Assalamualaikum wm wbt,
Semua orang PAS dan Keadilan yang ditanya (oleh saya
dan rakan-rakan dalam satu 'opinion poll') telah
menolak cadangan UMNO untuk mengadakan “perbincangan
penyatuan Melayu.” Kami kira amat penting membuat
‘opinion poll’ (banci pendapat) ini demi untuk
membantu kepimpinan BA dalam membuat keputusan. Di
majlis Hari Raya PAS di Taman Melewar tadi (6 Jan
2001) sempat juga kami (secara sambil berbual)
bertanya beberapa penyokong BA yang kami kenali ketika
berkerja sukarela semasa pilihanraya dulu. Semuanya
orang PAS dan Keadilan yang kami temui/hubungi
berpendapat bukannya orang Melayu yang berpecah, tapi
UMNO yang sedang berpecah, dan perbincangan yang
dicadangkan UMNO itu adalah semata-mata helah untuk
bukan saja menyelamatkan UMNO tetapi memecah-belahkan
BA. Rata-rata berpendapat bahawa UMNO ada bermacam
niat jahat yang tersembunyi.
Semua orang PAS dan Keadilan yang ditanya juga
menganggap perpaduan Melayu sekarang ini begitu erat
dibawah BA. Belum pernah terdapat lebih 80 peratus
orang Melayu bersatu dengan tegohnya seperti yang
berlaku sekarang ini dibawah BA. Perpaduan Melayu yang
erat ini mungkin terjejas dan bangsa Melayu mungkin
terjerumus kedalam porak peranda perpecahan kalau PAS
dan Keadilan setuju berunding dengan UMNO.
Ramai yang berpendapat kalau UMNO ikhlas untuk membela
orang Melayu, maka UMNO perlu terima kenyataan ( walau
pun pahit) bahawa majoriti orang Melayu sudah menolak
UMNO dan dengan itu UMNO perlu menyerah kuasa yang
dimenanginya dengan cara kotor dan bantuan ehsan undi
Cina itu. UMNO sepatutnya menyerah kuasa kepada BA
yang kini mewakili orang Melayu dan juga semua kaum.
UMNO sudah tidak relevan lagi. Malah orang Cina dan
India sudah mula menaroh keyakinan terhadap BA. Memang
niat jahat UMNO selepas kekalahan di Lunas adalah
untuk memintas sokongan orang Cina dan India kepada BA
yang semakin meningkat, dan cadangan mengadakan
perbincangan penyatuan Melayu itu sebenarnya adalah
antara muslihat tersembunyi UMNO untuk menyekat
sokongan kaum bukan Melayu kepada BA yang semakin
meningkat itu. Langkah yang bijak adalah bagi UMNO
dibubarkan demi untuk mengeratkan lagi perpaduan
Melayu yang begitu erat sekali dibawah bendera-bendera
BA. Begitulah sedikit sebanyak pendapat yang saya dan
rakan-rakan perolehi dari usaha kami ( yang ikhlas
tanpa inginkan apa bayaran ‘consultancy fees’ atau
kain pelakat atau trip ke Hatyai/Medan tetapi
sebaliknya kami membelanjakan wang sendiri dengan
penuh rela demi untuk memperjuangkan Islam dan
keadilan).
Dari ‘opinion poll’ yang kami lakukan itu, rata-rata
penyokong-penyokong PAS dan Keadilan berpendapat
bahawa memandangkan lebih 80 peratus orang Melayu kini
bersatu dengan eratnya dibawah BA, maka andai kata
berlaku perpecahan BA, barulah boleh digunakan istilah
Melayu berpecah. Perpecahan yang sedang berlaku dalam
UMNO adalah masalah dalaman parti. Masalah perpecahan
UMNO ini langsung tidak ada kena mengena dengan orang
Melayu kerana UMNO kini hanya mewakili kurang dari 20
peratus orang Melayu yang maseh bergayut dengan UMNO
atas sebab-sebab kepentingan-kepentingan diri,
kepentingan duniawi, dan ada juga kerana menolak Islam
yang akan menjejaskan cara hidup ala barat mereka
serta cara hidup mereka yang bergelumang dengan rasuah
dan lain-lain perkara maksiat serta kemungkaran.
Saya dan rakan-rakan juga dapat maklumbalas dari
kenalan-kenalan lain yang juga berusaha membuat banci
pendapat. Didapati pada keseluruhannya majoriti orang
Melayu berpendapat bahawa perpecahan yang sedang
berlaku dalam UMNO sekarang ini tidak langsung ada
kena mengena dengan bangsa Melayu dan dengan itu PAS
dan Keadilan digesa supaya menolak secara total dan
muktamad cadangan UMNO untuk berbincang itu.
Kebanyakkan juga berpendapat bahawa UMNO mempunyai
bermacam niat jahat dan busuk yang terselindung dalam
mencadangkan perbincangan penyatuan Melayu ( yang tak
pun berpecah itu).
Pandangan-pandangan dari penyokong-penyokong PAS dan
Keadilan ini dikemukakan dengan penuh harapan agar
pemimpin-pemimpin PAS dan Keadilan akan
mempertimbangkan dengan terperinci segala implikasi.
Buatlah solat sunat istikharah untuk memeperolehi
petunjuk dari Allah SWT. Saya sudah beberapa malam
melakukan solat sunat istikharah, tapi saya rasa tidak
layak bagi saya seorang yang kurang serba-serbi dari
segi ilmu dan amalan untuk memberitahu disini alamat
yang saya terima dalam mimpi dua malam lepas. Walau
pun saya yakin masa saya tidor saya berkeadaan dalam
berwudhu dan pyjamas saya berseh, dan saya telah
melakukan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah
SAW ketika Baginda hendak beradu, namun itu saya maseh
takut kalau-kalau alamat dalam mimpi yang saya
perolehi itu adalah mainan syaitan.
Akhir kata ingin disampaikan disini sekali lagi hasrat
semua penyokong-penyokong PAS dan Keadilan yang saya
dan rakan-rakan saya telah hubungi (di tempat-tempat
kerja, melalui talipon dan juga kunjungan Aidil Fitri)
bahawa semuanya memohon agar kepimpinan PAS dan
Keadilan akan menolak sama sekali perbincangan
penyatuan yang dicadangkan UMNO (secara ajak-ajak ayam
dan yang beranika motif jkahat yang terselindung )
itu. Ditegaskan lagi tidak seorang pun orang PAS dan
Kedadilan yang kami temui atau hubungi setuju dengan
cadangan UMNO tersebut. Malah ada yang sudah buat
solat hajat memohon agar kepimpinan PAS dan Keadilan
tidak akan terpedaya dengan sandiwara baru UMNO
tersebut.
LAWAN TETAP LAWAN !!!
Allahu Akhbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
6 Januari 2001