Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hidung Dr Mahathir kena penumbok sulong Kak Wan

Assalamualaikum wm wbt,

Hidung Dr Mahathir kena penumbok sulong Kak Wan.

Rata-rata rakyat semua kaum menyokong pendirian tegas Parti KeADILan dalam menolak pelawaan UMNO untuk membincangkan isu perpaduan Melayu (yang tidak pun berpecah). UMNO yang mengorak langkah kini nampak tersilap langkah. UMNO telah menerima penumbok sulong Parti KeADILan yang telah membuat UMNO jatuh tertonggeng.

Rakan-rakan saya berbangsa Melayu, Cina atau India yang menalipon untuk mengalu-alukan pendirian KeADILan itu turut juga memuji keputusan PAS kerana telah menolak perbincangan penyatuan Melayu (yang tidak pun berpecah itu). Tetapi mereka menyuarakan rasa bimbang dengan tujuan PAS ingin meneruskan perbincangan satu sama satu dengan UMNO mengenai perpaduan negara. Ini adalah kerana UMNO dilihat umum sebagai penjahat yang pasti akan memutarbelit dan bermain kotor.

Penolakkan KeADILAN terhadap pelawaan UMNO itu mengingatkan saya perlawanan kejohanan tinju heavyweight dunia antara jaguh Joe Frazier dan pencabarnya George Foreman. George Foreman telah dilihat ‘kacang’ bagi Frazier sebelum perlawanan itu. Tapi lihat apa telah terjadi. Foreman telah melepaskan tumbokkan-tumbokkan yang membuat Frazier jatuh tertonggeng-tonggeng. Saya bayangkan Kak Wan kita sebagai George Foreman, dan Dr Mahathir sebagai Joe Frazier. Dan Kak Wan kita telah melepaskan penumbok sulong yang kena tepat kepada hidung saiz Yahudi Dr Mahathir, dan Dr Mahathir telah jatuh tertonggeng-tonggeng. Ha ha ha.

Jaga kau Ameno (UMNO). Parti KeADILan sudah dewasa dan matang dan mempunyai pimpinan yang berkewibawaan, bijaksana dan berani berkorban untuk menegakkan keadilan. KeADILan sudah bersedia untuk bersama-sama komponen BA yang lain untuk mengambil alih pemerintahan negara. BA sudah menjadi gabungan politik yang mantap dan kuat dan kini punyai kredibiliti yang kukuh sebagai alternatif kepada BN.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi

11 Januari 2001.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 13 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com