Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


UMNO banyak Pemimpin Pelapis atau Kayu Lapis?

UMNO mempunyai pemimpin pelapis, begitulah kata Pak Lah Badwi di Kota Kinabalu pada 27hb kelmarin. Apakah maksud yang tersirat disebalik kenyataan beliau? Adakah kenyataan tersebut ditujukan kepada pembaca akhbar Utusan Meloya atau kepada keTUA nya sendiri iaitu Mr..Mahathir (tapi si Mahathir ni selalu buat tak faham)Pak Lah dah kenen kamu pun masih tak sedau ke?. Ataupun yang tersirat lain pula, UMNO sekarang sudah kehilangan pemimpin pelapisnya. Nak sembunyilah tuuu.

Ana ada sebuah cerita (bunyi macam dongeng )buat santapan fikiran. Ceritanya begini …

Ada sebuah negara yang bernama Malaysia yang mana pemimpinnya mendakwa memiliki banyak sekali Kayu Lapis ( eh..eh lapis lagi ye?). Akan tetapi kebelakangan ini stock kayu lapisnya sudah tiada dalam simpanan negara,mengapa? kerana kayu-kayu lapis ini sudah banyak di ekspot. Sebelum inipun sudah ada adiknya yang bernama DSAI yang memberi nasihat pada pemimpin negara tersebut supaya mengawal pengeluaran kayu lapis ini …jangan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Tapi pemimpin negara tersebut terus menyergah " aaaaah..kau tau apa tentang ekonomi?" Maka kayu-kayu lapis tetap di ekspot ke luar negara. Ekspot kemana? Ke 2 buah negara yang mana sanggup menerima dan membeli kayu-kayu lapis tersebut. Dua buah negara yang di kenali sebagai negara BA dan negara PAS Negara BA dan PAS ini menyanjung tinggi kualiti kayu-kayu lapis Malaysia kerana kayu-kayu lapis ini amat berguna sama sekali dan negara BA dan PAS amat hairan kerana kayu-kayu lapis ini di Malaysia hanya digunakan untuk membuat dinding rumah dan kayu api.

Akan tetapi apabila Negara Pengekspot tadi sudah kehabisan stok kayu lapis untuk dibuat dinding dan kayu api maka terperanjat besarlah mereka (pemimpin-pemimpin negara Malaysia) "dengan apa kita nak buat dinding dan kayu api?" tanya keTUA negara Malaysia kepada Tinbalang nya (bunyi….timbalan) nya "aaaah…tak kisah tu semua, susah-susah sangat kita buat dinding dengan Plastik dan kayu api kita ganti dengan getah…apa kita nak takutkan kita ada banyak plastik (tokeh-tokeh plastik geng kita) dan getah (tokeh ni pun geng kita jugak)". Maka merekapun menggunakan plastik (kayalah tokeh plastik) untuk membina dinding-dinding rumah mereka dan getah ( tokeh ni pun turut tambah kaya) untuk menggantikan kayu api.

Selepas beberapa minggu alkisah berbunyilah isu-isu sumbang dari pemilik-pemilik rumah. "Rumah kami senang diceroboh masuk dan dinding-dinding rumah kami boleh ditebuk untuk diintai oleh si pengintai-pengintai profesional dan apa yang kami buat dalam rumah boleh dilihat orang dari luar". Maklumlah dinding rumah dibuat dengan plastik.

Orang -orang kampung mula bising " rumah kami habis bau busuk dek guna getah sebagai kayu api….anak-anak kami selalu dapat sakit malahan masakan kamipun rasa kelat dan pahit macam getah. Korang pemimpin tak apalah…pakai dapur microwave dan dinding rumah dinding batu, kami ni orang biasa macam mana…tak kanlah berdinding plastik dan berkayu apikan getah?". Maka suara-suara rakyat ini membuatkan keTUA negara itu pening kepala dan panik. Maka keluarlah arahan kepada Tinbalang nya " kau dapatkan balik semua kayu-kayu lapis yang kita ekspot dulu". Maka si Tinbalang ini pun menghubungi negara BA dan PAS untuk membeli balik semua kayu-kayu lapis yang telah dijualnya dahulu dengan syarat harga tak boleh naik seperti dahulu. Negara BA dan PAS pun hairan….dia yang nak beli dari kita…dia pulak yang nak letak harga ! undang-undang apa ni.. keretapi kepala merah…piiiiiraaaaah. Sebenarnya negara BA dan PAS memang bijak dan pandai mereka telah memanfaatkan kayu-kayu lapis tadi dengan membuat perabut-perabut dan rumah yang cantik sekali dan di laipisi pula dengan Barnis ..aduuuuhh cantik dan teguh bung! Dan negara BA dan PAS sudah tak ada bekalan untuk diberi (Jual) balik kat negara Malaysia….tadi. tapi kalau ada negara yang sudi menjual ,,mereka akan beli lagi adanya !

Akhirnya putihlah mata si keTUA negara Malaysia itu tak dapat beli balik kayu lapis yang sangat berharga itu.(Dahulu tak heran puuun). Maka rakyat negara tersebut terpaksalah duduk dirumah yang dinding rumah berlobang-lobang dengan penghuni rumahnya kebanyakan sudah kena penyakit TiBi dek asap getah.

Akan tetapi si keTUA negara tersebut masih tak menyalahkan dirinya, sebaliknya menuduh "korang rakyat tak malu dan tak bermoral serta pengkhianat…sanggupkah anda semua membenarkan orang luar (mungkin orang Barat kot maksudnya) mengintai-ngintai kot lobang dinding rumah korang". Maka rakyat jelata yang dah bosan dengan gelagat orang tua nyanyok tu pun berkata "aaaahh…biaq pi laaa…depa nak intaika..depa nak hendap ka.. kita nak buat macam mana…dinding rumah dah berlubang…nak di tampung pun tak boleh dah Plastik macam mana nak tampung?" "Kamu tu sebagai pemimpin yang selalu buat keputusan akibatnya kami yang merana…sekarang nak menyalahkan kami pulak…apa…apa mu nak mapoh?"

Semoga cerita yang tak syok ini menjadi buah pikir sejenak untuk kita rakyat melayu khususnya.

Wassalam.

Pikir-pikir

Seterujabat@freeanwar.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com