Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Hak keistimewaan orang Melayu dari sudut yang rasional

Maaf saya bukan orang UMNO dan saya tidak pula ingin pendapat saya dilihat dari perspektif orang UMNO.

Cuma yang ingin saya bawa ialah persoalan hak keistimewaan orang Melayu dari sudut yang rasional. Pada pendapat saya adalah tidak adil hak keistimewaan orang Melayu dilabel sebagai satu doktrin untuk menindas kaum-kaum lain di Malaysia.

Saudara bercakap tentang keadilan sejagat. Apa yang sebenarnya saudara maksudkan dengan keadilan sejagat? Saya faham saudara menjurus kepada kesaksamaan pada semua insan. Namun harus kita sedar dan kita faham TIDAK ADA namanya kesamaan sejagat hatta pada qadha & qadar ALLAH sekali pun. Bagaimana kita nak persoalkan keadilan sejagat pada ALLAH dengan ALLAH menjadikan ada manusia kafir & iman. Dimana keadilan ALLAH bila DIA menjadikan seorang manusia itu kafir dan pasti ke neraka dan orang lain itu iman dan pasti ke syurga. Kenapa ALLAH tak jadikan saja semua manusia iman?

Berbalik kepada soal hak keistimewaan orang Melayu, sekali lagi saya bertanya apakah dengan adanya 'hak istimewa' itu sampai menindas kaum-kaum yang lain? Apakah orang Cina & India hidup merempat di Malaysia? Saya rasa tidak. Peniaga Cina khususnya lebih ramai yang berjaya. Bidang professional juga ramai dikuasai mereka. Peluang dalam segala bidang terbuka luas buat mereka. Mereka membanjiri IPTS dan tidak kurang dari mereka ke luar negeri.

Keadilan sejagat yang membawa kepada kesaksamaan secara menyeluruh sebenarnya hampir langsung tiada di dunia ini. Inilah mitos yang cuba dibawa oleh Karl Marx tapi ternyata ianya gagal. Malah di dalam Islam sendiri ada terkandung beberapa 'perbezaan hak' antara satu dengan lain.

Keluhan rakan-rakan Melayu saya di Singapura memberi saya ruang untuk memikirkan lebih jauh tentang hak istimewa orang Melayu melibih sekadar melihat pada 'keadilan sejagat'. Apakah orang melayu sendiri tidak pernah di'tindas' di negara sendiri. Its a common fact untuk kita menerima keadaan bahawa kalau syarikat kepunyaan bangsa lain, orang melayu agak sukar mendapat pekerjaan. Kalau dapat satu dua orang saja. Dan seringkali kita lihat iklan-iklan jawatan kosong yang menulis "Preferabbly Chinese male/female" atau "Can speak in Chinese" membunuh peluang orang-orang Melayu untuk memohon.

Saya bukan seorang chauvinis Melayu atau anti bangsa lain. Cuma saya berharap biarlah 'hak keistimewaan' orang Melayu itu tetap dipertahankan tanpa kita menindas kaum-kaum lain. Sessungguhnya memang kita tidak boleh memuaskan hati semua orang....

Maaf jika ada kata-kata yang kurang berkenan.

-Laksamana Bentan


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com