Assalamualaikum wm wbt,
Suatu syor telah dikemukakan oleh beberapa pemimpin
UMNO agar diambil kesempatan, sempena pertemuan
Presiden-presiden PAS, Keadilan dan UMNO yang
dicadangkan itu, untuk menyerah balik royalti minyak
bagi diuruskan sendiri seperti dulukala oleh kerajaan
Terengganu. Syor ini sekali imbas memberi gambaran
bahawa UMNO berniat "baik" dalam konteks “penyatuan
Melayu”, tetapi AWAS, ada udang di sebalik batu.
Terselindung dalam syor ini adalah ajenda khianat UMNO
untuk melaksanakan ( sambil pura-pura berbaik-baik )
suatu strateji untuk mensabotaj, mengkhianat dan
menggagalkan projek-projek pembangunan kerajaan BA
Terengganu yang dibiayai dengan wang royalti minyak
yang akan diberi untuk diuruskan sendiri itu dengan
harapan agar menjelang pilihanraya 2004, banyak
projek-projek akan tergendala, dan dengan itu UMNO
akan mempunyai bukti-bukti untuk menuduh kerajaan
Terengganu sebagai telah gagal dalam mengurus dan
membelanjakan wang royalti minyak tersebut dengan
amanah, bijaksana lagi efficient.
Orang-orang UMNO baru sahaja sedar bahawa adalah suatu
kesilapan besar menyekat royalti minyak dari diuruskan
sendiri oleh kerajaan BA Terengganu. Tindakan UMNO
melepaskan dendam terhadap rakyat Terengganu itu baru
disedari mempunyai implikasi yang amat buruk terhadap
peluang UMNO untuk menawan kembali Terengganu pada
2004. UMNO telah silap perhitungan dalam mengira
bahawa rakyat Terengganu, setelah disiksa akan serik,
dan kembali sujud kepada BN. UMNO terlalu angkoh dan
memandang terlalu rendah akan keupayaan rakyat
Terengganu untuk menganalisa dan mengamati segala
perkembangan dengan bijak dan matang.
Kini ramai ahli-ahli MT UMNO dikatakan mengkritik
dasar membalas dendam keatas rakyat Terengganu itu (
secara berani bercakap di belakang Dr Mahathir).
Mereka berkata adalah lebih wajar sekiranya pemberian
royalti minyak itu tidak diputarbelit dan disekat
tetapi diteruskan diberi kepada kerajaan BA Terengganu
yang kurang pengalaman itu. Dengan pengalaman yang
kurang dijangka kerajaan BA Terengganu akan gagal
menguruskannya dengan baik dan akhir-akhirnya akan
hilang popularitinya di mata rakyat.
Sekiranya didapati pula kerajaan BA Terengganu
berupaya menguruskan royalti minyak itu dengan baik,
maka UMNO boleh, dengan kuasa pusat ditangan mereka,
mensabotaj projek-projek pembangunan di Terengganu.
Kerajaan BN boleh arahkan Petronas melambat-lambatkan
bayaran royalti tersebut, dan berupaya secara
senyap=senyap mengkhianati bekalan bahan-bahan binaan
untuk projek-projek pembangunan yang dirancangkan. Dan
jika pengkhianatan mereka berjaya dan mengakibatkan
banyak projek-projek gagal atau tergendala, maka
mereka boleh pada tahun 2004 nanti menuduh kerjaan BA
Terengganu sebagai tidak reti menguruskan wang royalti
minyak yang diterima itu. Kesemuanya ajenda jahat ini
tidak dapat dilancarkan kerana Dr Mahathir, dengan
hasutan Wan Mokhtar dan Dr Yusof Noor, telah bertindak
melulu untuk membalas dendam terhadap rakyat
Terengganu.
Dasar menyekat royalti minyak juga menutup peluang
keemasan untuk membunuh karier politik YAB Tok Guru Hj
Dato Abdul Hadi Awang. UMNO sendiri akur bahawa YAB
Tok Guru berkewibawaan dan berkarisma untuk suatu hari
nanti, dengan idzin Allah SWT, menjadi Perdana
Menteri. Sekiranya wang royalti minyak tidak disekat
tetapi terus diberi kepada YAB Tok Guru
menguruskannya, maka segala usaha khianat boleh
dilancarkan dibelakang tabir untuk memastikan YAB Tok
Guru akan gagal dalam menguruskan wang royalti itu
dengan efficient. Dan dengan kegagalan itu sekali gus
UMNO dikira boleh menawan kembali Terengganu dan juga
lenyaplah potensi serta prospek YAB Tok Guru untuk
menjadi Perdana Menteri di masa akan datang.
Usaha UMNO untuk “berbaik-baik” dengan PAS dan
Keadilan (dengan mengenepikan PRM dan DAP) melalui
sandiwara “perbincangan penyatuan Melayu” dianggap
sebagai masa yang sebaik-baiknya untuk mengembalikan
kuasa Terengganu dalam mentadbir sendiri wang royalti
minyak. Dalam suasana hendak menjalin hubungan ‘baik’
ini UMNO tidak akan hilang sangat air muka ( sama
seperti pembatalan debat antara Mahfuz dan Hishamuddin
oleh UMNO dengan mengunakan cadangan perbincangan
penyatuan tersebut sebagai helah). Sambil berbaik-baik
itu UMNO boleh menikam belakang kerajaan BA Terengganu
dengan strateji mengkhianatkan projek-projek
Terengganu. Kroni-kroni bisnes UMNO dan BN boleh juga
(dalam konteks ‘fence mending’ atau membaik pulih
hubungan KL dengan KT ) mencuba untuk mendapat
beberapa projek pembangunan dari kerajaan BA
Terengganu ( yang nanti akan sengaja mereka gagalkan
untuk menjejaskan imej kerajaan BA Terengganu, dan
tindakan belot mereka itu tidak akan merugikan kerana
mereka akan di‘bailout’).
Saya mengambil kesempatan disini untuk memberitahu
bahawa ada juga ajenda jahat untuk mengazabkan rakyat
Terengganu dengan mengurangkan kemasukkan ke
Terengganu barang-barang keperluan harian (essential
items), seperti beras dan gula. Bekalan akan sentiasa
berkurangan dan kerajaan YAB Tok Guru akan
dipersalahkan dengan harapan rakyat Terengganu akan
akhirnya melutut dan sujud kepada kehendak kerajaan BN
pada tahun 2004. Perlu ditegaskan ini hanya ajenda
yang maseh diperingkat perbualan sambil lewa
pemimpin-pemimpin UMNO, tetapi elok kiranya bagi
kerajaan BA Terengganu untuk ‘sediakan payung sebelum
hujan’ dengan memastikan bekalan keperluan harian
mencukupi.
Sekian dulu semoga maklumat yang penting ini dapat
disebarkan dengan meluas di Terengganu.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
8 Januari 2001