Oleh : ex-Umno GM
Hari ini riuh-rendah pasal penarikan pingat "kebesaran" oleh sultan kelantan kepada dua exco. Ianya menjadi tajuk penting kepada media-media pro-umno, kerana bagi mereka inilah peluang untuk "mengenakan" kerajaan pimpinan PAS di kelantan, kununnya pentadbiran kerajaan negeri sedang bermasalah dengan pihak istana kelantan. Yang anihnya mereka tidak pula menghuraikan punca permasalahan yang timbul itu, sebaliknya media cuba membuat rumusan awal bahawa kerajaan negeri kelantan sedang berbalah dengan istana.
Untuk pengetahuan para netters sekalian terutama di FGR ini, sebagai rakyat negeri kelantan, kami sememangnya menyanjung tinggi institusi kesultanan. Bagi kami, Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim, Raja Disanggah. Inilah pendirian kami.
Berkenaan dengan isu(sebenarnya bukan isu) penarikan balik pingat kebesaran (tak besar mana pun, malah, malaikat munkar nakir tak pun akan tanya pasal pingat-pingat ini !!!) oleh sultan kelantan ini, yang sebenar puncanya adalah kerana kedua-dua anggota wakil rakyat PAS yang menganggotai exco kerajaan negeri terlibat di dalam membuat keputusan menolak permohonan oleh pihak istana kelantan untuk mendapatkan akwasan pembalakan seluas kira-kira 50,000 ekar. Sekali lagi, 50,000 ekar bukan 5 ekar atau 500 ekar atau 5000 ekar. Disebabkan kedua-dua anggota exco tersebut menyedari betapa rakyat negeri kelantan masih lagi ramai yang tidak bertanah dan hidup dalam kesusahan material, maka demi tanggungjawab mereka terhadap amanah rakyat yang memilih mereka dalam pilihanraya tempohari, kedua-dua anggota exco ini telah TIDAK MENYETUJUI permohonan oleh sultan kelantan itu. Inilah sebenarnya yang berlaku dalam permasalahan antara pihak pentadbiran kerajaan kelantan dengan pihak istana.
Di kacamata rakyat kelantan, pihak istana ini telah melampau. Walaupun mungkin peristiwa ini akan ditangguk oleh golongan tertentu (dah sah juak-juak umno !!!), namun kebanyakan rakyat di negeri ini telah membuat rumusan betapa TAMAK dan HALOBAnya seorang sultan di negeri yang dikatakan antara termiskin (kununnya) di malaysia. Rakyat berpendapat bahawa sultan kelantan ini hanya mementingkan kekayaan sendiri tanpa menghiraukan kemelaratan hidup rakyat. Sultan jenis ini seharusnya ditolak oleh rakyat. Ini adalah pandangan rakyat di negeri kelantan yang didengari di mana-mana sahaja terutamanya di dewan undangan kedai kopi. Kalau diperingkat ini rakyat telah berbicara, bermakna, rakyat telah menolak sikap TAMAK dan HALOBA sultan kelantan ini.
Walaupun seorang pembodek yang cuba menjadi pembodek nombor wahid iaitu seorang penolong setiausa yang mengatakan bahawa sultan kelantan tidak pernah membuat permohonan walaupun seinci tanah untuk pembalakan, memang betullah kenyataan ini. Memang bukan seinci yang sultan minta, tetapi 50,000 ekar !!!!!
Di sini jelas, siapa sebenarnya yang berjuang di pihak rakyat dan siapa pula yang berjuang untuk diri sendiri. Tu lah Semail, orghe sughuh ngaji bbenar, mu tok ser dulu. SRP pung tigo pat kali ambik. Lo ni jadi sulte. Kalau jenih lagu ni, boleh lingkup negeghi dibuatnya. Builah Amerika sekalipun, buleh lingkup punyer.
Kepada kedua-dua anggota exco kerajaan kelantan ini, kami ucapkan syabas dan tahniah di atas keberanian tuan-tuan untuk mempertahankan hak kami sebagai rakyat. Biar hasil mahsul negeri dinikmati oleh ramai rakyat daripada disapu bersih oleh dua tiga kerat manusia yang tak sedar diri.
Sekian. Wassalam