Assalamualaikum wm wbt,
Iklim Pelaboran Malaysia: Pandangan seorang eksekutif
Bank Dunia.
Alhamdulillah dapat saya bertemu dalam bulan November
2000 yang lepas dengan Bill (bukan nama sebenarnya),
seorang eksekutif kanan Bank Dunia dipersidangan
antarabangasa di negara jiran.Oleh kerana bidang tugas
Bill di Bank Dunia adalah memberi khidmat nasihat dan
memantau usaha Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina
dan Korea Selatan dalam menarik pelaboran asing maka
kami telah berbincang mengenai prospek kemasukkan
pelaboran asing ke Malaysia. Menurut Bill, prospeknya
yang sudah pun sangat lembab akan bertambah lembab
lagi pada tahun 2001.
Saya telah lama kenal dengan Bill. Sebelum dia
berkhidmat dengan Bank Dunia, beliau adalah seorang
expatriate di KL pada tahun 1994–96, dan saya pernah
menemui beliau pada masa itu di beberapa majlis
keraian di kediaman rasmi Duta Besar Amerika Syarikat.
Berdasarkan bidang tugas beliau sekarang ini dan
pengalaman beliau dulu di Malaysia, maka saya kira
Bill boleh juga dianggap ‘authority’ mengenai iklim
pelaboran di Malaysia. Lagi pun kebanyakkan pelabor
asing yang menanam modal secara tetap (Foreign Direct
Investment –FDI) dan yang melabor secara jangka pendek
(melalui bursa saham KLSE) adalah ‘business contacts’
Bill.
Mula-mulanya Bill menegaskan bahawa sebenarnya sudah
tidak ada pelaboran jangka pendek di Malaysia kerana
kawalan modal yang dikuatkuasakan oleh Dr Mahathir
telah mensyaratkan modal yang ditanam di KLSE terikat
selama satu tahun sebelum boleh dibawa keluar oleh
pelabor asing. Capital control atau kawalan modal ini
mengurangkan minat pelabor-pelabor asing untuk melabor
di bursa saham KLSE. Selagi dasar kawalan modal ini
diteruskan, selama itulah pelabor-pelabor asing akan
tidak berselera dan kurang berminat. Dan selagi
pelabor asing tidak berminat, selama itulah
syarikat-syarikat yang disenaraikan di KLSE tidak
akan menikmati lebihan modal untuk dipusingkan, dan
mereka terpaksa dari masa kesemasa dibantu dengan
bailout atau dengan wang ehsan dari duit rakyat yang
diamanahkan kepada kerajaan.
Berhubung dengan FDI pula, Malaysia kini dianggap oleh
syarikat-syarikat asing sebagai sudah tidak lagi
‘attractive” (menarik). Kesilapan kerajaan Dr Mahathir
adalah dalam memberi penekanan kepada pembinaan
infrastruktur tetapi kurang perhatian terhadap melatih
rakyat Malaysia dalam bidang ilmu dan kemahiran yang
sudah berubah rupa dengan pesatnya disemua bidang.
Ketidak seimbangan ini berlaku kerana Dr Mahathir
mementingkan pembinaan infrastruktur untuk memberi
kekayaan secara ‘overnight’ kepada kroni-kroninya.
Contoh yang baik sekali adalah projek MSC. MSC jatuh
tersungkur dan kalah dengan Bagalore, India yang telah
dipilih oleh Microsoft sebagai ‘Silicon Valley II’
kerana Malaysia tidak berupaya menandingi India dari
segi pembangunan ilmu dan kemahiran dibidang komputer
dan IT.
Selain infrastruktur yang canggih, Malaysia menawarkan
bermacam insentif yang sangat istimewa bagi projek MSC
seperti pertukaran wang asing yang ‘special’ bagi
pelabor asing iaitu RM4.5 (bukan RM3.8) untuk menukar
dollar Amerika kepada ringgit, dan kadar menukar balik
ringgit kepada dollar Amerika untuk membawa keluar
keuntungan adalah hanya RM2.5 bagi setiap dollar.
Pelabor-pelabor asing melihat ‘special deals’ seumpama
ini bukannya sesuatu yang terjamin kerana boleh
diubah-ubah oleh kerajaan Dr Mahathir pada sekelip
mata sahaja.
Bill menegaskan bahawa isu kehakiman yang tidak adil
terhadap saudara Anwar Ibrahim dan isu pembayaran
royalti minyak kepada kerajaan Terengganu mempunyai
impak atau kesan yang sangat buruk. Kerana
syarat-syarat perjanjian antara Petronas dan Kerajaan
Terengganu telah dilanggar dengan selamba dan begitu
saja, maka kerajaan Dr Mahathir sudah tidak lagi
dipercayai langsung oleh kebanyakkan pelabor-pelabor
asing yang berwibawa (hanya 'kucing kurap' saja yang
menyinggah). Mereka takut kalau-kalau apa yang berlaku
kepada kerajaan Terengganu akan berlaku kepada
syarikat mereka. Dengan sekelip mata sahaja segala
‘special deals’ yang diberi boleh ditarik balik. Dan
pelabor-pelabor asing yang menjadi mangsa itu tidak
boleh pula membawa kes ke mahkamah yang dikawal
sepenuhnya oleh Dr Mahathir dan kroni-kroninya. Malah
kawalan kehakiman Malaysia melalui kegiatan rasuah
oleh kroni-kroni bisnes Dr Mahathir lebih ditakuti
oleh pelabor-pelabor asing.
Yes, imej kerajaan dan kehakiman negara yang amat
buruk itu menjadi antara penghalang utama kepada
kemasukkan pelaboran asing kedalam ekonomi Malaysia.
Krisis keyakinan ini adalah akibat dari perbuatan Dr
Mahathir sendiri. (Saya dapat maklumbalas bahawa
rayuan Dr Mahathir pada minggu lepas supaya memberi
peluang kepada kehakiman membuktikan kebebasannya
hanya diperlekeh dan diketawakan oleh majoriti rakyat,
dan juga pelabor-pelabor asing yang sudah masak dengan
putar-belit Dr Mahathir dan BN).
Barisan Nasional juga dilihat oleh pelabor-pelabor
asing sebagai bukan lagi hanya sebuah parti politik,
tetapi sudah berubah menjadi konglomerate bisnes
gergasi yang menguasai sepenuhnya (monopolized)segala
sumber dan projek-projek untuk meraih kekayaan di
Malaysia. Kerana BN sudah menjadi syarikat bisnes yang
besar sementara kehakiman serta polis pula dibawah
telunjuk Dr Mahathir dan kroni-kroninya, maka Malaysia
dianggap sebagai negara berisiko terlalu tinggi bagi
pelaboran asing.
Amalan nepotisma dan kronisma juga mengurangkan minat
pelabor-pelaboir asing. Contohnya, Ford dan General
Motors enggan menandatangani perjanjian untuk
menyertai Proton (EON) kerana disaat-saat akhir telah
dikenakan syarat tanpa bertulis supaya mereka
mengambil anak menantu seorang Menteri sebagai salah
seorang Director bagi mengendalikan kepentingan mereka
dalam EON.
Syarikat-syarikat asing yang sedia ada di Malaysia
dihantui dengan kemungkinan mereka akan dipaksa
melepaskan kepentingan mereka kepada anak-anak Dr
Mahathir dan kroni-kroni bisnes beliau apabila bisnes
meningkat maju. (Kaedahnya macamlah pengusaha
gerai-gerai makanan yang kebanyakkannya terpaksa
menyewa lesen/permit perniagaan dari geng UMNO dan BN.
Apabila bisnes maju maka geng UMNO dan BN sebagai
pemegang lesen/permit itu samada akan memeras ugut
menuntut bayaran sewa yang lebih atau pun akan
mengambil alih bisnes yang sudah dimajukan itu. Dan
pengusaha yang ditendang keluar itu tidak akan
mengambil tindakan undang-undang kerana mereka akur
bahawa mereka pasti akan kalah. Silap hari bulan,
mereka yang buat laporan polis, tetapi mereka pula
ditangkap atas tuduhan-tuduhan yang direka).
Untuk projek MSC, ‘special deals’ juga membolehkan
dibawa masuk 100% pekerja-pekerja asing kerana
ketandusan tenaga kerja tempatan yang punyai kemahiran
dibidang komputer dan IT yang bersesuaian. Tetapi
pelabor-pelabor asing lebih suka kalau 80% tenaga
kerja adalah terdiri dari rakyat Malaysia sendiri yang
boleh dibayar mengikut gaji dan ganjaran tempatan.
Kalau mereka terpaksa mengimport sebahagian besar
tenaga kerja dari luar, maka kos akan tinggi kerana
kebanyakkannya perlu dibayar gaji, imbuhan dan
benefits sebagai expatriate.
Bill menegaskan kebayakkan dari insentif yang
ditawarkan Malaysia sudah tidak sesuai untuk menarik
pelaboran asing dalam suasana yang sudah berubah. Bank
Dunia telah banyak mengemukakan nasihat dan cadangan
untuk memperbaikki iklim pelaboran bagi Malaysia,
tetapi hampir kesemuanya ditolak kerana akan menjejas
kedudukan kewangan orang-orang tertentu ( maksud Bill
adalah kroni-kroni Dr Mahathir dan BN). Segala-galanya
dipertimbangkan dari segi kepentingan kroni-kroni dan
bukan kepentingan negara, dan segala bantuan khidmat
nasihat dari luar dipropagandakan kepada rakyat
melalui media kerajaan sebagai percubaan kuasa asing
untuk menjajah semula Malaysia.
Ada lagi yang didedahkan oleh Bill tetapi akan
memudahkan pihak berkuasa untuk mengesan siapa Bill
(dan mungkin juga siapanya saya) sebenarnya. Agak
cukup buat sementara ini untuk kita semua sedar bahawa
ekonomi Malaysia sebenarnya belum pulih seperti yang
diheboh-hebohkan oleh Dr Mahathir dan
pengampu-pengampunya. Saya tidak melaporkan perbualan
saya dengan Bill terlebih awal lagi kerana mungkin
dianggap pengkhianat kepada negara atau ‘alarmist’
yang cuba menghasut rakyat jangan memasukki KLSE.
Tetapi kini seperti yang dijangkakan, KLSE sudah
menurun dibawah paras 700 ( indeks komposit tutup 2
Januari 2001 pada 666.63 mata). Kita sebenarnya perlu
menyediakan diri dan keluarga untuk menghadapi tahap
inflasi yang lebih tinggi dan lain-lain implikasi
buruk dari kemerosotan ekonomi yang berterusan ini.
Memangnya kita mengharapkan keadaan akan pulih dan
menjadi baik. Tetapi kita perlu bersedia menghadapi
kenyataan. Kita perlu berpijak di bumi yang nyata.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
3 Januari 2001