Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


MAHASISWI UPM DIMURTADKAN DI GEREJA BRICKFIELD

Laporan (13 hingga 20 JAnuari 2001)

Dalam cetusan rasa yang lepas saya telah mengutarakan kebimbangan saya mengenai gerakan Kristianisasi. Isu ini sebenarnya telah lama disedari, malahan ia telah menjadi satu agenda perjuangan PMIUM di bawah pimpinan Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman. Selain PMIUM ianya juga bahan tindakan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) pada tahun itu. Isu gerakan kristian menyusup masuk bagaikan halimunan (invisible) ke dalam kampus dan menjalankan dakyah terkutuk mereka terhadap para pelajar muslim. Adakah kita rela untuk mempertaruhkan nilai iman dan akidah kita dengan membiarkan mereka bebas bermaharajalela membiarkan mereka menghasut serta menperdaya para sahabat dan saudara seagama kita.

Isu terbaru yang timbul memecahkan kebuntuan dan menguji para pejuang Islam dengan murtadnya seorang pelajar UPM tahun satu di gereja Brickfield. Ini akan diceritakan kronologi kejadiannya di bawah. Berdasarkan beberapa fakta menarik sekitar isu ini yang ingin saya

Kemukakan ialah antaranya:

1) Gerakan Kristian bergerak secara sindiket dengan menggunakan pengarauh sama ada individu mahupun kewangan.

2) Sasaran golongan ini ialah wanita remaja yang patah hati ataupun putus cinta.

3) Menggunakan saluran Chat Internet dalam menguasai remaja wanita yang lemah imannya, sehinggalah ia berkeyakinan seterusnya mengatur pertemuan.

4) Setelah pertemuan berlangsung, mereka menggunakan kekerasan secara berkumpulan sekiranya enggan dan cara yang sopan jika kita menerima mereka dengan baik.

5) ganjaran bagi pemuda Melayu mengkristiankan wanta melayu ialah sebanyak RM3000 ke atas.

6) Di dalam tempat rahsia( maybe macam HEBRON MALAYSIA) dijadikan markaz untuk men'turning over'kan pemikiran remaja terutama wanita yang mudah dikuasai kerana faktor klemahan fizial dan mental.

7) Kebanyakan remaja dari Borneo( Sabah dan Sarawak menjadi sasaran utama berbanding dengan Semenanjung kerana pengaruh kristian di sana lebih dominan dan ini mudah untuk mereka menakluki mndaremaja yang tidak ada waris di sini semasa belajar.

Perkara di atas adalah contoh terbaru gerakan Kristian yang telah memurtadkan secara paksa terhadap seorang pelajar UPM yang berasal dari Sabah. Saya mendapatkan maklumat daripada keluarga mangsa dan mengikut kronologi kejadiannya. Latar belakang asalnya dan kakaknya yang mendapat tarbiyyah di bumi perdana ini(UM) begitu terserlah dengan identiti Islam. Tatkala mendapat bimbingan daripada kakak tersayang yang ingn melihat adiknya turut serta mengikut jejak langkahnya, tetapi Allah ingin menguji imannya dan juga kita semua selaku pendokong agama kita.Adiknya menjalinkan hubungan cinta terhalang dengan seorang remaja Islam di Johor, tetapi lelaki ini telah memutuskan hubungan menyebabkan ia tidak keruan. Pada mulanya ia sudah berjubah dan bertudung labuh dengan usaha tarbiyyah kakaknya, semuanya itu kian terhakis sedikit demi sedikit.

Ia mula mencari keseronokan untuk menghilangkan kedukaan dengan berchatting, lalu berkenalanlah dengan seorang pemuda melayu. Ringkas ceritanya nereka bersetuju untuk bertemu.Setelah bertemu lelaki ini terus melarikan waniat tersebut selama tiga hari. perubahan drastik berlaku hari demi hari yang hanya dap[at berinteraksi melalui telefon.Kemudian lafaz terakhirnya kepada kakaknya bahawa dia telah diconvertkan. Apa yang menyedihkan, semasa hari pertama dan kedua melaluiperbualan telefon dengan kakanya beliau mengadu telah dikurung dengan nada yang teresak esak, tetapi selang tiga hari kemudian beliau menyatakan dia telah memeluk Kristian dan mahu melupakan keluarganya.

Rentetan ini menyedihkan keluarganya dan bekas teman lelakinya. Maka teman lelakinya agak bijak dengan berhubung dan ingin mengambilnya walaupun telah Kristian. Maka beliau mahu bertemu dengan si mangsa di rumah bapa saudara di dalam kem tentera.Maka lelaki kristian tadi membawa mengsa bertemu maka pakcik bekas teman lelakinya selaku anggota tentera Islam mengambil tindakan dengan menyekat mereka daripada keluar kem. Maka pihak pois dihubungi dan kini dicaj atas caj menculik beliau ditahan pada sebelah petang. 19 Januari.

Kemudian beliau telah dsoal siasat pada sebelah malam sehingga jam 12.00 malam. Kemudian dihantar ke Hospital Universiti pada jam 12.30 malam untuk medICAL Chek up. Kemudian ditahan di hospital dalam wad sampai jam 12 tengahari.

PAda jam 12.30 tengahari 20 Januari dia dihantar semula ke balai polis Petaling Jaya dan diambil oleh pihak JAIS Shah Alam untuk proses pemulihan aqidah...Sehingga SEKARANG JAM 3,30 PETANG 20 JANUARI 2001-01-20

InsysaAllah kes ini dibawah kawalan Ana (PMIUM) dan Ust M*****

Sila hubungi F***** 019 ****** atau M**** 019 *******

.....................................................................................
***** Tranung Kite : Sebahagian Maklumat terpaksa kami padamkan


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 27 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com