Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Perpecahan-Perpaduan Melayu

Oleh : Shahnon Ahmad

Setiap perjuangan menuntut pengorbanan. Setiap reformasi juga menuntut lebih banyak pengorbanan. Setiap perpaduan juga setiap perlu melalui beberapa proses termasuk takah-takah perpecahan, pergelutan dan berbagai cabaran. Perpaduan dan perpecahan bukan lah satu matalamat tapi adalah merupakan proses-proses dalam perjalanan menuju metalamat. Dalam konteks inilah maka apa yang kini diriuhkan sebagai perpecahan dan perpaduan Melayu , dari satu perspektif, adalah hanya satu proses reformasi; bukan satu matalamat . Dari persepektif inilah lah maka isu perpecahan dan perpaduan melayu ini bukanlah satu bala dan malapetaka yang besar; malah sebaliknya satu keindahan yang untik, satu jenis kecantikan yang tak terduga, satu barakah yang unggul tersembunyi.

Perpecahan Melayu kini memang satu realiti; bukan satu igauan tapi realiti itu diciptakan oleh UMNO sendiri. Yang berpecah ialah orang Melayu dalam UMO terutama dalam era Mahathir kebelakangan ini disebabkan oleh berbagai faktor yang asing bagi peradaban Melayu dan agama Islam mencakupi berbagai pencabulan seperti rasuah, kepimpinan yang korap, politik wang, kepimpinan kikubesi, mabuk dengan harta dan nama, budaya yang sengaja menakutkan rakyat dan sebagainya. Teralalu banyak sebab yang menyebabkan UMNolah yang menjadi punca perpecahan Melayu tapi perpecahan itu hanya dalam UMNO; bukan dalam PAS atau KeADILan . UMNO berpecah kerana sudah banyak ahli UMNO lari masuk PAS atau ADIL. Yang Muda-muda tak sokong UMNO lagi. Yang masih dalam UMNO sudah tak berani panggung kepala lagi. Yang cabut masuk ADiIL pun bukan main banyak. Bukinya banyak termasuk keputusan pilihan raya 1999 yang lalu, dan juga pilihan raya kecil di Telok Kemang dan Lunas.

Oleh itu buat apalah yang PAS dan ADIL hendak melibatkan diri dalam muzarakah tentang perpecahan Melayu ini kerana dalam PAs yang berteraskan Islam tak ada perpecahan pun. Kalau berpecah kita kembali kepada Islam - kepada al-Quran dan Sunnah. Adil pun bukan parti Melayu tapi parti berbagai kaum. Buat apa yang cepat masuk perangkap UMNo. Biat UMNO dengan perpecahannya kerana aproses perpecahan dalam UMNo bukan lagi menuju perpaduan tapi lngsung menuju matinya UMNO. Tak lama lagi UMNO akan mati dan terus berkubur. Buat apa yang PS dan ADIl sibuk-sibuk hendak memebentu UMNo yang sedang tenat itu. UMNO telah membuat terlalu banyak dosa kepada Melayu. Biarkanlah UMNO menanggung dosa itu.

Perpecahan dalam UMNO adalah satu keindahan buat PAS dan ADIL kerana ahli UMNO tak lama lagi akan lari masuk PAS atau ADIL. Atau pun mereka terus lenyap begitu saja ditelan oleh puaka-puaka UMNO sendiri.

Sekarang ini cuba lihat bagaimana akhbar-akhbar dan media-medaia perkakas UMNO sedang kempen untuk UMNO. Setiap hari akhbar dab media cuba tonjolkan UMNo sebagai perintis perpaduan kembali, sebagai wira Melayu dan Mahathir kelak akan jadi penglima wira itu. Tapi dalam perpecahan Melayu sekarang ini UMNO bukan wira lagi tapi sebuah pakatan Mafia yang rakus tanpa belas kasihan lagi kepada bangsa Melayu kecuali Melayu dalam kelompok koronisme, nepotisme dan susakat saja. Dan Mahathir bukan lagi wira Melayu tapi sudah menjadi semacam Godfather kepada UMNO Mafia.

PAS dan ADIl perlu hati-hati dalam langkahan mereka untuk melibatkan diri dalam mafia akhir zaman ini kerana kelak ahli-ahli mereka juga naik radang dan cabut lari dari PAS dan ADIl sendiri. Apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat (YB Mahfuz Umar) dan Kedua Pemuda ADIL Ezam) memang tepat. Jangan masuk campur dalam kemabukan dan kegilaan Mafia ini. Kita tunggu saja. Kelak akan berbondong-bondonglah mereka datang menyembah kita. Sekarang ini kita hanya menjadi sebagai pemerhati saja; memerhati tentang proses kematian UMNO kerana kita akan menggantikannya kelak. Kita perlu bersiap sedia dengan kelengkapan kita yang serba canggih untuk kelak mengambil temnpat UMNO yang sudah terhakis itu. Percayalah bahwa UMNO tak relevan lagi dalam perjuangan menegakkan keMelayuan kerana UMNO sendiri yang mencabuli dirinya sendiri. UMNO sendiri yang merogoli dirinya sendiri. Sesuiapa saja boleh melihat dan merasai kebiadaban yang sedang dan telah dilakukan oleh UMNO. Terlalu banyak untuk menyebut jenis-jenis kebiadaban itu termasuk isu konspirasi terhadap Anwar, sisu Wang Royalti-Ehsan dan 1001 lagi. Tolonglah PAS dab ADI. Jangan lagi masuk jebak MAFIA ini.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 7 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com