Sebelum rombakan kabinet almari mahathir dirombak baru-baru ini, terdapat penyampai maklumat dalam FGR yang memaklumkan lebih kurang 3 minggu lebih awal dari kenyataan yang dibuat oleh madey. Penyampai itu memaklumkan bahawa Tg. Adnan dilantik menjadi menteri, Hamid othman digugurkan dan dilantik menjadi penasihat hal-ehwal agama madey, Noh gadut atau hamid zainal abidin menjadi menteri di JPM.
Persoalannya siapakah beliau memberi maklumat yang tepat itu. saya tabik kepada anda, anda mestilah orang yang rapat dengan madey dan berada di JPM. Maklumat anda 99% tepat. Ini telah menaikkan semangat pengunjung FGR dan laman web reformasi kerana maklumat yang disebarkan adalah benar dan tepat, bukan main hentam kromo sahaja.
Sekarang JPM dipenuhi oleh reformis-reformis yang berjuang dalam senyap. Ini lebih merbahaya kepada madey dan kuncu-kuncu madey. begitu juga dalam bilik setiausahakerja UMNO dipenuhi oleh reformis-reformis. jangan perkecilkan usaha mereka. Meraka dimulut menyokong UMNO tapi dalam hati siapa yang tahu.
...............................................
Petikan FGR