Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sikap PAS Dan Keadilan Menguntungkan BA

Sikap dan pendirian yang diambil dan ditegaskan oleh Parti Ke ADILan Nasional menolak "pelawaan" Dr M untuk mebincangkan perpaduan Melayu amat dihormati dan disanjung tinggi. Sebenarnya inilah pendirian yang akan menyebabkan Dr M tidur tidak lena. Dr M cuba mempengaruhi fikiran seluruh warganegara Malaysia terutamanya orang Melayu bahawa betul mereka berpecah dan jalan untuk bersatu adalah kembali kepada Umno. Sekiranya pelawaan Dr M diterima bermakna kita merestui Dr M memenjarakan Anwar dan menyeksa ahli keluarganya. Ini juga bermakna kita merestui semua tindakan rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan harta negara (rakyat) yang selama ini menjadi "sumber pendapatan" utama Dr M dan kroni-kroninya. Ini juga bermakna kita merestui Dr M merampas dan merompak royalti minyak Terengganu dan yang lebih penting ini bermakna kita mengkhianati harapan, amanah, aspirasi dan komitmen rakyat Malaysia yang selama ini bersama kita dimana-mana sahaja termasuk di jalanan untuk mengembalikan hak dan kedudukan mereka yang dirampas secara amat zalim oleh pemimpin Umno / Bn.

Pendirian yang diambil oleh PAS pula adalah amat tepat dan mengambil kira ruh syariat Islam. Al-Quran menyebutkan yang maksudnya secara sepintas lalu, "dan sekiranya mereka cenderung kepada as-salm (perdamaian) maka hendaklah kamu juga cenderung kepadanya, dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah kasih kepada orang yang bertawakkal".

Pendirian ini bukan sekadar menepati tema muktamar PAS terbaru, "PAS Memimpin Perpaduan", malah mampu untuk menutup mulut pemimpin Umno / Bn yang celupar untuk mencari hujah untuk menghalakan muncung senapang punca perpecahan ummah kepada PAS. Cadangan yang dikemukakan oleh PAS bahawa perbincangan ini hendaklah dalam bentuk deligasi, diadakan di parlimen, skop perbincangan yang lebih luas dan menyeluruh dan bukan sekadar soal perpecahan Melayu sahaja merupakan tindakan bijak dan berpandangan jauh. Tentunya cadangan ini menjadikan Umno terpinga-pinga kerana kebijaksanaan pimpinan PAS menghidu lubang perangkap yang dipasang oleh Umno/Bn. Cadangan ini akan menyelamatkan PAS daripada dipatuk dua kali dalam satu lubang.

Pendirian kedua-dua komponen BA ini sebenarnya memperkukuhkan Barisan Alternatif apatah lagi untuk tempoh jangka masa panjang. BA menjadi lebih dinamik, futuristik dan terbuka tetapi berprinsip. Kita akan melihat hasil pendirian kedua-dua komponen BA ini akan terus menghimpunkan rakyat Malaysia yang mewakili kedua-dua sikap berkenaan bersama BA. Ia menjadikan BA tegas dengan prinsip tetapi berlapang dada untuk mencari dan menegakkan kebaikan. Rakyat Malaysia akan melihat bahawa sikap ini akan menguntungkan mereka. Tindakan licik ini, ibarat kapal yang menongkah arus tetapi dalam masa yang sama ia berhati-hati dan mengelak daripada melanggar ketulan air batu. Ini juga menjadikan BA lebih matang dan terkehadapan berbanding Umno/Bn dalam menghadapi pergolakan politik yang semakin rencam ini.

Kini, kesepaduan BA tidak mampu digugat lagi. Umno/Bn akan menjadikan kepelbagaian sikap dan pandangan (bukan perbezaan sikap dan pandangan) ini sebagai modal politik mereka untuk menikam BA. Untuk makluman Umno/Bn, inilah sebenarnya unsur kekuatan BA yang tidak terdapat dalam Umno/Bn. Bagi mereka Dr M adalah segala-galanya. Dialah penentu dan pemutus dan mereka yang berada disekelilingnya hanya burung-burung kakak tua yang akan bersuara dan mengangguk apabila disuap dan disuruh bersuara dan mengangguk.

Untuk makluman Umno/Bn juga, rakyat Malaysia kini semakin bijak. Pemimpin Umno/Bn perlu sedar bahawa sekarang tahun 2001 bukan tahun 1951 atau 1961. Waktu itu mungkin ramai terpengaruh dengan kilauan keris telanjang Umno itu tetapi kini keris itu telah dimuziumkan oleh rakyat. Tiada siapa lagi yang ingin melihat keris itu kecuali beberapa kerat pemimpin Umno/Bn yang masih mengharap keris itu bersakti kembali. Selamat tinggal Umno/Bn.

Pemuda PAS Perlis.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com