Kita mungkin pernah bertanya, "Apakah dapat diambil oleh orang gila dari dunia ini?" "Manusia mulia kerana akal fikirannya; apakah bila telah dicabut akalnya, tercabut pula kemuliaannya?"
Pertanyaan itu boleh dijawab sebagai berikut. Apa yang sebenarnya dikehendaki oleh orang sihat, yang kuat dan tegap tubuhnya dalam hidup ini? Sebagian besar mungkin menginginkan semua ucapannya dipatuhi dan tidak pernah ditolak orang lain. Mereka ingin agar dapat berbuat menurut kehendak mereka sendiri, tanpa boleh dicerca dan dicela oleh siapapun. Jika demikian yang diidam-idamkan manusia sihat, maka sebenarnya seorang gila telah mendapatkannya. Seorang gila memaki atau memukul kita sekehendaknya, tetapi kita malah tertawa. Kita tidak menuntut atas perbuatannya. Dan Allah pun tidak meminta pertanggunganjawabnya kelak pada hari kiamat.
Barangkali itu menghairankan kita. Kita menamakannya orang gila, padahal Allah telah memberinya sesuatu yang selalu kita idam dan harapkan.
Seorang mungkin mengetahui suatu kebenaran, tetapi kadangkala "akal sihatnya" justeru menghalanginya untuk menyatakan kebenaran itu di hadapan seseorang (penguasa). Tetapi orang gila akan berani mengucapkan kata-kata yang benar di hadapan siapapun tanpa memperdulikan akibatnya. Gambaran di atas jelas kepada kita bahawa sebenarnya "akal sihat" justeru dapat mengekang kebebasan kita sendiri.
Ayuh! Marilah kita semua, menjadi orang gila dengan 'turun' beramai-ramai pada 4 Feb. (Kg. Baru) dan 17 Feb. 2001 (Dang Wangi) nanti demi menyatakan yang hak. Kita jeritkan seruan serta laungan yang jelas dan lantang agar 'The Sick Dr.' Mahathir diundurkan segera demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
Reformasi Kembali!!
Gila Kerana Benar
OsamaLaden