Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bini Mahader sokong pendidikan seks

Pendidikan seks wajar diajar di sekolah - Hasmah

Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali secara peribadi berpendapat, pendidikan seks wajar diajar di peringkat sekolah negara ini tetapi mengesyorkan supaya digunakan istilah ''kesihatan keluarga.''

Isteri kepada Perdana Menteri berkata, banyak pihak di negara ini membantah usaha mengadakan pendidikan seks semata-mata kerana perkataan ''seks''.

''Sebahagian rakyat negara ini salah tafsir apa sebenar pendidikan seks kerana perkataan seks.

''Sebab itu mengapa saya berpendapat istilah kesihatan keluarga lebih sesuai untuk melaksanakan pendidikan seperti itu,'' kata beliau selepas menghadiri sesi khas kumpulan isu sosial yang membincangkan Tanggungjawab Sosial Korporat dan Perkongsian Bestari pada Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2000 hari ini.

Tambah beliau, subjek berkenaan seharusnya tidak diajar sebagai mata pelajaran tunggal di sekolah, sebaliknya dimasukkan dalam subjek-subjek lain.

Beliau juga memberitahu, apabila pendidikan seks diajar di peringkat sekolah menengah, ia tidak harus menyentuh isu-isu berkaitan dengan kelakuan dan moral, tetapi juga mengambil kira kesihatan dan seks selamat.

Permintaan untuk mengadakan pendidikan seks di negara ini bukan sesuatu yang baru, kata beliau dan menambah: ''Golongan wanita di Malaysia telah menyuarakan pandangan supaya diadakan pendidikan seks sejak dahulu lagi, sejak tahun 1960-an.

''Bagaimanapun masyarakat tidak berminat dalam pelaksanaannya kerana mereka tidak memahami apa sebenarnya pendidikan seks. ''Dan HIV juga bukan merupakan satu isu kerana ia belum lagi ditemui. ''Tetapi kini masa telah berubah dan rakyat lebih sedar bahawa pendidikan seks perlu diperkenalkan di sekolah-sekolah,'' katanya.

Turut dibincangkan pada sesi tersebut ialah keperluan bagi kerajaan memainkan peranan yang mendalam dalam menangani isu-isu berkaitan dengan AIDS. ''Para peserta bersetuju bahawa kerajaan juga perlu terlibat dalam bukan sahaja mewujudkan kesedaran, tetapi juga menyertai proses pelaksanaan pendekatan mengesan penyakit AIDS,'' katanya.

Para peserta sesi berkenaan kebanyakannya terdiri daripada wanita pertama negara peserta LID 2000. Dr. Siti Hasmah berkata, peserta sesi khas itu berpendapat kepercayaan karut yang masih diamalkan di kalangan rakyat sesebuah negara turut menjadi penghalang untuk menjayakan sebarang rancangan bagi mengawal penyakit berbahaya.

''Malaysia bernasib baik kerana telah dapat mengatasi sedikit masalah itu tetapi di negara lain kepercayaan kuno masih dipegang seperti ia tidak boleh dibincangkan dengan kaum lelaki hak mempunyai ramai isteri dan apabila penyakit itu menular, kaum wanita sering dipersalahkan,'' tambahnya.

Antara halangan lain bagi menangani penyakit berbahaya itu termasuk kepercayaan bahawa rawatan tradisi menggunakan herba atau akar kayu dapat menyembuhkannya walaupun perkara itu masih belum dibuktikan, tambahnya.

Artikal asal boleh dilihat di http://www.bkn.gov.my/seks01.htm


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com