Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Kita Tertipu Lagi

Semalam dalam akhbar Sun terpapar tajuk berita ' mamak kutty : PAS can join BN.' Sejak berlakunya tragedi yang menimpa Anwar saya tidak lagi membaca akhbar- akhbar Melayu. Dengan tersiarnya berita PAS boleh menyertai barisan nasional , dapat kita fahami tujuan sebenar si mamak kutty mencanangkan isu perpaduan Melayu. Dengan menyiarkan satu demi satu berita yang mengaitkan nama PAS

tanpa kita sedari penceramah-penceramah kita terpaksa membuang banyak masa dalam ceramah -ceramah mereka untuk menangkis dakwaan pemimpin umno ini.

Isu-isu yang lebih penting dan utama seperti kedudukan ekonomi , kegagalan projek- projek swasta , susunan hakim yang mengecewakan rakyat dan banyak lagi tidak dapat disampaikan oleh penceramah kita dengan ' detail '. Sebab itu saya secara perbadi memang hampa dengan 'respond' positif yang dibuat oleh oleh Ustaz Fadzil. Lihat apa sudah jadi. Hari-hari kita menatap berita yang menyakitkan hati. Sepatutnya kita bertindak seperti parti KeADILan. Tolak pelawaan mereka. Pemimpin kita sendiri akui umno penuh dengan khazanah tipu muslihat dan putar belit tapi masih mahu membuka pintu perbincangan. Inilah hasil yang kita dapat . Itu belum lagi perbincangan dijalankan. Kita tunggu sahaja berita-berita yang membuat kita menumbuk dinding sebaik sahaja perbincangan dimulakan. Rasanya , tiba masanya giliran kita pula menyakitkan hati orang-orang umno. Saya menunggu berita pembatalan pertemuan dengan umno dari lidah Ustaz Fadzil kerana dia yang secara terburu-buru menyahut pelawaan mamak kutty.

Omar Mukhtar


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com