Nampak gayanya Ustaz Fadzil tetap dengan hasratnya untuk bertemu ' mamak kutty ' . Bagi saya apa yang dilakukan oleh ' mamak kutty dan umno ' samalah seperti cerita buaya dengan kerbau . Cerita ini mengesahkan bagaimana buaya telah dihempap sebatang kayu . Lalu
kerbau di situ. Si buaya merayu dengan kata-kata manis meminta agar kerbau mengalihkan kayu tersebut. Di pendekkan cerita kerbau pun terpengaruh lalu mengangkat kayu itu dengan tanduknya . Sebaik sahaja kayu itu dialihkan , si buaya dengan pantas menyambar kaki kerbau .
Satu contoh ingin saya bawakan untuk dijadikan iktibar Ustaz Fadzil . Rasanya dah berpuluh kali Palestin berunding dengan Isreal . Setiap kali berunding tiada apa yang diperolehi oleh
Palestin malah rakyat terus diburu dan dibunuh .
Maknanya ' mamak kutty ' bukan benar-benar berunding dengan Pas . Apa yang dilakukan cuma untuk ' buy the time '. Lihat betapa bijak dia mengalihkan pandangan rakyat . Isu
perpaduan sengaja dimainkan sebaik sahaja kerajaan mengambil alih MAS dan LRT . Sepatut
nya isu ini modal baik untuk penceramah- penceramah kita . Dan dengan isu ini rasanya kita
dapat menarik rakyat memihak kepada kita. Tetapi oleh kerana kesilapan Ustaz Fadzil memberi
respond yang positif mengenai cadangan ' mamak kutty ' akhirnya isu MAS dan LRT tenggelam begitu sahaja .
Hati saya kini mulai tawar . Sebenarnya banyak rancangan sedang disusun bagi menghadapi
pilihanraya 2004 . Saya juga sedang menjual sijil-sijil wakaf bagi pembinaan markaz . Semua ini
saya lakukan secara sukarela tanpa disuruh dan tanpa apa-apa ganjaran . Beberapa e-mail saya
kirim meminta supaya Pas jangan menghadiri perbincangan yang disarankan itu . Tapi nampaknya Ustaz Fadzil berdegil juga . Mungkin pimpinan Pas tidak memerlukan tenaga orang
seperti saya ini .
Seandainya berlaku juga pertemuan antara Pas dan Umno , saya akan melupakan Projek 2004 .
Dan besar kemungkinan ramai yang berpindah ke parti KeADILan . Entah apa yang membuat
Ustaz Fadzil merasakan kali ini ' mamak kutty ' benar-benar ikhlas. Orang yang telah insaf ada
tanda-tandanya . Dan tanda-tanda itu tidak ada pada ' mamak kutty ' . Setelah Pas tertipu kelak
dengan pertemuan itu nanti , tidak ada makna Ustaz Fadzil meminta maaf kepada ahli-ahli .
Sekali hati terluka payah untuk sembuh semula.
Fikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan hasrat untuk berbincang dengan Umno. Kami tidak sanggup melihat putar belit berita yang akan dilakukan Umno apabila pertemuan itu
diadakan.
Omar Mokhtar
Negeri Sembilan