Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Wack the dog & kisah penggembala kambing dan harimau

Assalamualaikum,

Masihkan anda semua ingat kepada Monica Lewinski? Seorang perempuan yang telah menghancurkan karier presiden amerika syarikat, Bill Clinton satu masa dahulu.

Alkisahnya, ketika skandal mereka berdua hampir terburai di akhbar-akhbar bebas yang sememangnya bebas (tak macam malaysia, cakap tak serupa bikin) bill clinton telah cuba 'divert' pemikiran rakyat amerika tentang perang dan kekacauan yang berlaku di timur tengah dan afrika. apa yang menarik ketika itu satu filem hollywood, wack the dog mengisahkan seorang presiden amerika cuba men'divert'kan permikiran rakyat amerika dan dengan teknologi moden mereka berjaya mewujudkan satu video menarik di mana seorang kanak-kanak perempuan berlari-lari dengan membawa seekor kucing dengan situasi peperangan untuk menunjukkan kepada rakyat amerika bahawa amerika sedang mengkaji untuk membantu membawa keamanan di negara tersebut. dipendekkan cerita, usaha untuk membawa rakyat amerika kepada isu tersebut gagal. filem ini menjadi hangat di pasaran amerika setelah cerita mengenai bill clinton dan monica lewinski menjadi bualan di serata dunia.

Satu lagi kisah menarik ialah mengenai penggembala kambing dan harimau. Kisah penggembala yang menjerit terlolong-lolong meminta tolong kerana ada harimau mahu meratah kambing-kambingnya. Apabila orang kampung datang mereka dapati budak itu menipu semata-mata. Perkara yang sama terjadi beberapa kali, dan ditakdirkan ada seekor harimau meratah kambing-kambing penggembala kambing ini dan orang kampung tidak menghiraukannya kerana mereka percaya ia adalah tipu semata-mata.

Berbalik kita kepada isu malaysia, ini boleh dikisarkan tentang perangai dr mahathir(yang rasa-rasanya tak lama lagi nak interview dengan malaikat munkar & nakir) di malaysia. Mereka menjadikan kes perpaduan melayu untuk men'divert'kan pemikiran orang malaysia tentang reformasi. Mereka memberi contoh Bosnia, Somalia, Kashmir sebagai tempat yang tidak selamat kerana tiada perpaduan dan peperangan yang berlaku di sana-sini. Kisah al-maunah yang digembar-gemburkan seperti penjenayah antarabangsa. walhal tiada bukti kukuh mengatakan mereka yang melakukannya. Oleh kerana mereka ini selalu berbohong (kes anwar) maka sekarang mereka telah membayar dengan harga yang tinggi. Rakyat Malaysia tidak lagi percaya dengan kenyataan-kenyataan mereka walaupun mungkin ada antara mereka yang benar-benar ikhlas. Saya sedang memerhati apa lagi helah dan juga 'diversion' yang dr M akan buat konon-kononnya boleh memperbodohkan rakyat Malaysia yang dialah yang paling best dan berkuasa di Malaysia.

Kisah terbaru mengenai Peter Mandelson di UK menjadi tarikan saya. Peter Mandelson telah menyerahkan surat perletakan jawatan kerana di TUDUH membantu seorang usahawan india untuk mendapat passport British. Saya menaip TUDUH dalam huruf besar kerana saya mahu menekankan bahawa menteri-menteri di UK meletakkan jawatan sebelum mereka dibicarakan dan disiasat. Mereka masih belum dibuktikan bersalah, tetapi meletak jawatan atas sebab tuduhan. Ini berbeza di Malaysia yang rata-rata menteri masih lagi bertapuk di position mereka (seperti Rafidah Aziz dan Dr M.)Rafidah Aziz masih lagi boleh bermain golf di Australia ketika tuduhan rasuah dilaporkan ke pihak polis. Satu perkara menarik yang berlaku ialah mengenai kebebasan media untuk bersuara. Oleh kerana Labour Party menyokong dasar EU untuk bergabung dalam usaha menjadikan eropah sebagai sebuah negara, rata-rata suratkhabar membidas kerajaan tanpa diganggu dan diugut mengenai permit akan digantung. Mereka bebas memberi komen, mengutuk dan membantai setiap pergerakan kerajaan mengikut pendapat masing-masing. Permikiran mereka tidak disekat dan tidak digertak sama-sekali. Sebenarnya demonstrasi juga berlaku di UK. Keputusan Tony Blair untuk membantu askar amerika di timur tengah telah menyemarakkan lagi kemarahan rakyat Britain kerana mereka memikirkan tentang wang yang dibelanjakkan untuk membiayai askar-askar Britain ke timur tengah adalah membazir. Mereka mengadakan demo untuk membantah keputusan kerajaan Britain. Orang-orang Islam turut membantah atas dasar askar-askar ini akan membunuh saudara Islam di timur tengah. Demo-demo yang diadakan tidak diganggu oleh pihak polis dan berakhir dengan aman.

Situasi ini jelas berbeza dengan Malaysia yang dikatakan negara Islam, tetapi tidak menghormati hak dan kehendak rakyat Malaysia yang sememangnya mempunyai hak mengikut perlembagaan Malaysia untuk bersuara dan menyuarakan pendapat mereka walaupun bertentangan dengan hala tuju kerajaan sebab kerajaan tidak akan wujud tanpa rakyat.

Nia Iskandar, UK


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 28 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com