Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apa Hamid nak buat?

Assalamulaikum

Apa nak jadi negaraku ini dengan perlantikan sang Hamid Zainal Abidin nih sebagai menteri penuh? Berat tu...bukan kecik punya tanggungjawab kepada seorang yang hanya berkemahiran dalam hal ehwal pengAMPUan. Agaknya si bangsat Madey itu percaya bahawa dengan hanya dikelilingi oleh juak-juak pengampu maka kedudukannya sebagai P***M** akan selamat. Malang sungguh nasibmu Madey kerana sang juakmu takkan menyampaikan ehwal sebenar kepadamu kerana kamu hanya nak dengar berita yang muluk-muluk saja. Cerita rakyat membencimu kamu tak nak dengar. Apa susah-susah buat post mortem kalah di Lunas tu...alahaiiiii...faham sajalah bahawa rakyat sudah mula menolakmu kerana...semua orang dah tahu.

Kita berbalik kepada sang Hamid ni...apalah agaknya nak dibuat duduk atas bangku menteri tu. Sepatutnya tak payahlah sang Hamid melalak-lalak lagi bahawa tugasnya nak menegakkan SYIAR Islam dinegaraku ini. Untuk pengetahuan kamu sang Hamid bahawa SYIAR Islam tak perlu lagi ditegakkan kerana SYIAR Islam dah pun lengkap sesudah wafatnya junjungan besar Rasul. Apa yang perlu kamu sang Hamid buat ialah nasihatkan P***M** kamu yang berhidung besar itu supaya laksanakan dan tegakkan SYARIAT Islam...supaya perjalanan pemerintahan negaraku ini menurut landasan Islam...takkan ularmak macam kamu tak reti bahasa yang mudah. SYIAR yang kamu laung-laungkan itu mudah difaham...kerana itu musyrikin Makkah menentang Rasulullah...mereka memang faham, memang ariff. Hinggalah detik ini pun mana-mana orang kafir amat faham SYIAR Islam nih, sebab tu dia orang tentang sesangat. Sebab apabila terlaksananya SYARIAT ramai orang takleh buat sesukanya...kita ada hukum ikut Al-Quran dan Hadith. Pentingnya dilaksanakan SYARIAT perlu juga

diterangkan kepada penduduk berbilang agama negaraku ini...kenalah beritahu bahawa SYARIAT tidak bertujuan menindas atau menghukum atau menganiayai sesiapa secara mengkhinzir buta...alahai kerja senang jadi susah dek engkorang nih.

Alahai Hamid... mampuslah hang...alangkah panas kerusi kamu. Hoiii...kalau kamu nak tahu zaman Nabi dan Khulafa' Arrasyiddin dulu kerusi yang kamu duduk tu tak ada...tak wujud pun malah tak teringin Rasulullah mengadakannya. Pemimpin zaman dulu ariff tentang hukum hakam bukan macam P***M** yang kamu jilat j****nya itu. Malangnya negaraku dipimpin orang-orang seperti Madey dan yang sewaktu dengannya...ada sang juak pulak tak beritahu perkara sebenar.

Namun janganlah sang Hamid risau sebab tempoh bertakhtamu pun tak lama...2004 bukan jauh sangat...lepas tu kamu baliklah Bagan Datuk mengajar kekura dan lelabi di sana tentang SYIAR Islam saja...boleh tak...tentu boleh,sebab Malaysia boleh.

Wassalam yang fakir lagi dhaif

peon_siber@hotmail.com


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com