.
Sebaik-baiknya bagi PAS adalah untuk menarik balik
atau ‘abort’ keputusannya untuk meneruskan duduk
semeja dengan Ameno (UMNO). Benar UMNO telah menerima
cadangan balas PAS untuk membincangkan perpaduan
nasional, tetapi tengoklah kenyataan terkini Dr
Mahathir. Dr Mahathir telah berkata walau pun UMNO
setuju dengan cadangan PAS tetapi penekanan tetap
kepada perpaduan Melayu (yang tidak pun berpecah). Dr
Mahathir sudah mula belit. Sepatutnya jangan dilayan
puak UMNO yang jelas adalah golongan munafik.
Pelawaan UMNO kepada PAS untuk berunding itu tidak
boleh disamakan dengan perjanjian Hudaibiyah.
Memanglah Rasulullah SAW meneruskan keputusan
menandatangani perjanjian Hudaibiyah walau pun ramai
dikalangan sahabat yang tidak bersetuju. Tetapi perlu
diingatkan bahawa perjanjian Hudaibiyah itu dengan
puak kafir jahiliyah Mekkah. UMNO itu golongan
munafik. Munafik itu musuh dalam selimut yang lebih
merbahaya dari orang kafir. Oleh itu UMNO tidak boleh
disamakan dengan puak jahiliyah Mekkah. Kalau ada
persamaan pun adalah UMNO dan puak jahiliyah Mekkah
berhati dan berniat busuk. Dan diulangi bahawa sudah
terbukti dalam sejarah Islam bahawa berbaik-baik
dengan golongan munafik (seperti UMNO) adalah
perbuatan sia-sia.
Kepimpinan PAS juga perlu ambil kira pendapat dan
perasaan ahli-ahli dan penyokong PAS. Kebanyakkannya
tidak setuju. Diulangkan – tidak setuju. Khalas.
Noktah.
Amat penting sekali bagi kepimpinan PAS mengambil kira
perasaan ahli-ahli dan penyokong PAS yang rata-rata
tidak setuju dengan initiatif UMNO yang mempelawa
duduk semeja itu. Walau pun kebanyakkannya hanya
bersungut atau mengeloh, sudah ada yang menggunakan
kata-kata kesat ( seperti ‘banggang’ atau ‘lurus
bendol’ atu ‘Yasser Arafat’) terhadap kepimpinan PAS.
Perkembangan ini serius. Kalau kepimpinan PAS tidak
prihatin kepada pandangan majoriti ahli dan
penyokongnya yang membantah itu, kemungkinan akan ujud
krisis keyakinan terhadap pimpinan PAS (bukan kepada
perjuangan parti, tetapi kepada pucuk pimpinan).
Ada yang menegur supaya penyokong PAS jangan ikut
perasaan atau emosi. Nanti dulu. Dengar ni. Mereka
yang berkelulusan political science faham bebenar
peranan penting ‘perasaan’ atau emosi ini dalam
membentuk sokongan atau bantahan terhadap sesuatu isu,
perjuangan atau fahaman politik. Oleh itu kepimpinan
PAS jangan membuat kesilapan dengan mengenepikan sama
sekali perasaan majoriti ahli dan penyokong PAS.
Bantahan majoriti kepada perbincangan atas initiatif
UMNO itu mudah difahamkan. Lihat saja kembali
keratan-keratan akhbar, kaset serta tape rakaman
kenyataan-kenyataan UMNO terhadap Islam, PAS dan
KeADILan. Lihat kembali tape atau VCD dan
gambar-gambar keganasan polis terhadap orang-orang
kita yang berdemo (terutamanya gambar seorang wanita
kita yang diheret FRU dan rakaman video bagaimana
seorang remaja kita ditendang kepalanya dengan kuat
oleh polis).
Setelah begitu banyak fitnah, pengkhianatan,
penganiayaan dan kekejaman secara bersiri dengan tidak
putus-putus yang dilakukan terhadap kita, maka sudah
terlalu tebal perasaan benci dan jijik kita terhadap
UMNO. Kerana kekejaman yang dilakukan UMNO itu
sangatlah keterlaluan dan ekstrim serta bersiri-siri,
maka tidak boleh disalahkan kalau perasaan benci
kebanyakkan orang BA terhadap UMNO juga ditahap
ekstrim.
Dr Mahathir dan UMNO-BN yang sebenar bertanggungjawab
membawa keadaan kepada ‘point of no return’
(diperingkat penyokong-penyokong). Parti KeADILan
telah dengan bijak mengambil kira perasaan kebencian
yang begitu tebal terhadap UMNO dikalangan bukan
sahaja orang KeADILan tetapi juga orang PAS. PAS
jangan pula menyesal nanti kerana telah mengenepikan
perasaan ahli-ahli dan penyokongnya. Ingatlah
menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak
berguna.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
14 Januari 2001.
19 Syawal