Dongengan Pengembara
(Travellers’ Tales)
Oleh: Nury Vittachy
Issue cover-dated February 1,2001
Untuk Pemandu Lelaki: Ibu ayam di Osaka telah memulakan satu perkhidmatan wanita berkonsepkan “girls-on wheels’ untuk melayan pemandu trak dan kereta yang sampai daripada perjalanan yang jauh. Sebuah syarikat bernama ‘Himitsu no Tkkyubin’ yang bererti Penghantaran Misteri , akan menyediakan seorang teman wanita kepada kenderaaan yang diletakkan di sekitar Osaka-Kobe. Demikian lapuran Mainichi Daily News. Seorang wartawan daripada Majallah Naigai Jitsuwa telah diberi tugas menguji perkhidmatan itu dengan meletakkan keretanya di ruang parking berdekatan Lebuhraya Hanshin pada satu subuh pagi. Dia pun menelefon perkhidmatan itu dengan menggunakan telefon bimbitnya. Seorang wanita bernama Jun, 26 muncul kemudiannya. Sistem itu nampak berkesan tetapi wartawan itu mahu terus mengujinya lagi di tarikh yang berlainan. Pesanannya kali yang kedua itu telah ditunaikan dengan kemunculan seorang pelayan yang lebih muda dari yang dulu. Michi, 22, muncul dengan badan yang lebih “unggul” ( Aduh….seronoknya bertugas sebagai wartawan!)
Para pemandu trak memang seronok dengan perkhidmatan baru itu. “Setiap kali aku memandu di bahagian sebelan sini, aku selalu sahaja menelefon mereka,” kata seorang pemandu kepada majallah itu. Dia menghabiskan kira-kira 20 hari setiap bulan dalam perjalanan dan berjauhan daripada keluarga, tentunya merasa kesunyian juga. Masalahnya trak-trak itu tidak mempunyai bilik air dan tandas untuk berkemas, ini menyukarkan usaha untuk membersihkan diri. “Pelayan kami memang sedia dengan losyion antiseptik dan pengelap-lembap,” demikain kata pengasas syarikat itu, seorang yang berusia 32 tahun dan pernah menjadi pemandu trak juga.
.................................................................................
Terjemahan oleh Sdr Marhain Tua
Catatan Penerjemah:
Akhirnya orang Jepun belajar juga konsep yang sama yang pernah ditulis oleh MT di ‘Siri Suasana Lebaran Pencetus Minda’. Kisah di KL adalah mengenai sindiket Indon yang menyediakan van-van seperti motel bergerak untuk membawa pasangan bermundar-mandir dalam kereta sambil mereka ‘berbuat kerja’. Mungkin tidak lama lagi kita akan terserempak dengan berita bagaimana semakin ramai bayi-bayi yang baru lahir dibungkus dalam kertas akhbar dan diletakkan di halaman rumah, tangga surau ataupun di atas tong-tong sampah sahaja. Tunggulah sambungan cerita ini mungkin. Mungkin juga cerita di Jepun ini adalah hasil pelajaran ‘direct tuition’ yang orang Jepun pelajari daripada pelawat terhormat daripada Malaysia yang mengajar mereka bagaimana memajukan perniagaan terbaru untk memperbaiki ekonomi Jepun. –MT-
b) Dongengan Pattaya: Mungkin ada peraktaan yang lebih baik untuk menggambarkan kumpulan pondan dalam lapuran yang dibuat oleh Pattaya Mail: “pada 3.20 pagi Disember24 yang berlalu, sambil memandu sebuah Toyota merah, Saiyan tiba-tiba menghentikan keretanya di sebelah dua orang gadis daripada kategori kedua di satu sudut jalan antara Pattaya Land dan Bech Road. Saiyan telah memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis kepada mereka dan menuntut dibayar 500 Bhat (bersamaan US$13 dollar) jika tidak mahu ditangkap kerana mengangu pelancong di situ. Malangnya mereka berdua itu tidak mempunyai sebarang wang dalam saku mereka. Dia pun mengarahkan salah seorang mereka menaikki keretanya. Yang naik itu bernama Mr. Wirapong Sinsukh berusia 22 tahun dan berasal daripad Udorn Province. Beliau memakai blaus berwarna gelap dan skirt putih yang ketat. Saiyan pun memandu keretanya semula sehingga terlanggar sebuah Volvo yang dipunyai oleh seorang wartawan. Dia memberi alasan bahawa dia bertugas sebagai sukarelawan untuk menangkap seorang ‘katoey’ (pondan) daripada berpeleseran di jalanan.
c) Purtakaran Tempat: Seorang jurujual Bangladesh bernama Sanaullah telah membuat lapuran polis terhadap beberapa individu yang dikatakan mencuri. Polis dapat mengesan dua nama dalam senarai yang dikemukakannya. Tetapi, nama pencuri yang ketiga tidak dapat dikesan pula kerana pencuri wanita itu telah lama tidak diketemui oleh sesiapa. Rupanya dia sudah mati beberapa tahun lamanya. Demikian yang dilaporkan oleh Daily Star of Dhaka. Kes yang dikemukakan oleh Sanaullah itumenjadi lemah kerana pihak pendakwa sedar bahawa orang yang mati jarang sangat melakukan kerja-kerja jenayah. Majistret Abul Kashem menenakan hukuman penjar dengan serta merta- bukannya terhadap lelaki yang disaman itu tetapi terhadap orang yang sepatutnya dikatakan menjadi mangsa mereka.
d) Keluar-masuk:
Laporan berita seperti yang didedahkan ini memang lumrah di Pakistan:
Polis telah mnangkap seorang lelaki yang dikatakantelah membunuh ibunya, adik perempuannyadan juga teman lelaki adiknyha itu dengan kecam sekali. Demikian yang dilaporkan oleh ‘Dawn’ pada Disember 30. Tetapi, dia membuat pengakuan bahawa dia melakukan semua itu sebagai mempertahankan “kehormatan keluarganya”. Polis pun membebaskannya dengan jaminan. Hubungan percintaan dianggap tidak sopan, tetapi membunuh orang lain tidak dianggap begitu pula.
e) Mainan Kanak-kanak
Satu rompakan yang berlaku di Malaysia telah terbantut kerana perompak menggunakan senjata yang hanya mampu terkentut. Akhbar ‘The Star’ melaporkan cerita pegawai polis Ahmad Tejuddin Abdul Majeed di Ipoh: “Dua lelaki tiba di sebuah stesen minyak dengan menaiki sebuah motorsikal. Salah seorang daripada mereka telah mengacukan pistolnya ke arah seorang petugas pam dan meminta dia menyerahkan wang kutipan jualannya. Penyelia yang berusia 30 tahun itu telah menangkap tangan orang itu sehinggakan pistol yang dipegangnya terjatuh ke atas permukaan meja dan berpecah menjadi dua. Menyedari pistol itu adalah buatan palsu, petugas itu pun menahan perompak dan rakannya itu dengan dibantu oleh rakan sekerjanya pula.” Pengajaran dalam cerita ini: “Pistol palsu hanya untuk mainan kanak-kanak sahaja!
-Marhaintua-
26.1.2001