KENYATAAN MEDIA PMIUPM
ANCAMAN AQIDAH!!!
KE MANA PERGINYA SENSIVITI UMAT ISLAM….
Allah SWT meletakkan kesucian agama dan aqidah mengatasi segala-gala di muka bumi ini. Meskipun Islam menggariskan banyak perkara penting yang mesti dijaga, namun kesemuanya tidak begitu penting sekiranya kesucian agama dan juga aqidah diancam oleh musuh Islam.
Hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ke Madinah bukan semata-mata hijrah menyelamatkan diri dari gangguan Quraisy, tetapi apabila kesucian Islam dan aqidah telah terancam oleh musuh Islam, maka Allah SWT memerintah RasulNya berhijrah ke Madinah.
Samuel Zuwaimer, Ketua Persatuan Misioneris dalam bukunya “Serangan ke atas Dunia Islam”, mengemukakan tugas misioneris dalam hubungannya dengan kebudayaan dunia BARAT ada dua hal yang istimewa. Pertama “meruntuh” dan yang kedua “membangun”. Apa yang dimaksudkan “meruntuh” adalah mencabut agama dari umat Islam iaitu mengeluarkan manusia muslim supaya tidak ada lagi hubungan dengan Tuhan. Kedua, memurtadkan umat Islam supaya bersama “membangun” dengan kebudayaan BARAT dan menentang bangsa Islam sendiri.
Dan salah satu daripada sepuluh perancangan BARAT untuk menghancurkan umat Islam adalah dengan merosakkan wanita dan mengembangkan pergaulan bebas di kalangan anak-anak muda yang beragama Islam.
Usaha yang dilakukan oleh musuh Islam untuk memurtadkan umat Islam mempunyai perancangan yang agak teliti.
Kini, kampus menjadi sasaran utama bagi golongan misioneris untuk memurtadkan umat Islam khususnya golongan mahasiswa.
Baru-baru ini, sekali lagi kita dikejutkan dengan kes dua orang siswi tahun satu yang berjaya dimurtadkan. Perkara ini telah pun sampai ke pihak JAIS dan pentadbiran UPM. Tapi, malangya masih ada lagi pihak-pihak tertentu merasakan perkara ini perlu dirahsiakan. Mujurlah dengan tindakan pantas dari pihak-pihak tertentu, siswi tersebut berjaya diselamatkan. Tapi, sejauh manakah kita mahasiswa Islam menganggap ini satu perkara yang serius.
PRESIDEN
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG
Ustaz Misri b Haji Bohari