Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tindakan pimpinan PAS dan Keadilan tepat

Tindakan pimpinan PAS dan Keadilan tepat dalam suasana politik sekarang. Kita hendaklah bersikap dan berfikiran resional dalam sola ini. Samada ikhlas atau muslihat atau perangkap atau sendiwara dalam mengajak berbincang mengenai perpaduan melayu, haruslah dilihat sebagai tindakan positif. Sesuatu yang positif hendaklah dipersetujui oleh Pucuk Pimpinan tertinggi PAS dan Keadilan. Jika sesuatu yang positif ditolak maka ia berlawanan dengan prinsip perjuangan BA. Rakyat akan melihat BA sebagai tidak ubah seperti UMNO. Lagipula inilah masanya akhbar-akhbar pelacur akan melanyak BA habis-habisan. Ketika PAS dan Keadilan mengambil sikap positif akhbar tersebut melanyak, inikan pula jika BA menolak.

Samada UMNO berpura-pura atau memerangkap BA kita serah kepada Pemuda PAS dan Keadilan sebagai mata pemerhati. Tindakan Pemuda PAS dan Keadilan tidak bersetuju dalam rundingan ini juga tepat walaupun dilihat berlawanan dengan pucuk pimpinan. Ini bertujuan agar ada rasa sangsi dengan tujuan UMNO. Apabila ada rasa sangsi akan ada rasa waspada. Dan tugas Pemuda PAS dan Keadilan adalah memantau perundingan itu agar UMNO tidak memerangkap BA. Disini UMNO akan berwaspada kita mahu bersendiwara. Jika menolak menarik balik perundingan maka UMNO lagi parah. Jika hendak bersendiwra maka UMNO lagi parah kerana Pemuda PAS dan Keadilan akan memecahkan tembelang mereka. Kita tengok kemudian apa akan jadi.

Yang pentingnya Pucuk Pimpinan tertinggi dan pemuda PAS dan Keadilan adalah tepat dan berfikiran kritis. teruskan strategi ini.


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 11 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com