Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Apakah Sudah Tiba Giliran Gus Dur?

Apakah Sudah Tiba Giliran Gus Dur?
(Will Wahid Be next?)
Joyo Indonesian News
The Economist – cover dated February 1, 2001

Satu laporan mengenai korupsi yang melibatkan seorang presiden akan muncul di Indonesia minggu hadapan. Jakarta, Selama 15 bulan, kuasa presiden yang dipegangnya mungkin kelihatan rapuh, tetapi Abdurrahman Wahid (Gus Dur) masih menunjukkan kerseronokan mengejek para musuhnya. Pada 29 Januari, 2001, satu jawatankuasa parlimen akan melaporkan dua kisah skandal yang telah menghantui Gus Dur sejak pertengahan tahun lalu. Kisah yang pertama melibatkan penyelewengan bernilai 35 bilion rupiah (US$3.7 m) daripada sebuah agensi negara; kisah yang kedua berkaitan dengan sumbangan berjumlah US$2 juta pemberian Sultan Brunei. Setelah lama tertunda, Gus Dur telah bersemuka dengan 50 ahli parlimen yang menganggotai jawatankuasa itu dan yang lama menunggu mahu menyoalnya. Sebelum soalan bermula, Gus Dur telah menyeranah dengan berkata bahawa mereka tidak ada hak menanya semua itu.

(Gambar: Presiden….. Sultan ….dan Tukang Urut)

Kehalusan budaya Jawa memang sudah tiada lagi seperti yang ditunjukkan oleh Gus Dur. Insan yang bergelar ‘Kiai’ itu hanya berusia 60 tahun, tetapi dia telah menuduh para penyiasat mencampur-adukkan undang-undang dengan politik, sambil mempersoalkan kuasa yang ada padanya untuk menyoal-siasat sambil berani mengenakan tindakan undang-undang terhadapnya. Memang ramai musuh politik Gus Dur yang lama menunggu melakukan perkara itu, dan mereka semakin terangsang dengan kejadian di Filipina.

Kumpulan yang memusuhi beliau memang percaya mereka akan mempunyai ruang yang lebih mudah jika disbanding kenga pengalaman rakan mereka di Filipina. Joseph Estrada telah melawan gelombang yang memusuhinya dengan bantuan majori ahli dewan Senat sehingga mampu melengahkan prosedur yang formal. Parti pimpinan Gus Dur hanya mempunyai 10% kerus di dewan parlimen. Ramai ahli koalisi yang dulunya menyokong beliau kini sudah menyesali perbuatan mereka kerana pilihan itu. Amien Rais, pengerusi MPR (Majlis Perundingan Rakyat) yang merupakn badan legislatif yang tertinggi di Indonesia, telah meminta keampunan rakyat jelata seluruh negara kerana peranannya dulu mengampu Gus Dur. Musuh-musuh Gus Dur percaya, kalau mereka mampu memulakannya, mereka menjangkakan dapat meraih undi sokongan yang secukupnya untuk menggulingkan Gus Dur dalam satu sessi pendakwan yang khas sebelum berakhirnya tahun ini, tanpa melakukan tindakan-tindakan yang samar-samar kesahihannya seperti yang dilakukan di Manila.

Namun, segala bukti yang menyaggah Kiai Wahid itu setakat ini – banyak lagi yang akan muncul minggu hadapan – adalah kurang berbisa jika dibandingkan dengan apa yang dikemukakan terhadap Estrada. Presiden Indonesia itu telah secara terbuka menafikan penglibatannya dengan Bulog, sebuah agensi bekalan makanan. Dalam kes ini ada bukti menunjukkan pemindahan dana sejumlah US$2.7 juta dilakukan kepada akaun seorang bernama Suwondo, pada bulan Mei yang lalu. Oleh kerana hanay satu nama yang digunakan, tuduhan dihalakan kepada Suwondo yang bertugas satu ketika dulu sebagi tukang urut persendirian Gus Dur. Selain daripad memicit presidn Suwondo memang ada hubungan dagang dan juga politik dengan presiden negaranya. Secara kebetulan pula dia menghilangkan dirinya dengan dana yang dikeluarkannya. Pemindahan itu telah diizinkan oleh timbalan ketua Bulog, Saudara Sapuan. Ketika skandal itu meletup Sapuan membuat kenyataan bahawa dia menyerahkan dana itu setelah tukang urut itu menyebut nama Presiden Wahid sebagai orang yang memintanya. Khabarnya wang itu mahu digunkan sebagai sumbangan membantu penduduk Aceh yang bergolak dengan masalah pemberontakannya.

Mengikut Sapuan, tukang urut itu telah menjanjikan jawatan utama agensi itu sebagai ganjaran kesanggupannya melakukan pemindahan dana itu. Suwondo dan beberapa orang lain yang menerima pembayaran itu akhirnya dapat dijejaki dan disoal-siasat oleh kumpulan ‘polisi’. Usaha untuk mendedahkan penglibatan presiden Wahid dalam tindakannya akan menjadi tajuk utama dalam laporan khas itu minggu hadapan.

Dalam kisah yang lagi satu segala bukti utama mengenainya memang amat mudah diketahui. Presiden Wahid memang sudah mengaku yang dia ada menerima US$2 juta daripada Sultan Brunei Dia menyatakan (seperti juga dalam kes yang pertama di Bulog) wang itu adalah bertujuan untuk digunakan sebagai bantuan kemanusian di Aceh. Tetapi tidak ada pun bukti yang dana itu sudah dikirimkan ataupun disimpan oleh agensi kerajaan yang sepatutnya berurusan dengan wilayah itu. Segalanya bergantung kepada bagaimanakah dana itu dibelanjakan, kerana selama ini presiden Wahid telah berdolak-dalik dalam perkara itu. Ada yang menyebut dana itu digunakan sebagai perbelanjaan kempen dulu dan ada juga yang menyebut unsur rasuah kerana wang itu, seperti juga sumbangan daripada penderma lain telah digunakan untuk pembiayaan parti. Presiden Wahid memang idak pernah berterus-terang dalam hal itu dan sayugia boleh dituduh kerana tidak telus dalam urusannya.

Gus Dur cuba menolak usaha mendakwanya tanpa tidak mahu berlembut dengan parlimen. Sekaligus dia cuba memperlekehkan usaha maukan para pemimpinnya mempunyai semangat kebertanggungjawaban. Kelakuan yang sama telah berlaku tahun yang lalu di antara Gus Dur dengan parlimen apabila dewan rakyat itu mempersoalkan tindakannya menggugurkan beberapa wakil daripada wilayah dan beberapa kumpulan sosial. Kesannya, ramai ahli parlimen yang bertindak untuk menukarkan sessi tahunan MPR itu menjadi sessi khas mendakwa presiden. Mujur juga timbalan presiden Megawati Sukarnoputri telah menyokong Gus Dur dan membantunya melenturkan cabaran itu. Parti Megawati merupakan yang terbesar di parlimen dan juga MPR; kalau dia membuat keputusan untuk menjatuhkan Presiden Wahid, tidak ramai yang yakin Wahid dapat bertahan. Sama ada Embak Mega bertindak melakukannya ataupun tidak, bergantung kepada bukti yang akan dibentangkan dan reaksi rakyat marhaen terhadap kisah skandal yang akan didedahkan.

.....................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
Catatan : Teks kiriman M.G.G. Pillai


        
Ke atas  Balik Menu Utama    Tarikh Artikal : 30 Januari 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com