Assalamualaikum wm wbt,
AWAS! Kenyataan BA tentang perpaduan Melayu akan
dianggap hasutan.
Terkini dari sumber-sumber KDN. Segala respons dari
pemimpin BA mengenai pelawaan Dr Mahathir untuk
berbincang tentang perpaduan Melayu sedang dikumpulkan
oleh pihak polis. Kenyataan-kenyataan pemimpin BA, tak
kira samada yang menolak mau pun yang bersetuju
(dengan bersyarat, akhirnya akan diberi cap atau
‘label’ provokasi dan hasutan, dan mereka akan
ditangkap (jika perlu) dibawah akta hasutan atau akta
ISA
Kaedahnya sama seperti tahun 1987 dimana MCA dan UMNO
mulakan hentam menghentam, dan apabila pemimpin PAS
dan DAP telah masuk perangkap dan bersuara,
pemimpin-pemimpin pembangkang itu yang ditangkap dan
ditahan beberapa tahun dibawah akta ISA
Jaring yang dipasang oleh UMNO kali ini mengenai
perpaduan Melayu bertujuan untuk menangkap ikan-ikan
paus BA, iaitu pemimpin-pemimpin atasan BA. Mereka
kira sudah tentu pemimpin-pemimpin atasan BA akan
terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan
diputar-belitkan dan diberi 'label' provokasi dan
hasutan
Dikatakan Dr Mahathir dan Pak Lah sangat kecewa
(disappointed) kerana setakat ini pemimpin-pemimpin
atasan PAS seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok
Guru Abdul Hadi Awang maseh tidak termakan umpan
kerana maseh belum bersuara. Setakat ini hanya Ketua
Pemuda PAS, Saudara Mahfuz sahaja yang telah bersuara,
tetapi pihak polis sudah pun ada senarai kesalahan
yang berjela-jela untuk menangkap Mahfuz.
Sekian buat ketika ini. Sekiranya ada maklumat terbaru
nanti, insyaAllah akan saya kemukakan.
Tarabulsi
2 Januari 2001