KETUA DPP, Mahfuz Omar tidak perlu terus mendesak KPP Umno, Hishammuddin Hussein untuk berdebat dengannya kerana memang sejak awal-awal lagi, tiada siapa di dalam Umno yang setuju Hishammuddin menyahut perlawaan debat oleh Mahfuz.
Sebelum Timbalan Presiden Umno, Abdullah 'Habibie' Badawi mengarahkan supaya debat dihentikan, sudah ramai dari kalangan pemimpin Umno melarang Hishammuddin untuk tidak meneruskan hasrat 'pura-puranya' mahu berdebat dengan Hishammuddin.
Dari Presiden hinggalah ke Ketua-ketua Bahagian Umno tidak mahu Hishammuddin berdebat kerana mereka tahu Hishammuddin tidak ada kemampuan untuk berdebat. Bercakaplah dengan sesiapa sahaja (dari Presiden hingga ke ketua-ketua bahagian), masing-masing risau akan kemampuan Hishammuddin. Secara senyap-senyap, mereka mengakui Mahfuz cukup hebat dan berkemampuan. Malahan, keberanian dan kebolehan Mahfuz di Parlimen cukup menakutkan sesetengah Ahli Parlimen, Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri dan Menteri.
Mereka tahu, Mahfuz lebih hebat dari Ahli-ahli Parlimen Umno dan Pas cukup bertuah kerana mempunyai seorang Ketua Dewan Pemuda (DPP) yang berkebolehan seperti Mahfuz. Secara diam-diam, masing-masing mengkagumi Mahfuz.
Kata mereka, nasib baiklah Mohd Ezam Mohd Nor, Ketua Pemuda keADILan tidak menang dan tidak menjadi Ahli Parlimen. Jika tidak, lebih teruk Ahli-ahli Parlimen BN untuk berdepan dengan serangan kedua-dua pemimpin muda BA ini.
Itulah sebabnya, Ahli Parlimen Tampin, Shaziman Mansor terpaksa mengajak Mahfuz bertumbuk sebagai jalan terdesak mencari "upah" dari Perdana Menteri. Untuk berdebat, Shahziman tahu dia tidak ada kemampuan. Jadi, dengan cara murahan, mengajak Mahfuz bertumbuk.
Suratkhabar harian memutar belitkan berita kononnya, Mahfuz yang mengajak Shahziman bertumbuk. Sibuklah Menteri-menteri Umno terpaksa Rafidah Aziz yang terbabit dengan kes rasuah menuduh Mahfuz samseng dan sebagainya. Dia juga menyifatkan Parlimen sudah menjadi Sarkis.
Dalam sibuk-sibuk pemimpin BN menuduh Ahli-ahli Parlimen BA… tup-tup di Shah Alam, Adun Umno didakwa menampar Adun DAP. Kesnya ini dibawa ke mahkamah dan sedikit waktu lagi akan dibicarakan. Sebelum kejadian itu, Adun Kuah, Tan Sri Sanusi Junid disabitkan dengan kesalahan mencederakan pekerja KLIA dan didenda RM1,000.
Siapa yang samseng sebenarnya?
Rupa-rupanya, pemimpin-pemimpin Umno cukup tertekan sekarang. Mereka terpaksa menapar dan mengajak wakil rakyat BA bertumbuk dan sebagainya kerana masing-masing tidak ada kemampuan berhujah.
Jauh sekali untuk berdebat… yang boleh dibuat oleh wakil-wakil rakyat BN ialah memunggah kekayaan negara untuk diri masing-masing dan tidak hairanlah kalau mereka kaya raya dengan rasuah dan penyelewengan.
Tidak usah nafilah…. Bail-out KPB dan baru-baru ini membeli saham MAS adalah contoh terdekat bagaimana kerajaan dan pemerintah tidak langsung memperdulikan sungutan rakyat.
Rakyat tidak usah menjerit dalam isu-isu ini tetapi ajarlah BN dalam pilihan raya akan datang.
Usahlah mengharapkan Hishammuddin sanggup berdebat kerana dia tidak akan mampu berdebat dalam isu-isu Hak Istimewa Melayu yang sudah dijualkannya kepada Suqiu baru-baru ini.
Hukumlah Hishammuddin dan halang dia dari terus menjadi Menteri dengan mengalahkannya dalam pilihan raya. Hishammuddin dikatakan hebat oleh media massa pro pemerintah.
Kalau boleh, jangan bertangguh lagi… pastikan dia bukan lagi Ketua Umno Bahagian Tenggara dan tidak layak bercakap soal-soal Melayu, belia dan bangsa yang sudah dikhianatinya. Yang melantik dan menjulangnya ialah Dr. Mahathir. Dr. Mahathir mungkin terhutang budi dengan Allahyarham Tun Hussein Onn menyebabkan dia cuba membalas jasa itu dengan memberi pelbagai jawatan kepada Hishammuddin.
Tetapi siapa tahu Hishammuddin sebenarnya anak derhaka kepada ibunya, Toh Puan Suhaila Tan Sri Noah yang sedang sakit sekarang tetapi tidak diziarahi anak lelakinya ini.
Sila nafikan dakwaan saya ini jika tidak benar wahai Hishammuddin….!
UN2-20012001/UN4