Assalamualaikum
Zaman beralih...orang Malaysia yang dulunya agak tidak suka bersikap keras
dan melawan kini telah menunjukkan belang. Lihat di Lunas apa yang terjadi.
Maka melalaklah sang tua mamak Kerala itu bahawa pihak kita (BA) bermain
isu ugama dan perkauman. Melayu berpecah katanya...adakah kerana dengan
memilih BA maknanya berpecah. Itu hak kami untuk memilih. Kalau dah tak suka
cara pilihanraya maka hapuskan saja sistem ini..biar kamu dan anak beranak
saja memerintah. Gore yang kalah tu pun telah menyatakan kesediaan menerima
Bush sebagai Presiden. Kalau takdirnya Ustaz Fadhil Noor jadi PM, kamu kena
akui juga beliau itu PM Malaysia. Kalau kamu tak suka maka kamu pun
penderhaka sebagaimana kamu tuduh pemimpin BA yang lain. Apa jenisnya
manusia mamak ini yang tak mahu menerima kekalahan. Tak reti bahasa bahawa
kekalahan itu jelas tandanya orang tak suka, tak mahu dan tak percaya lagi
kepada kamu wahai mamak. Apa diharap kepada UMNO lagi...apa yang tinggal
hanya kelompok yang masih mengharap agar dengan menyertai parti purba itu
tempias kemewahan akan terkena diri masing-masing.
Perjuangan apa agaknya apa bila anak bangsa sendiri ketinggalan di bumi
sendiri. Cukupkah setahun sekali berarak pada 31 Ogos? Apa ertinya semua
itu? Cubalah sesiapa saja orang yang ariff sila beritahu hamba apa kita
dapat setelah separuh hari berarak? Hamba tak faham apa faedahnya kerana
dengan paksarela hamba berarak juga memenuhi tuntutan yang pada hamba tidak
Islamik. Perabih duit saja nampak gayanya. Apakah itu menakutkan musuh-musuh
kita? Hebatkah berarak tu padahal askar dan polis kita hanya jadi pemerhati
PBB yang sebutir peluru pun tak meletup!!! Balik tanahair bawa penyakit
kelamin kemudian buat tuntutan beribu-ribu. Apa nak jadi negara ni? Tak tahu
apa hamba nak jawab pada anak hamba yang musykilkan peranan tentera kita di
sana. Pergi buat apa katanya kalau keamanan tidak tercapai.
Banyak perkara lucu terjadi bila parti purba itu menunjukkan kepada kita
marhain terbanyak ini bahawa ia masih relevan di zaman Athlon dan Pentium.
Bila Pemuda UMNO terserlah kepondanannya disuruh anak-anak gadis menyertai
Puterinya. Bila dikaji nampaklah lucunya...Pemuda tak oleh harap maka
diperbodohkan pula kaum wanita untuk menyertainya.
Lucunya...kesiannya...parahnya...nazaknya kamu wahai UMNO.
Insya'ALlah kapan akan kami marhain ini sediakan menjelang 2004...ingatlah
mamak Kerala bahawa zaman berubah...kami marhain berhak untuk membuat
perubahan. Sudah tersurat bahawa sang pembelit seumpama kamu akan terjerat
oleh belitan lidah bercabang kamu sendiri. Kamu dah rasa bahangnya...ia
semakin panas dan kan bertambah panas.
Allahhuakbar!!!
Wassalam
yang fakir lagi dhaif
peon_siber@hotmail.com