Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Gara gara UMNO / BN Dah gila talak tiga

Sejak 2hb Sept 1998 yang dah lebih dua tahun berlalu, cuba kita perhatikan saban hari puak puak UMNOBN ni dok berkokok dan melalut pasal macam macam, yang tiada, diadakan. Apatah lagi yang dah ada, ditokok tambah sampai nak termuntah orang mendengarnya. Antara lain yang begitu keterlaluan digembar gemburkan adalah saperti isu Mengkritik pemimpin adalah pengkhianat Negara, Kes Sauk, Suqiu, Huru Hara antara kaum dan yang terkini dan hampir senyap sekarang ini ialah tentang perpecahan orang Melayu.Dengan sombong mengaku kononnya UMNO lah yang sebenarnya dapat menyatukan orang orang melayu. Natijah daripada itu bebagai bagai nada sumbang dan melalut kedengaran dari mulut pemimpin puak puak ni. Adalah tidak menghairankan serta mengejutkan jika akan ada lagi kokokan terbaru yang bakal kedengaran. Kalau tidak dari mulut pemimpin yang muka tak malu tu, sekurang kurangnya dari mulut kaki pencacai dia seperti Rais Yatim piatu harapan Diktator (Phd), Suhaimi pembelot ABIM serta kuncu alfulus GPMSnya, NTV7 pulak dengan

suara rakyatnya dan ramai lagi manusia hipokrate yang bersedia dikudakan olih simuka tak malu tu .

Secara lazimnya jika seseorang itu dalam keadaan tertekan dan terdesak, apa jua tindak tanduk mereka lakukan takkan mengambil kira apakah akibat yang akan jadi.Yang penting, apa tersirat dihati mesti di lahirkan kalau tidak alamat meletup dada dirasakan. Secara ketara untuk diperhatikan, cuba kita lihat orang gila talak terutamanya talak tiga.Mereka akan buat apa jua hal samada lojik, betul atau salahkah. Yang penting dia mesti melakukan atau berkata sesuatu dengan harapan ia akan dapat semula isteri yang dah diceraikan. Dia memang tahu kalau dari segi hukum, memang mustahil tapi akibat gila talak tadi, sanggup dipersendanya hukum agama dengan menggunakan pelbagai cara saperti "Apek Buta" dan sebagainya. Kalau kena panjat tembok yang ada paku, semut api, kerengga dsbnya sekalipun sanggup. Walaupun disudut hati kecilnya dia tahu ia takkan dapat balik isteri yang ditalaknya itu. Jadi samalah dengan siUmno ni, mereka ni memang dah jadi saperti orang gila talak tiga.Cakap macam macam main sedap aje tanpa mengira akan risiko dari kata kata dan perbuatan yang mereka lakukan.Tapi yang peliknya cakap cakap mereka ni dipercayai olih segelintir orang orang yang tak gila talak macam mereka tapi bongok macam otak udang. Inilah yang lagi menambahkan teruknya puak puak yang gila talak tiga ni, payah nak dipulihkan, sedangkan orang yang benar benar siuman dan cerdik takkan mempercayai dan mengiyakan cakap cakap orang gila talak tiga ini.

Jadi pada pandangan penulis, adalah baik orang orang dan pemimpin yang telah mendapat penyakit "Gila Talak Tiga" ini diKuarantinekan secepat mungkin bagi mengelakkan dari sebarang kemudharatan kepada rakyat dan Negara yang tercinta ini.Apakah perlu menunggu segala galanya rosak binasa hasil tindak tanduk mereka, baru nak ditahan dan diKuarantine?, penulis rasa waktu itu dah terlambat, sungguh terlambat. Cakap cakap mereka ini tidak bolih lagi dipakai kerana dah tergolong dalam ketagori kurang siuman akibat gila talak.Kalau orang orang gila bermacam gila tak dibiarkan bebas berkeliaran dan disediakan tempat di TR dan Tampoi atas alasan mereka ini bolih memudharatkan orang lain, kenapa golongan gila talak ini mesti terkecuali. Kemudharatan mereka mereka ini lebih dahsyat dari apa yang bolih dilakukan olih orang orang gila kategori yang lain. Kadang kadang tu pelik juga memikirkan, kita semua ni dikurniakan otak yang siuman tapi sanggup berketuakan orang yang berotak gila talak. Apakah tanpa sigila talak ni,

Negara ini akan tenggelam, terbalik, rakyat tak makan atau apa apa lagi???. Dimana akidah kalian yang muslim dan dimana keyakinan jati diri serta kemampuan diri bagi yang bukan muslim???.

Sekaranglah waktu untuk bertindak kearah penolakan terhadap golongan sigila talak ini secara total dan terbuka olih semua rakyat. Jangan dikesalkan nanti seandainya sampai ketahap "nasi dah menjadi bubur kemudian basi dan berlendir pulak". "Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna".Menagis air mata darah sekalipun, tiada berguna.

Pensil kayu


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 6 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com