1. MENGIKUT SUMBER DALAMAN PIHAK HBKL …. ATAS ARAHAN PIHAK TERTENTU, PARA DOKTOR
UPAHAN SEDANG MENYIAPKAN LAPURAN KESIHATAN DSAI TELAH PULIH 100% DAN BERSEDIA
UNTUK DIHANTAR KEMBALI KE PENJARA.
2. TINDAKAN MENGHANTAR DSAI AKAN DILAKUKAN DALAM TEMPOH 1 ATAU 2 HARI INI …
WALAUPUN KEADAAN SEBENAR DSAI TIDAK MENGIZINKAN BELIAU BERADA DI PENJARA.
3. KINI DOKTOR UPAHAN TERSEBUT TENGAH SEBOK MENYIAPKAN LAPURAN TERSEBUT UNTUK
MENAFIKAN HAK DSAI MENERIMA RAWATAN YANG SEWAJARNYA DI HBKL.
4. PIHAK KERAJAAN MALAYSIA JUGA MASIH TIDAK MEMBERIKAN JAWAPAN RASMI PERMOHONAN
KELUARGA DSAI UNTUK MEMBAWANYA MENDAPATKAN RAWATAN PAKAR DI LUAR NEGARA, DAN INI
TELAH MENJADIKAN KEADAAN DSAI SEMAKIN TIDAK STABIL … MENGIKUT NASIHAT DOKTOR
PAKAR DI HBKL…PEMBEDAHAN DAN RAWATAN LEBIH BAIK PERLU DIBERIKAN KEPADA DSAI …
DAN DOKTOR DI HBKL TIDAK BERANI MENGAMBIL RISIKO UNTUK MEMBEDAH DSAI SERTA
MEREKA MENCADANGKAN RAWATAN DI LUAR NEGARA.
5. DI ATAS MAKLUMAT TERSEBUT … KITA MENDAPATI PIHAK YANG AMAT TAKUT DAN BENCI
KEPADA DSAI TIDAK AKAN MERASA PUAS UNTUK MENDERA DAN MENGAIBKAN DSAI SERTA
KELUARGANYA….PERBUATAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN INI MENUNJUKAN JUGA DALANG UTAMA
KONSPIRASI MENJATUHKAN DSAI TIDAK AKAN MERASA JEMU, SEHINGGA DSAI MENEMUI ALLAH
SWT DAN AGENDA INI AKAN DITERUSKAN SEHINGGA SELURUH KELUARGA DSAI HAPUS DI MUKA
BUMI….????
6. BAGI SELURUH GERAKAN REFORMASI MALAYSIA … KITA MENYERU SELURUH PEJUANG DAN
PENDOKONG GERAKAN INI MENDOAKAN SEMOGA DSAI SEGERA SEHAT DAN MENGUTUK KERAS
SEGALA PERBUATAN ATAU USAHA UNTUK MENGHANTAR DSAI KEMBALI KE PENJARA SEBELUM IA
BENAR-BENAR SEHAT DAN MAMPU BERJALAN SEPERTI SEDIA-KALA.
7. SEMOGA ALLAH SWT MELINDUNGI DSAI DAN KELUARGANYA DARI MALA-PETAKA DAN BENCANA
CIPTAAN MANUSIA YANG BERTOPENGKAN SYAITAN LAKNATULLAH.
PSARAFHQ - 15/1/2001.
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL