Assalammualaikum wbt;
Tuan;
Dari undian dalam Malaysiakini ternyata rakyat tidak bersetuju dengan
ajakan UMNO terhapap isu perpaduan melayu. Juga dari artikel-artikel di
laman web tuan sudah cukup membuktikan bahawa PAS boleh menolak ajakan
tersebut.
Benarlah kata-kata Hishamuddin Rais bahawa tidak satu bangsa yang
benar-benar bersatu apatah lagi kita sebagai orang Islam faham bahawa
asas perpaduan bukan di atas sesuatu kaum.
Semasa saya diasrama pada tahun 70an yang mana hampir 100% berbangsa
melayu pun kita tidak dapat bersatu hati sepenuhnya. Pada masa itu
kebanyakkan orang melayu berada dalam kelompok kenegerian maka wujudlah
kelompok-kelompok melayu Johor, melayu Kelantan, melayu Perak dan
seterusnya. Walaubagaimana pun tidaklah mengujudkan suasana pecah belah.
Maka dengan itu pada masa ini memang tidak ada perpecahan dikalangan
orang melayu sebenarnya.
Presiden PAS adalah tak sama macam Presiden UMNO yang tak mahu dengar
kata orang bawah. Penolakan ini nanti adalah kerana Presiden PAS lebih
bersikap kerterbukaan dan telus terhadap pandangan ahli-ahlinya dan
majoriti rakyat yang terdiri dari berbagai kaum yang memang tidak
bersetuju dengan topik ajakan UMNO itu.
Sakit hati saya ini bila setiap hari di TV mereka memperlekehkan PAS dan
mengwar-warkan seolah-olah negara ini dalam kekacauan, tidak ada
perpaduan dan entah-entah apa-apa lagi yang sungguh karut pada pandangan
saya. Dengan cara lapuran mereka yang kurang adil terhadap kepimpinan
kerajaan PAS dan dalam masa yang sama nak ajak pula PAS berbincang maka
pada pendapat saya tak payahlah. (Contoh: isu duit royalti).
Sekian, terima kasih di atas kesudian tuan membaca e-mail saya ini.
NS