Kerakusan MB Selangor Khir Toyo terserlah
sudah.Kerakusan membolot harta rakyat bukan sahaja
diperhatikan oleh rakyat tetapi diakui sendiri oleh
pemimpin Umno. Belum pun sampai mencecah setahun
memegang jawatan MB tetapi kerakusan memperkaya kroni
dalam Pemuda Umno terutama AJK pemuda Tg.Karang sangat
ketara.
Ramai ahli Umno khususnya AJK Umno Bahagian Selangor
telah mendapat maklumat bahawa jika ingin menjadi OKB
atau jutawan segera perlulah mendekati dan berkongsi
dengan AJK Pemuda Tg.Karang ketika membuat permohonan
tanah dan projek besar dalam Selangor.Khir Toyo adalah
Ketua pemuda Tg.Karang. Sekarang ini pun muncul OKB,
seorang AJK Pemuda T.Karang ,Jamil R yang telah
mendapat habuan tanah di Gombak dan telah dijual
dengan harga RM 1 juta kepada taukeh Cina.Khir Toyo
juga telah meluluskan permohonan tanah di Ampang
kepada Masloro dan tauke Cina. Dan banyak lagi tanah
dan projek di Selangor akan diberikan kepada AJK
pemuda Tg.Karang dan sudah pasti Khir Toyo selaku
ketua ada bahagiannya. Jika tidak manakan mampu beliau
merasuah ketua -ketua bahagian UMno sebanyak RM
100,000 .00 seorang.
Juga adik Khir Toyo,Nasir seorang guru di sekolah
Tg.Karang telah mencanangkan kepada kawan-kawannya
bahawa dia moleh mendapatkan projek daripada abangnya
MB Selangor dengan syarat bahagian dia dan abangnya
sebanyak 10 peratus.
Dari:
SB UMNO