Ahad yang lepas penulis telah dijemput olih seorang kuat UMNO(B) Selangor kemajlis rumah terbuka beliau diKuang. Kebetulan ada ikatan keluarga antara kami. Majlis berjalan begitu meriah sekali dan dalam keadaan kekeluargaan tanpa menampakkan ciri ciri perpecahan saperti yang digambarkan olih situa nyanyuk serta Dolah B kaki pecacai No.1nya.
Dimajlis tersebut terdapat orang orang melayu dari kalangan ahli UMNO(B) yang masih totok,Pas, Keadilan, ahli masjid/surau, tak berparti serta tak ketinggalan beberapa orang tamu dari kaum Cina dan India . Masing masing riang ria menikmati hidangan seperti Rojak serta Cendol yang didatangkan dengan Van keperkarangan majlis, Lemang, rendang dan satay pun ada jua. Tiap tiap yang datang bersalam salaman serta berpelukan lantaran lama tak ketemu dan sebagainya. Langsung tak nampak relevan samasekali akan kononnya Melayu dah berpecah belah dan perlukan inisiatif penyatuan olih situa nyanyuk itu.Memang nyata kita semua ini tak perlu layan dendangan nyanyuk seorang manusia yang dah hampir tersisih dan terhakis dari hati seluruh rakyat dinegara ini.
Tapi penulis amat amati disepanjang waktu majlis berjalan, kedapatan satu suasana yang penulis rasa memang relevan dengan suasana yang sebenarnya, ya'ani UMNO(B) tu yang dah tak diminati dan tak laku kepada rakyat. Disatu sudut, tuan rumah menyediakan tempat khas bagi tetamu terdiri dari orang kuat bahagian Selayang. Apabila YB Sulaiman Samat,Dato' Saidin serta orang orang besar bahagian yang lain datang, selepas senyum sinis kesekeliling, mereka terus sahaja berada ditempat khas tanpa mahu menjejakkan kaki turun bersama orang ramai beramah mesra dan menikmati juadah. Sedangkan dikalangan pemimpin Pas dan Adil tempatan telah bersama orang ramai didalam khemah dibawah. Orang ramai pun tak ada berpusu pusu nak bersalam mengucapkan selamat hariraya pada mereka terutama yang bergelar YB. Biasalah, kalau dulu jika YB datang, masing masing berebut nak bersalam. Dalam erti kata lain, mereka dengan geng geng mereka menganggap saolah olah orang ramai yang datang itu sebagai "Pariah" dan tak ada erti dan gunanya bagi mereka untuk sama bergaul mesra. Bukan main lagi berbisik bisik berbicara antara mereka, tidak seperti waktu dulu dulu yang lazimnya mereka mereka ini kalau bercakap, patahnya sikit saja tapi gelaknya berdekah dekah. Almaklumlah gelak ahli koperat. Mungkin juga mereka terasa malu dan takut kalau kalau ada dikalangan yang datang akan menyoal dan berhujah dengan mereka tentang apa yang dimerepekkan olih ketua mereka situa nyanyok tu. Walhal dikalangan orang orang yang hadir tidak langsung berbicara tentang politik samasekali.Mereka benar benar menghayati suasana hariraya sebagai rakyat yang memang tak ada apa apa masalah.
Apabila tiba waktu untuk YB dan gengnya ini berangkat pulang, begitu ketara gelagat mereka lebih untuk mengelak dari berdepan dengan orang ramai. SiSulaiman Samat bergegas keluar dari tempat kahs salam pada mana yang ada tanpa tengok muka pun terus tuju kekereta bersama Dato'Saidin. Kesian langsung tak ada rakayat yang teringin nak mengiringi mereka. Begitu juga orang kuat UMNO(B) bahagian Rawang, terkial kial meleser keluar tanpa dipedulikan olih orang keliling.
Dalam waktu yang lain, penulis terdengar seorang kaum ibu berkata kepada anak saudaranya " Tengoklah!! mana ada kebenarannya mengatakan Melayu dah berpecah?, semua ada " Dijawab olih makcik sebelah " Buat apa Melayu nak pecah pecah". Tanpa disedari,penulis terus menyampuk " Melayu tak berpecah makcik!, yang berpecah dan bergaduh adalah UMNO(B) tu sendiri".
Begitulah keadaannya dimana Allah nak menunjukkan kepada puak puak UMNO(B) terutamanya situa nyanyok tu bahawa tipu dan bohong takkan bertahan lama, lambat laun akan terbuka pekungnya.
Oleh yang demikian, penulis sekali lagi merasakan bahawa apa yang ditimbulkan kononnya Melayu perlukan inisiatif penyatuan olih situa nyanyok ini adalah BOHONG DAN TIPU SEMATA MATA. Tidak lain melainkan BOHONG dan TIPU belaka. Pihak BA tak perlu membuang tenaga dan masa untuk melayani isu nyanyok ini.Orang nyanyok buat apa dilayan, bukan bolih diubat lagi!!!!.
Pensil kayu