Assalamualaikum wm wbt,
UMNO sudah melutut kepada PAS. Dulu UMNO bersuara dan
bertindak angkoh, bengis dan garang. Tetapi kini UMNO
mengeletar ketakutan hinggakan nada suara pun sudah
'halus sumbang' macam pondan sundal Chow Kit. UMNO
kini memujuk rayu PAS. Inilah masa sebaik-baiknya
bagi PAS untuk menekan UMNO supaya bersetuju dengan
Muzakarah Islam yang kian lama ditolak oleh UMNO.
Yang patut didulukan adalah Muzakarah Islam. Ini
adalah kerana segala masalah negara berpunca dari UMNO
yang telah mengenepikan Islam dan mengubahsuaikan
hukum hakam Allah SWT untuk membolehkan UMNO
memerintah ikut sesuka hati, ikut selera dan nafsunya
yang rakus. Pemerintahan UMNO berbudayakan kekufuran,
kefasikan, salah gunakuasa, salah urus ekonomi,pecah
amanah, ketidak adilan, rasuah, bersubahat dengan
maksiat dan lain lain kemungkaran. Penyelewengan UMNO
dan BN yang dilakukan sewenang-wenangnya adalah punca
segala masalah negara. Keruntuhan akhlak, moral dan
etika pemimpin dan ahli UMNO dan BN telah menular
kedalam masyarakat dan menjerumuskan negara kepada
keadaan yang genting sekarang ini.
Lagi pun Islam menuntut jika ada seliseh faham,
pertikaian, ‘perpecahan’ antara orang Islam (termasuk
dengan munafiqoon) maka wajib kita merujuk kembali
kepada Allah SWT, iaitu kepada Al Quran dan Hadith
Rasulullah SAW.
UMNO telah mendakwa kononnya ada ‘perpecahan’
dikalangan orang Melayu. Majoriti orang Melayu adalah
beragama Islam, maka perlulah kita kembali kepada Al
Quran dan Hadith untuk menyelesaikannya. Muzakarah
Islam yang sudah lama dicadangkan PAS tetapi ditolak
UMNO itu adalah premis yang sebaik-baiknya untuk
membincangkan penyelesaian tersebut.
Memangnya sebelum ini saya mengutarakan pendapat agar
PAS menolak perbincangan dengan UMNO yang jelas tidak
ikhlas itu. Walau bagaimana pun saya sebenarnya
memahami keputusan PAS untuk menerima pelawaan UMNO
tetapi untuk membincangkan topik perpaduan negara. Dan
saya menyokong sepenuhnya keputusan PAS kerana saya
tahu ianya berpaksikan Islam; Al Quran dan Sunnah
Rasulullah SAW.
Antara lainnya, keputusan PAS berasaskan Al Quran,
Ayat 9, Surah Al-Hujuraat yang terjemahannya adalah
lebihkurang berikut:
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu’min
berperang maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah
satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap
golongan yang lain maka perangilah golongan yang buat
aniaya itu sehinnga golongan itu kembali, kepada
perintah Allah; jika golongan itu telah kembali
(kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara
keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya
Allah menyukai orang-orang yang adil”.
(Al Quran, Surah Al-Hujuraat, Ayat 9)
Sebab sebenarnya diturunkan Ayat ini adalah ekoran
dari peritistiwa perkelahian bertumbok antara orang
Islam dan golongan munafik di Madinah. Peristiwa ini
di riwayatkan oleh Anas seperti berikut.
Pada suatu hari Rasulullah SAW dipelawa mengunjungi
Abdullah bin Ubayy, ketua kumpulan munafik di Madinah.
Rasulullah SAW menunggang se ekor keldai diikuti
beberapa orang sahabat dan pengikut-pengikut yang
berjalan kaki. Apabila Rasulullah SAW hampir ketempat
Abdullah bin Ubayy yang berdiri didepan
pengikut-pengikut munafiknya, Abdullah dengan biadap
telah menyuruh Rasulullah SAW jangan dekatinya kerana
kononnya beliau tidak tahan bau busuk keldai yang
dinaikki Rasulullah SAW. Salah seorang sahabat yang
ikut Rasulullah telah menjawab bahawa bau keldai
tersebut lebih elok dari bau Abdullah ibn Ubayy.
Beberapa pengikut dari kedua pihak terlalu marah dan
telah bertumbuk. Dan Allah SWT turunkan Ayat 9 Surah
Al- Hujuraat
Perbalahan bertumbok itu dapat diusaikan dan
Rasulullah serta pengikut-pengikutnya kembali ke
rumah masing-masing.
Rasulullah SAW dan ramai dikalangan sahabat-sahabat
sedar bahawa Abdullah bin Ubayy itu ketua munafik dan
adalah musuh Islam dalam selimut, namun begitu
Rasulullah SAW tidak membenarkan pengikut-pengikut
Baginda untuk membunuh ketua golongan munafik itu.
Rasulullah sedar kalau dibunuh Abdullah bin Ubayy
musuh-musuh Islam akan berkata bahawa Baginda membunuh
umatnya sendiri dan ini akan menakutkan orang dari
memeluk Islam.
Ada beberapa pendapat mengapa golongan munafik yang
diketuai Abdullah bin Ubayy disebut juga “mu’min”
dalam ayat 9 Surah Al-Hujuraat itu. Satu daripada
pendapat tersebut adalah supaya golongan munafik tidak
akan dibunoh oleh orang-orang Islam. Jika mereka
dibunuh, maka orang-orang bukan Islam akan salah
anggap telah berlaku bunuh-membunuh sesama Islam dan
mereka akan takut untuk memelok Islam. Perlu
ditegaskan munafik tetap tidak boleh dilakukan solat
jenazah untuk mereka.
Berasaskan Ayat 9 Surah Al-Hujuraat, walau pun Dr
Mahathir dan UMNO telah banyak memperlihatkan
sifat-sifat munafik, namun begitu kita diwajibkan
mencari penyelesaian secara perdamaian terlebeh
dahulu. Sekiranya mereka memutarbelit (dalam usaha
kearah perdamaian itu) dan terus menganiayai kita,
maka kita berhak memerangi mereka habis-habisan untuk
membawa mereka balik ke jalan Allah.
InsyaAllah kemenangan akhirnya akan memihak kepada PAS
dan BA. Kita adalah golongan yang adil dan teraniaya,
dan Allah SWT sesungguhnya suka kepada orang-orang
yang adil, dan Allah SWT murka kepada orang-orang yang
menganiyai dan berlaku khianat seperti UMNO. Kalau
dilihat awal-awal lagi sudah ada tanda-tanda yang
jelas bahawa UMNO tidak ikhlas dan punyai ajenda jahat
yang tersembunyi dalam mempelawa kita berbincang..
Maknanya mereka terus menganiayai kita. InsyaAllah,
putarbelit UMNO itu akan makan diri sendiri.
Di harap selepas membaca penulisan ini,
penyokong-penyokong PAS dan KeADILan yang rasa kurang
senang akan lebih memahami asas-asas pertimbangan
pucuk pimpinan PAS dalam memutuskan untuk meneruskan
perbincangan satu sama satu dengan UMNO itu.
Segala-galanya berpaksi kepada Islam; kepada Al Quran
dan Hadith. Yakinlah Allah SWT akan memihak kepada PAS
dan BA dan segala putarbelit serta rancangan jahat
UMNO itu akan makan diri UMNO sendiri. InsyaAllah.
Semata-mata kerana Allah SWT dan sanggup mati berjuang
kerana Allah SWT.
Allahu! Allahu Akhbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
13 Januari 2001.