Mulai pertengahan Januari 2001 ramai kakitangan
kerajaan negeri Selangor terutama kakitangan Pejabat
daerah ditukarkan.Mereka ditukarkan dari satu pejabat
daerah kedaerah lain terutama dari kalangan Pegawai
Petempatan. Pegawai dari Kelang ditukar ke
S.Bernam,dari Sepang ke Kuala Selangor,dari K.Selangor
ke Banting dan seterusnya.Ada diantara mereka hanya
menunggu untuk bersara terpaksa juga berpindah kerana
kezaliman Khir Toyo. Tetapi atas arahan Menteri Besar
yang tak sedar diri, mereka ditukarkan dengan alasan
pegawai itu telah bekerja terlalu lama dan melebihi 5
tahun di satu-satu tempat.
Kata MB,jika sesaorang pegawai terlalu lama berkuasa
disatu-satu pejabat tanah maka mereka akan menyalahkan
kuasa dan rasuah. Oleh kerana itu mereka mesti
ditukarkan .
Salah seorang dari mereka yang ditukarkan memberi tahu
bahawa mana-mana perorangan yang ingin memohon tanah
kerajaan mestilah mendapatkan sokongan dari orang
politik terutama MB Selangor.Jika tidak permohonan itu
akan dibakul sampahkan.
Khir Toyo lupa barangkali,bahawa mentornya Mahafiraun
telah berkuasa dikerusi PM mendekati 20 tahun dan
telah banyak menyalahkan kuasa dan merompak wang
rakyat. Beranikah Khir Toyo mencadangkan Mahafiraun
letak jawatan dan dipindahkan ke penjara?.
Disamping itu Khir Toyo sangat suka mencabar pegawai
kerajaan yang tidak mahu berterima kasih kepada
kerajaan Selangor. Ia mencadangkan supaya pegawai
berkenaan memohon tukar suka sama suka ke Kelantan
dan Terengganu. Seruan ini telah diulang banyak kali
termasuk ucapannya di Kuala Selangor ketika merasmikan
Pelan Perancangan Pekan Kuala Selangor.
Orang yang tidak berterima kasih yang pernah ditolong
harus disingkirkan dari Selangor. Begitulah niat Khir
Toyo.
Kali ini Khir Toyo juga tidak sedar diri. Ketika
beliau ingin melanjutkan pelajaran ke
universiti,siapakah yang menolongnya membayar wang
perbelanjaan universiti?. Yang menolongnya adalah
orang kampong,bapa angkat,ustaz angkat,bapa saudara
yang semuanya ini adalah penyokong PAS.Harapkan
bapanya,ia juga sama melaratnya.Mereka ada yang
terpaksa menjual kambing untuk membantu saudara .
Mereka tolong belikan kasut,buku,yuran dan lain-lain
lagi kerana ingin melihat anak kampong berjaya.Khir
Toyo sila jawab. Pernahkan mereka yang menolong
saudara melanjutkan pelajaran ke universiti yang
sekarang menjadi penyokong PAS meminta kembali wang
ringgit pertolongan mereka itu?. Pernahkah mereka
mengatakan tanpa bantuan mereka saudara tidak akan
menjejakkan kaki ke universiti?. Saudara jangan angkuh
dengan kedudukan saudara sebagai MB Selangor.Saudara
jangan cuba menggertak kami sebagai kakitangan
kerajaan Selangor yang tidak menyokong saudara. Ingat!
saudara juga melarat seperti kami. Jika tidak kerana
keluarga kami yang juga kerabat saudara bersusah payah
menolong dan membantu saudara ke universiti maka
saudara juga akan merempat seperti kami bergelumang
dengan lumpur sawah.
daripada :
sekampong.