LUNAS rupanya berpuaka. Kekalahan calon BN di Lunas telah dan akan makan mangsa yang tidak sedikit. Sekiranya benar desas-desus yang mengatakan Mahathir akan memecat MB Kedah, Syed Razak Syed Zain, maka pentas politik tanahair akan semakin 'meriah'. Konon dengan kuasa dan hak prerogatif yang ada di tangannya, PM boleh melakukan apa saja.
Hamid Othman keluar dari kabinet, pada lahirnya nampak seperti dia meletak jawatan. Hakikat sesungguhnya dia dipecat oleh Mahathir. Yakni dengan cara khasnya.
Sekarang Mahathir cuba menggunakan orang-orangnya yang menguasai media arus perdana agar 'menyerang' Syed Razak dalam kaitan dengan kekalahan BN di Lunas. Nanti setelah tidak tahan dengan 'serangan' itu, dengan sendiri Syed Razak akan meletakkan jawatan. Setelah itulah Mahathir akan mengisi kekosongan tersebut dengan orang-orang yang dipercayainya dapat menyelamatkan projek-projek dia di Kedah, dan khususnya Langkawi.
Sekarang ini yang jadi mimpi buruk Mahathir ialah masalah masa depan Pulau Langkawi. Sekiranya dalam pilihanraya akan datang BN kalah di Kedah, maka sudah pasti impiannya dan ambisinya untuk menyihir pulau legenda itu sebagai salah satu destinasi pelancongan antarabangsa akan berkecai. Banyak pelaburan anak-anak dan kroninya akan hangus.
Sebelum kejadian buruk itu berlaku, kini Mahathir serba salah. Dia cuba hendak menyelamatkan Langkawi dengan menawarkan muzakarah perpaduan Melayu dengan Pas dan Keadilan. Keadilan yang mengetahui muslihat busuk Mahathir sudah jauh-jauh hari menolak pelawaan tersebut. Sedangkan Pas masih nampak akan menyahut ajakan Mahathir, walaupun parti Islam itu mahu perbincangan diperluaskan skopnya. Bukan sekadar masalah perpaduan Melayu, tetapi meliputi perpaduan seluruh kaum yang wujud di Malaysia.
Dalam keadaan tidak menentu dengan fikiran bercelaru seperti sekarang ini tidak mustahil sekiranya Mahathir akan mengajak Pas menganggotai BN. Dan lebih daripada itu, mungkin juga akan ditawarkan kepada Pas beberapa jawatan penting dalam kerajaan, termasuk menduduki tempat yang dikosongkan oleh Hamid Othman.
Boleh jadi, kerusi MN Kedah juga akan diserahkan kepada orang Pas, sekiranya Mahathir memikirkan dengan cara itu dia dapat menyelamatkan aset anak-anak dan para kroninya di Langkawi.
Ingat Mahathir itu keling, dan keling itu licik. Maka berhati-hatilah, wahai saudaraku dalam Pas, jangan sampai terperangkap dengan tipu licik keling Mahathir!!!
RU