Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


TK Hassan Karim sebab kenangkan kami Reformasi.

Dipetik daripada :
Forum Gerak Reformasi

Terima kasih saudara Hassan Karim, Naib Presiden PRM kerana mengenang kami 'bebudak reformasi'. Kami berjuang bukan nak minta dibalas sebab kami ikhlas dalam perjuangan. Tetapi kami memang berasa tersisih dan diketepikan. Malah kami terasa, betul atau tak betul, dibuat sebagai kucing kurap jalanan, sebagai hampas yang dibuang lepas madu dihisap. Tapi ini dia hakikat perjuangan dan kami akan 'Lawan Tetap Lawan'. Di mana saja ada laungan 'Reformasi', disitu kami akan berada menghadapi gas pemedih mata, menghadapi rotan dan terajang FRU tanpa takut dan gentar sebab kami berdemo semata-mata kerana Allah.

Memangnya kami yang digelar 'bebudak reformasi' kini dilupakan. Itu sebab kami ke sini tidak, ke sana tidak. Tapi kalau laungan reformasi bergema, InsyaAllah kalau tak ramai pun 200 ke 300 orang hardcore reformasi akan ada di Mahkamah, Masjid Jamek, Masjid Negara, Sogo, Jln Tunku Deraman, Kg Bharu, dimana saja.

Ada kami yang mati dalam tahanan polis, hanya PRM yang mengambil berat membantu isteri dan anak-anak rakan kami yang gugur syahid itu. Yang lain nampak macam tak mahu 'soil their hands'.

Tapi tak mengapa. Perjuangan kami secara ikhlas demi menegakkan Islam dan keadilan. Di kalangan parti-parti BA hanya PRM sahaja yang berani mengiktiraf perjuangan kami dan banyak membantu bila ada dikalangan kami yang ditahan reman, dihadapkan ke mahkamah. Aliran dan bermacam badan NGO juga membantu kami menghulur wang jaminan dan memberi khidmat guaman secara percuma.

Di Kesas pun 'frontline' terdiri dari mostly 'bebudak reformasi'. Kami tidak ambil hati kalau PAS dan Keadilan tak ambil kisah tentang kami. Itu sebab bila seruan reformasi bergema kami akan berada disana, dan selalunya yang kena tangkap adalah kami bebudak reformasi kerana muka-muka kami ada dalam fail-fail SB, FRU dan PGA. Kami regular. Depa cam kami.

Yes sir, we are the street boys. Kami yang tak kira hujan, tak kira panas, tak kira kena hambat dan belasah FRU... kami 'geng' Reformasi. Dan kami bukan kucing kurap jalanan. Ada lawyer, ada doktor, ada pensyarah, ada eksekutif dan pekerja swasta, ada pegawai dan k/k tangan kerajaan, ada guru (banyak guru), ada student (ramai) dan ada juga army. Kami bukan kutu berahak tapi kami juga punyai gulungan professional dikalangan kami.

Sekali lagi terima kasih saudara Hassan Karim kerana mengenangkan kami 'bebudak reformasi' yang sini tidak, sana tidak. Tak mengapa kalau kami diketepikan. InsyaAllah bila dilaungkan 'REFORMASI' anda boleh pasti 'we will be there'.

LAWAN TETAP LAWAN

REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!

Oleh

Sini Tidak, Sana Tidak.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 9 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com