Syabas yang tak terhingga pada Presiden dan MPT partai KeADILan Malaysia diatas penolakan terhadap pelawaan UMNO(B) untuk kononnya untuk merundingkan tentang penyatuan Melayu. Adalah memang berasas sekali penolakan itu dibuat, bukan sekadar partai KeADILan sahaja malah adalah wajib olih semua lapisan masyarakat. Bukan kita semua tidak tahu dan sedar bahawa selama hampir 20 tahun siUMNO(B) dibawah pimpinan siMahathir ni, dalam keadaan mereka disokong begitu padu, apakah yang mereka utamakan? adakah agenda penyatuan dan peningkatan tahap ekonomi orang melayu dikalangan petani, nelayan, pekerja estet, kilang dan sebagainya dijadikan keutamaan? jauh sekali bersungguh sungguh untuk memartabatkan Ugama Islam yang secara lazim merupakan Ugama orang orang melayu.Budaya judi, minum arak bermaharajalela. Tidak sama sekali tidak kepentingan Islam dan Melayu bertapak kuat disudut hati kebanyakan pemimpin mereka. Apa yang menjadi agenda mereka ialah bermati matian merebut kuasa agar senang dapat merompak khazanah negara untuk dibahagi bahagikan dikalangan anak anak,anak menantu, puak puak kroni dan sebagainya.
Tapi sekarang apabila mereka sudah merasa tersepit yang teramat parah sangat, mula tarik muka tak malu nak cakap fasal penyatuan orang orang Melayu. Hari hari muka siMahathir dan Dollah B keluar diTV bagi menyatakan kononnya mereka perihatin akan masalah perpecahan orang Melayu dan mahu mencari jalan dan berbagai bagai lagi. Cuba perhatikan mimik muka mereka ini, jelas tidak ikhlas, berdusta dengan body language mereka. Apakah mereka tidak terfikir selama 20 tahun mereka memegang kuasa, apa yang mereka buat kepada orang melayu selama itu tidak akan dapat dimaafkan olih orang orang melayu?. Betapa bodohnya mereka yang bergelar pemimpin negara ini?. Apakah perilaku mereka berhubung pengharaman UMNO asal yang diasaskan olih datuk nenek orang Melayu, penghinaan yang keterlaluan terhadap Raja Raja Melayu sebagai lambang perpaduan orang orang melayu, Melacurkan institusi Kehakiman, Polis dan sebagainya akan dapat dilupa serta dimaafkan olih orang orang Melayu sebegitu mudah?.Orang siram najis kita pulak nak balas dengan bunga.
Memang mereka akan menggunakan keengganan BA untuk bersama mereka dalam isu ini sebagai senjata yang tajam untuk memburukkan BA, tapi ketahuilah bahawa pasti apa jua yang akan keluar dari mulut kedua pembohong wahid ini tidak akan dipercayai lagi olih rakyat terutamanya orang orang Melayu dan amnya rakyat Malaysia. Ingatkan kembali peristiwa yang belaku dizaman Saidina Umar R.A mengenai budak lelaki gembala kambing yang hanya tiga kali bercakap bohong tapi kali keempat langsung tak diindahkan olih orang yang mengakibatkan semua kambingnya dibaham harimau.Sama jualah dengan sibeduk dua orang ini, bukan tiga kali mereka berbohong malahan dah berpuluh puluh kali dok membohong.Rakyat takkan percaya lagi!!!!!. Kekalkan tekad puan Presiden dan MPT KeADILan dan cuba sedarkan tuan Presiden PAS dan jawatankuasanya akan tektik dan perangkap sipembohong wahid ini. Tak payah nak semak syarat, tak guna bagi orang yang memang kerja mereka menipu dan putar belit. Tengoklah dulu, kata ada bukti kukuh kes DSAI, tapi bila panggil datang Mahkamah berputar tengkuk 360 darjah belit tak nak datang ke mahkamah. Orang macam ini nak percaya lagi!!!!!. Orang Melayu tidak berpecah tuan Presiden, tapi UMNO tulah yang dah nak berkecai bukan lagi nak pecah.Mana mana pergi, bila ditanya rata rata rakyat dah menyampah dan meluat pada UMNO(B) ni. Itu bukan secara kebetulan tapi adalah hakikat sebenar yang telah bertaut didada setiap rakyat.Hargailah sokongan rakyat terhadap BA dan jangan hancurkan kejituan rakyat terhadap BA dengan termakan perangkap siUMNO yang nazak itu. Nak berhikmah pun tengoklah orang yang kita nak berhikmah tu. SEKALI LAGI KATAKAN TIDAK PADA PUAK PUAK PENIPU DAN PEMBELIT INI.HANYA SATU SAHAJA FORMULA BAGI MEREDAKAN KERESAHAN YANG DIBUAT OLIH UMNO(B) NI IAITU NYAHKAN MAHATHIR DAN UMNO (B) NYA DAN BEBASKAN DSAI TANPA SYARAT DAN DAKWA MAHATHIR DAN KUNCU KUNCUNYA.... SELESAI CERITA.
Pensil kayu