MELAYU,JERANGKAP MAHATHIR! SILA BACA.....
AWAS! Kenyataan BA tentang perpaduan Melayu akan dianggap hasutan.
Assalamualaikum wm wbt,
AWAS! Kenyataan BA tentang perpaduan Melayu akan dianggap hasutan.
Terkini dari sumber-sumber KDN. Segala respons dari pemimpin BA mengenai pelawaan Dr Mahathir untuk berbincang tentang perpaduan Melayu sedang dikumpulkan oleh pihak polis. Kenyataan-kenyataan pemimpin BA, tak kira samada yang menolak mau pun yang bersetuju (dengan bersyarat, akhirnya akan diberi cap atau ‘label’ provokasi dan hasutan, dan mereka akan ditangkap (jika perlu) dibawah akta hasutan atau akta ISA
Kaedahnya sama seperti tahun 1987 dimana MCA dan UMNO mulakan hentam menghentam, dan apabila pemimpin PAS dan DAP telah masuk perangkap dan bersuara, pemimpin-pemimpin pembangkang itu yang ditangkap dan ditahan beberapa tahun dibawah akta ISA
Jaring yang dipasang oleh UMNO kali ini mengenai perpaduan Melayu bertujuan untuk menangkap ikan-ikan paus BA, iaitu pemimpin-pemimpin atasan BA. Mereka kira sudah tentu pemimpin-pemimpin atasan BA akan terpaksa mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan diputar-belitkan dan diberi 'label' provokasi dan hasutan
Dikatakan Dr Mahathir dan Pak Lah sangat kecewa (disappointed) kerana setakat ini pemimpin-pemimpin atasan PAS seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi Awang maseh tidak termakan umpan kerana maseh belum bersuara. Setakat ini hanya Ketua Pemuda PAS, Saudara Mahfuz sahaja yang telah bersuara, tetapi pihak polis sudah pun ada senarai kesalahan yang berjela-jela untuk menangkap Mahfuz.
Sekian buat ketika ini. Sekiranya ada maklumat terbaru nanti, insyaAllah akan saya kemukakan.