Assalamulaikum Keluarga Tranung Kite (Tk).
Saya adalah salah seorang dari ribuan penuntut Malaysia Di United Kingdom mengucapkan tahniah kepada jemaah Tk, kerana artikal-artikal yang dipersembahkan amat bermaklumat walaupun ada di antara artikal tersebut dipersembahkan dalam pelbagai rupa dan warna seperti, melucukan hampir hendak pecah perut dibuatnya, serius sehingga mengerunkan sekali, selamba tetapi menyelitkan hujah-hujah yang boleh digredkan 4.00 atau lebih!
Tahniah juga kepada penyumbang artikal-artikal yang tidak pernah kenal erti jemu dan letih dalam mencari maklumat-maklumat terkini dan sensasi!
Saudara Tk,
Untuk lebih menarik lagi ruangan berita atau artikal dihalaman in saya di sini ingin mencadangkan:
1/. Sebagai contoh sediakan satu laman khas bagi setiap mangsa-mangsa kritikan contohnya,Laman kritikan untuk MB selangor,PM,TPM,dan sebagainya. Bukan apa ia lebih mudah untuk dilayari... dan ruang seperti ini amat menakutkan individu-individu tersebut kerana pamparan nama mereka terdapat dalam laman TK. Ibarat e-mail, kita akan buka setiap hari untuk melihat maklumat terkini, demikian juga dengan mangsa kritikan mereka pasti buka laman mereka. Laman ini bagaikan 'guideline' buat mereka. Kalau boleh setiap penulis ada mangsa kritikan utama mereka seperti isi dengan kuku atau garam dengan masinnya.Alasannya semakin kita mengenal dan mengkritik mereka pasti:
i> Si mangsa akan menjadi gila dan tidak keharuan.
ii> Si penulis akan masak dengan selok belok perangai buruk mereka.
2/. Di laman tersebut sediakan ruang bancian,dan ayat-ayat alquran untuk peringatan pada perbuatan mereka dan juga sediakan seorang ustad atau pakar kaunselor seperti YB Datuk Hasan Ali yang boleh membantu Tk dalam menasihati mangsa-mangsa kririkan.
Baiklah cukup untuk kali ini.
Teruskan usaha anda
Salam Perantauan
London.