Assalamualaikum,
Perbincangan ‘Perpaduan’ Melayu: Mungkin supaya DAP
serba salah dan keluar BA?
Tadi rakan ditempat kerja bertanya,” Betul ke Ustaz
Fadzil Noor dan Wan Azizah dah setuju nak jumpa
Mahdey. Tak jeran ke?”
“Kan Dato Fadzil Noor dah tegaskan dalam khutbah raya,
as far as PAS is concerned perpaduan itu hanya
berlandaskan Islam dan keadilan. Wan Azizah pun
menolak walau pun sekali imbas nampak macam dia bagi
ruang pada UMNO," jawab saya.
“Sia-sialah segala perjuangan dan sacrifice kita kalau
depa setuju berbincang dengan Mahdey,” tegas rakan
saya itu. ”Nanti PAS dan Keadilan bercekak pulak
dengan DAP kalau depa pi jumpa Mahdey. DAP would be in
a dilemma. Orang Cina akan hentam DAP. Silap hari
bulan DAP terpaksa keluar BA. Ini agaknya satu dari
niat busuk UMNO”.
Ia tak ia jugak. Betul kata rakan saya tu. Kalau PAS
dan Keadilan setuju berbincang pasal “perpaduan”
Melayu seperti diumpankan oleh UMNO, memang ada
kemungkinan DAP akan jadi sensitif dan ambil hati. DAP
akan berasa serba salah kepada orang-orang Cina, dan
mungkin juga akan ada suara-suara yang mendesak DAP
tinggalkan BA. Mungkinkah ini antara niat jahat
disebalik pelawaan UMNO itu???
Diharap YB Dato Fadzil Noor dan Datin Seri Wan Azizah
akan ambil kira sensitiviti DAP. Jangan ketepikan
kemungkinan bahawa perpecahan BA adalah antara ajenda
tersembunyi UMNO. Kalau ini antara niat busuk UMNO,
maka sebaik saja DAP keluar dari BA atas desakkan
orang Cina, UMNO akan serta merta membelakangkan PAS
dan Keadilan.
Kalau itu senario yang akan berlaku maka ekoran dari
kena terpedaya itu, mungkin ramai penyokong PAS dan
Keadilan yang akan terasa “disillusioned” dengan
kepimpinan BA. Mungkin ada pula yang akan tinggalkan
PAS dan Keadilan.
Semoga Allah pelihara perjuangan yang suci ini dan
lindungi pemimpin-pemimpin PAS dan Keadilan dari
terpedaya dengan tipu-helah serta mainan kotor Dr
Mahathir dan UMNO.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
4 Januari 2001.