Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Jawapan kepada Pemuda MCA

Komentar Liaw Tong Lai (Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA) terhadap artikel saya yang disiarkan oleh Berita Keadilan baru-baru ini dengan jelasnya memperlihatkan bahawa yang terhina bukanlah kebijaksanaan, martabad dan integriti komuniti Cina di negara ini. Sebaliknya, Pemuda MCA yang diragukan kemampuan inteleknya untuk memahami sebuah rencana pendek yang mudah.

Dalam rencana itu, saya tidak pernah mempersoalkan integriti kaum Cina. Saya hanya menghuraikan wujudnya selama ini suatu persepsi di kalangan sesetengah pihak (bukan tanggapan saya) tentang para pengundi Cina sebagai pengundi yang tidak mementingkan prinsip. Selanjutnya saya menyatakan rasa khuatir bahawa tindakan Suqiu menarik balik tujuh perkara sebagai akibat manipulasi Pemuda UMNO (rakan Pemuda MCA) akan menyemarakkan dan meneruskan persepsi yang salah itu.

Oleh yang demikian, yang mempersoalkan integriti komuniti Cina bukanlah saya, tetapi kebebalan Pemuda MCA sendiri dalam memahami apa yang dibacanya.

Saya tidak ada sebarang sebab untuk memohon maaf kepada komuniti Cina di negara ini. Sekalipun ada sebab untuk memohon maaf, saya tidak akan melakukannya melalui Pemuda MCA yang tidak saya iktiraf haknya untuk mewakili orang Cina negara ini. Sebagai sebuah parti berbilang kaum yang tulen, Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga mempunyai hak yang sama untuk mewakili dan mempertahankan masyarakat Cina negara ini.

Rustam A. Sani
Naib Presiden
Parti Rakyat Malaysia
12 Januari 2001


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 14 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com