Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


PEMBATALAN DEBAT PEMUDA PAS DAN PEMUDA UMNO

PAS/DPPP/1.03/SETPOL/042
18 JANUARI 2001

Kepada;

YB Datuk Hishammuddin Tun Hussien
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia
Tingkat 37, Menara Dato’ Onn,
Jalan Tun Ismail,
50480 KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum wrt wbt,

PEMBATALAN DEBAT PEMUDA PAS DAN PEMUDA UMNO

Saya merujuk kepada perkara di atas dan surat Yang Berhormat bil. UMNO/PM/KP/01/JLD.111/73.

Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan rasa sangat kesal di atas keputusan yang dibuat oleh YB Datuk untuk membatalkan debat yang telah dirancang dan diatur sebelum ini. Bagi DPP Pusat, debat adalah sangat penting untuk menjadi penilaian rakyat secara ilmiah tentang hak istimewa orang Melayu dan juga pencabulannya.

DPP Pusat tidak boleh menerima alasan yang terlalu daif yang diberikan oleh YB Datuk untuk membatalkan debat tersebut. Bagi DPP Pusat, soal reaksi bercampur di kalangan pemimpin tertinggi parti adalah tidak wujud kerana Jawatankuasa Tertinggi kedua-dua parti telah bersetuju agar debat ini diadakan. Pendapat-pendapat peribadi pemimpin tertentu tidak wajar dijadikan sandaran.

DPP Pusat juga hairan mengapakah pihak YB Datuk menyimpulkan persetujuan PAS untuk bertemu dengan pemimpin Umno sebagai menyelesaikan masalah debat ini. PAS telah mempertegaskan bahawa perjumpaan tersebut bukan untuk membincangkan isu perpaduan Melayu, tetapi isu-isu nasional yang selama ini menjadi persoalan besar kepada rakyat termasuk soal penghinaan agama, kezaliman, kerakusan, penindasan, salah guna kuasa dan tipu daya pemimpin BN.

Walau bagaimapun saya tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya pihak YB Datuk telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan debat ini. Bagi saya, pembatalan debat ini adalah pengakuan senyap Pemuda Umno bahawa merekalah yang bertanggungjawab terhadap pencabulan hak istimewa orang Melayu yang berlaku hari ini. Jika tidak mengapa mereka harus takut dan membuat keputusan pondan apabila menolak perdebatan ilmiah tentang isu ini.

DPP Pusat beranggapan dengan penolakan Pemuda Umno untuk berdebat ini menggambarkan bahawa Umno sangat takut untuk berhadapan dengan kebenaran dan kebangkitan rakyat. Jika Umno berada di pihak yang benar, mereka sepatutnya berani untuk mempertahankan kebenaran tersebut bukannya menjadi pengecut, kemudian menuduh pihak lain seperti PAS, Keadilan dan Suqui sebagai bertanggungjawab terhadap pencabulan hak istimewa orang Melayu. DPP Pusat meletakkan sepenuhnya tanggungjawab ke atas Pemuda Umno sekiranya suatu masa nanti isu pencabulan hak istimewa ini berbangkit semula.

Akhirnya, DPP Pusat berharap pihak YB Datuk supaya dapat berfikir dan membuat keputusan semula tentang pembatalan debat ini kerana ia sangat penting untuk masa depan orang Melayu. Keputusan semula YB Datuk ini penting ke arah menyemarakkan idealisme perjuangan generasi muda secara berhemah, matang dan bertanggungjawab.

Sekian. Wassalam.

PAS MEMIMPIN PERPADUAN
MENGASAK PERJUANGAN

Yang Menjalankan Amanah,

HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 23 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com