Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Sungguh licik taktik kotor 'perpaduan Melayu'

Belum apa-apa UMNO dah menang round pertama.

Kalau Fadzil Noor setuju pi jumpa Mahdey dan Keadilan tak setuju - BA akan mula retak dan berpecah haluan.

Kalau Wan Azizah setuju pi jumpa Mahdey dan PAS pulak tak setuju - BA akan mula retak dan berpecah belah.

Kalau kedua-duanya Fadzil Noor dan W Azizah setuju pi jumpa Dr Mahathir - akan melemahkan semangat perjuangan sesetengah ahli dan penyokong. Mungkin ada yang akan keluar dari PAS dan Keadilan atau jadi balik non-party citizens. Mungkin ini yang dikehendakki UMNO. Apa jua pun, kalau Fadzil Noor dan W Azizah terima undangan Mahdey, maka BA tak akan lagi kuat macam sekarang ini. Mungkin ceramah-ceramah BA pun kurang sambutan.

Kalau BA kekalkan pendirian menolak perbincangan mengenai 'perpaduan Melayu' yang tak pun berpecah maka akan dituduh pula punca perpaduan Melayu.

Kalau Fadzil Noor dan W Azizah pi bincang dengan Mahdey, nanti segala yang dikatakan oleh mereka akan diputarbelitkan oleh media. Yang akan akhirnya muncul dengan kemenangan dan di sanjung sebagai "Bapa Perpaduan Melayu" adalah seorang keling bernama Mahdey.

Yang penting sekali adalah pendirian dan perasaan ahli-ahli dan penyokong PAS dan Keadilan. Isu ini diperbualkan semasa kunjung mengunjung hari raya dan jelas rata-rata majoriti ahli dan penyokong PAS dan Keadilan menolak perbincangan yang dicadangkan oleh Mahdey dan UMNO itu. Kalau pandangan dan pendirian ahli-ahli dan penyokong tidak diendahkan maka tak ada bedza PAS dan Keadilan dengan UMNO. Dan kalau pendapat ahli-ahli dan penyokong PAS dan Keadilan yang menolak perbincangan tersebut diketepikan, maka ramai akan patah semangat dan ada yang akan meninggalkan perjuangan hangat-hangat taik ayam.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com