Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Tengku Adnan Jadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

AKHIRNYA Dr. Mahathir Mohamad melantik juga tauke judi terkenal, Tengku Adnan Mansor sebagai Timbalan Menteri bagi melunaskan hutangnya kepada orang ini yang membiayai kos penerbitan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.

Cukuplah sudah tugas membayar hutang Dr. Mahathir dengan perlantikan Tengku Adnan ini dan mungkin selepas ini, jika ada pun anugerah kepada mereka yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, ialah melantik Dato' Aziz Shamsuddin menjadi Menteri penuh, walaupun cuma sehari.

Anggota konspirator yang mendapat imbuhan sebelum ini termasuk Tun Daim Zainuddin, Megat Junid Megat Ayub, Aziz Shamsuddin dan kini Tengku Adnan.

Sebelum ini, Tengku Adnan melalui orang gila yang dilantiknya menjadi Setiausaha Kerja Umno Wilayah Persekutuan sudah menghebahkan cerita kononnya Tengku Adnan akan dilantik menjadi Menteri Penuh di Kementerian Wilayah Persekutuan.

Maka menjerit-jeritlah orang gila ini yang baru dapat anak selepas berkahwin sebulan kononnya Dato' Seri Dr. Suleiman Mohamed akan digugurkan kerana Dr. Mahathir tidak yakin dengan kepimpinan Suleiman.

Orang gila atau Zahrin gila sibuk betul sebulan dua ini kerana membawa cerita Tengku Adnan akan menjadi menteri kabinet.

Zahrin gila kini semakin seronok kerana bukan sahaja dia punya banyak 'anak pasang siap' tetapi mungkin juga dilantik menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri yang baru dilantik ini.

Dia juga sedang memaki hamun Dato' Mokhtar Samad yang mahu bertanding Ketua Bahagian Bandar Tun Razak kerana Zahrin gila sendiri hendak bertanding timbalan. Siang malam dia ke hulu ke hilir menjerit di majlis-majlis Umno untuk memberitahu dia kini sudah jadi orang penting dan dia akan pastikan bossnya, tauke judi terkenal itu akan jadi menteri juga suatu hari nanti.

Dalam bulan puasa baru-baru ini, orang gila ini diserang oleh ketua Pemuda Umno Bandar Tun Razak, Saudara Kadri kerana "bersikap kurang ajar" di Pejabat Umno Wilayah Persekutuan. Kini, kalau sesiapa rajin baca suratkhabar harian, cukup kerap publisiti diberikan kepada orang gila ini hingga melebihi publisiti wakil-wakil rakyat BN dalam Wilayah Persekutuan.

Sesiapa yang kenal dengan orang gila ini, bolehlah hantar ucapan tahniah. Pertama kerana jadi orang penting. Kedua kerana ada banyak anak pasang siap. Ketiga kerana ada cucu pasang siap. Keempat kerana cukup popular sekarang hingga mengatasi populariti wakil-wakil rakyat.

Tahniah juga kepada Umno kerana ada orang gila duduk dalam jawatan-jawatan penting parti itu. Bermakna, orang normal sudah meninggalkan Umno, yang tinggal orang gila dan punya ramai anak pasang siap.

UN-17012001/Rabu


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 18 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com